BAB 1

“Hanny!” jerit Julia yang sedang berlari tercungap-cungap ke arahnya. Hanny memandang pelik ke arah Julia. Dah kenapa dengan minah ni? Mentel? Lari-lari segala. Aku tahulah dia ni atlet sekolah pun!

“Kau ni dah kenapa?” soal Hannya apabila Julia berhenti di hadapannya sambil menarik nafasnya. Tulah! Gatai nak lari sangatkan? Kan dah tak cukup oksigen!

Julia menarik nafasnya lalu menghembus. Fuh! Semput aku dibuatnya! Hanny pula setia menunggu apa yang ingin dikatakan oleh Julia sampai semput macam ni.

“Ok, aku ada hot news untuk kau! Terbaiklah punya!”

“Apa pulak?” hot news? Apalah yang dia ni merepek?

“Ok macam ni. Satu sekolah kita ni dah gempak dengan kehadiran seorang cikgu hensem!”

Err…cikgu hensem? Apa ke balak sangat diorang ni? Asal nampak cikgu hensem je terus nak tergoda? Hesy! Tak kuasa aku! Kalau Tasha dapat tahu ni, fuh! Lagi runtuh sekolah ni!

“Hoi! Kau mengelamun erkk?” Julia menepuk kuat bahu Hanny. Hanny hanya menjongketkan bahunya.

“Kau ni! Sporting lah sikit! Kalau aku cakap pasal orang hensem je, mesti kau tak masuk port kan?” balas Julia sedikit geram. Minah ni memang tak ada sense dekat lelaki ke? Ke dia ni…

“Buat apa aku nak masuk port? Aku malaslah nak ambik tahu. Kau pun tahukan kalau di mata aku semua lelaki tak hensem!”

“Memang kau ni rabun binti buta!Hey! Lelaki yang paling hensem dekat sekolah ni Muammar tau! Takkan yang tu pun tak hensem?” Hannya menggeleng. Ya Allah budak ni! Memang sah dia ni ada penyakit mata rabun. Tak rabun buta!

Kring!!! Loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah habis. Julia dan Hanny masuk ke dalam kelas. Hanny dan Julia duduk sekali. Hanny membawa keuar buku Sains.

Erghhh! Aku malas betullah bila masuk masa Sains ni! Hesy! Serius tak minat langsung! Macam apa lagi! Ini nak kena belajar perubahan kimia apa semua! Tambah-tambah lagi bila dia tanya pasa hydrogen dengan oksigen! Memang aku tak boleh masuk! Kenapalah perlu belajar Sains??! Sekolah agama pun kena belajar Sains ke?! Dahlah Cikgu Zarina tu spesis yang suka membebel. Kalau belah utara dia kata beletiaq!

10 minit berlalu namun kelibat Cikgu Zarina masih belum kelihatan. Amboi cikgu ni! Ke mana pulak dia? Selalunya on time! Takkanlah senak perut kot? Hailah…dari aku termenung macam ni, baik aku main word search! Hannya mengeluarkan buku word search. Namun, baru sahaja nak main, pengetua melangkah masuk ke kelasnya bersama seorang guru lelaki. Errr…sapa pulak ni?

“Bangun!” laung Ridzwan. Ketua kelas 4 Bestari.

“Assalamualaikum kelas!” ucap pengetua. Semuanya menjawab salam dari pengetua.

Dari jauh, Tasha pula sudah tersengih-sengih melihat cikgu tersebut. Eiiii! Hensemnya! Kalaulah aku boleh mengorat dia…kan best? Hailah…dahlah hensem! Muka pun nak serupa Ammar Baharin! Hehehe! I like!

“Ok kelas, hari ni saya nak bagitahu kamu semua yang cikgu sains kamu bukanlah Cikgu Zarina lagi tetapi cikgu yang berdiri di sebelah saya ni. Dia cikgu baru kamu dan dia akan menggantikan tempat Cikgu Zarina.”

