BAB 1

If you say that I’m your world, know that you are my whole universe,

When you say that you need me, know that I need you the most and I’ll be there for you.

You don’t need to worry cause Im yours!

“Yes, I’m yours baby,” bisik Imran di telinga Ayyana. Ayyana hanya senyum nipis sambil menjarakkan dirinya dari Imran.

Apalah sangat bicara itu padanya. Melainkan, mereka adalah kekasih halal yang dia boleh turut berkongsi rasa. Namun, Imran hanyalah lelaki biasa yang cuba mengumpannya. Sedaya mungkin, cinta lelaki itu akan ditolaknya. Tidak mungkin dia memilih Imran, si buaya darat untuk menjadi suaminya.

“Know that you need someone else to adore you,” Terus mati senyuman di bibir Imran. Hilang sudah bayangan indah yang terlayar di mindanya sebentar tadi.

“Why don’t you?”

“I already have someone that I adored. And, just to let you know, I’m really adoring him,” kata Ayyana bersahaja. Imran senyum sinis.

Di dalam diri dan hati seseorang, sudah pasti akan wujud seseorang yang dia admire. Termasuklah, Mya Ayyana. Sebenarnya, ramai jugalah orang dia respect seperti abah, umi dan ahli keluarganya yang telah berjaya menempa kejayaan. Namun, seseorang yang dimaksudkan Ayyana itu adalah seorang lelaki yang berjaya membuatkannya kagum.

“Hope… not your boyfriend,” Ayyana hanya menggeleng.

“Of course, not,” Imran terangguk-angguk.

“Since, you’re not interested of me. I think, I should go to someone else,” Uhuh, sangatlah dialukan, desis Ayyana.

Elok jugalah lelaki itu beredar. Berbual dengan Imran umpama dia bukan berada di bumi Malaysia. Mual juga jika asyik menggunakan bahasa orang putih. Ketika dia menjawab persoalan lelaki itu tadi, sempat Imran berpesan agar menggunakan bahasa Inggeris memandangkan dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Jadi, agak kekok untuk berbual di dalam bahasa ibunda.

“I’m please to see you go, Mr. Imran,” Imran mendengus. Keinginan hatinya ditolak bulat-bulat, siapa yang tidak marah? Dia juga punya perasaan.

Imran melangkah ke meja lain. Bukannya Ayyana seorang perempuan sahaja di majlis hari lahir klien syarikatnya ini. Masih ramai yang menarik hatinya. Lebih seksi dari Ayyana yang bertudung litup itu pun ada. Jual minyak sikit, pasti akan melekat juga seorang malam ini. Tetapi, hatinya tetap mahukan Ayyana yang kelihatan ekslusif itu.