“Oh…”

“Yes!” jerit Tasha tiba-tiba. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang buat muka tak suka dengan perangai Tasha yang gedik. Pakai tudung tapi gedik. Tasha hanya buat bodoh.

“Ok cikgu...saya serahkan segalanya kepada cikgu. Saya harap kamu semua dapat berikan komitmen dengan cikgu baru ni ya?”

“Ok cikgu!” sahut semua pelajar 4 Bestari.

Hanny pula hanya buat muka menyampah. Eleh! Cikgu baru je pun! Malas aku nak layan. Hanny duduk kembali. Dia kembali bermain dengan buku word search nya.

“Hanny! Bangunlah…” tegur Julia.

“Hesy! Lantaklah! Malas aku nak layan! Cikgu baru je pun!” bantah Hanny. Dia hanya buat bodoh. Tapi bagus jugak kalau dia ganti tempat Cikgu Zarina. Tak adalah aku sakit hati dengar bebelan dia tu!

“Ok…kamu semua boleh duduk…” kata cikgu baru tersebut. Mereka semua duduk.

“Cikgu! Apa nama cikgu?” Tasha dah mula adegan dia.

“Euuu!” satu kelas pakat mengatakan Tasha.

“Kenapa?! Tak puas hati?!” Tasha memandang tajam ke arah mata-mata yang memandang ke arahnya.

“Ok, ok. Dah! Jangan gaduh. Nak tahu nama saya?”

“Nak!” sahut semua pelajar kecuali Hanny yang ralit bermain dengan word search nya.

“Ok…nama saya Ryan Zarif b. Mohd Arif Foo. Saya berasal dari Subang Jaya.”

“Oh…”

“Umur?” Tasha menyampuk lagi. Ryan hanya tersenyum. Budak ni!

“Umur saya…nak tahu ke?”

“Nak!”

“Ok…umur saya dalam 22 tahun macam tulah.”

“Wuii! Muda lagi!” sampuk Ammar. Hanny mengerling ke arah Ammar. Yang ni pun dia nak jadi macam Tasha jugak!

“Memanglah…tapi sekarang saya nak kenal dengan kamu semua boleh?”

“Boleh!”

Alamak dia ni! Kecohlah! Yang nak ambik tahu sangat ni apasal?! Hesy! Meluat betullah nak kena introduce diri ni! Penyibuk alam betul! gerutu Hanny dalam hati.

“Weyh Hanny…hensem kan?” ujar Julia meminta pendapat Hanny.

“Muka macam lembu tu kau kata hensem?” bidas Hanny.

“Lembu?” budak ni memang tak sekolah betullah! Ada pulak muka hensem bapak segala bapak tu dia kata muka lembu? Dia ni memang heartless betullah!

“Memanglah! Poyo je aku tengok!”

“Apa-apalah mak lembu!” balas Julia sambil tersengih. Hanny mengetuk kepala Julia menggunakan highlight.

Kini, sampai ke giliran Julia. Julia bangun lalu memperkenalkan dirinya. “Nama saya Nurul Julia Mohd Zain. Saya tinggal dekat area taman depan tu je.” Ryan hanya mengangguk lalu pandangannya terhala kepada Hanny yang ralit bermain dengan word searchnya.

“Hanny…” Julia mencubit lengan Hanny menyebabkan Hanny terkejut. Dia menjegilkan matanya ke arah Julia lalu memandang ke arah muka lembu di hadapannya. Muka lembu? Haih…apa-apa jelah.

“Perlu ke?” soal Hanny bodoh. Julia menepuk dahi. Begitu juga dengan Amy, Kamilia dan Firash. Pening dengan sikap Hanny.

“Just bagitahu nama dengan tempat je. Saya bukannya nak ngorat pun,” balas Ryan. Hanny mendengus lalu bangun.

“Nama Hanny. Tinggal dekat area ni jugak!” Hanny duduk kembali. Julia menampar kepala Hanny. Apa ke bengap sangat budak ni hah?!

“Apa kau ni?!”

“Cuba kau cakap elok-elok?!” marah Julia. Hanny mendengus. Dia berdiri kembali.

“Nama Hanny Syazana bt. Amin Iskandar. Tinggal area ni je…”

“Ok…” Ryan pergi ke pelajar yang lain pulak. Budak tu…macam ada masalah je?

“Kau ni kan?! Memang tak boleh ke sekali nak cakap elok-elok dengan orang? Kau tahu tak kau boleh dicop kurang ajar dengan guru tau!”

“Biarlah…ada aku kisah?” Hanny hanya buat muka bodoh. Malas aku nak layan!

Kini giliran Tasha pula. Dengan bangga dia bangun lalu memperkenalkan diri dengan lenggok-lenggok gedik. Naik meluat pulak tengok!

“Ok semua. Sekarang ni saya nak tanya, Cikgu Zarina dah ajar sampai mana?” ujar Ryan sambil membuka buku teks Sains.

“Bab Tenaga dan Perubahan Kimia…” jawab Ridzwan.

“Ok, kamu semua buka buku teks pada bab tenaga dan perubahan kimia. Selama Cikgu Zarina ajar, ada sesiapa yang tak faham bab ni?”

Aku tak faham sepatah haram langsung! Dari bab 1 sampai bab tu sekarang! kata Hanny dalam hati.

Hanya ada 2 atau 3 orang sahaja yang mengangkat tangan. Ryan mengangguk lalu menulis sesuatu di papan putih.

“Actually Sains ni tak susah mana pun kalau kamu semua nak tahu. Perkara ni basics sahaja. Benda ni akan jadi senang bila kamu semua hafal formula. Itu je caranya. Hafal formula, then semua soalan kamu boleh jawab. Percayalah! Kecuali eksperimen kan? Saya tahu ada yang tak faham masa prosedur uji kaji kan?” semuanya hanya mengangguk.

Kemudian, matanya tertumpu kepada Hanny yang sedang bermain sesuatu tanpa menghiraukan apa yang dikata olehnya. Memang budak ni bermasalah.

“Hanny?” panggil Ryan. Hanny memandang Cikgu Ryan dengan pandangan blur.

“Boleh tak fokus?”

“No!”

“Kenapa?”

“Sebab saya tak suka Sains!” terpaku Ryan dibuatnya. Tak suka Sains? Tapi benda ni biasalah…dah pernah terjadi pun.

“Tapi boleh tak bagi tumpuan? Kalau tak faham, tanya ok?” Hanny mengeluh lantas menyimpan buku word search nya lalu membuka buku teks.

“Ok, saya nak tanya. Kalau timah sulfur+oksigen…dia akan jadi apa?” soal Ryan lalu memandang ke arah semua pelajar. Semuanya krik krik.

“Class, takkan selama ni tak faham langsung?” semuanya menggeleng.

“Ok, saya akan tunjukkan caranya ya? Kalau sulfur+oksigen dia akan jadi sulfur dioksida.”

“Kenapa cikgu?”

“Sebab bila sulfur tu dia dapat oksigen, jadi sulfur tu akan bertindak balas dengan oksigen. Jadi, sebab itulah dia jadi sulfur dioksida.”

“Oh!” semuanya mula memahami.

“Ok, satu lagi. Timah ni dia wujud secara semula jadi sebagai apa?” krik…krik…ada yang cuba menjawab tapi semuanya salah.

“Ok, dia wujud semula jadi sebagai kasiterit atau timah oksida. Ingat tu! Bukan apa, saya takut exam yang awak akan hadapi pertengahan tahun nanti, kamu semua tak boleh jawab. Cuma, apa yang saya nak cadangkan kepada kamu semua di sini ialah kamu belilah buku rujukan supaya kamu semua boleh tahu macam mana benda itu dihasilkan. Macam mana timah diproseskan. Oh ya? Bab mana lagi kamu semua tak faham?”

“Jirim dan bahan!” serentak mereka menjawab. Fuh! Memang serius ke ni? Ryan menggaru kepalanya. Sudah!