Bab 1: Cerita 1

Aku mengusap perutku sambil membaca Al-Fatihah. Dalam hati ini berbisik..

“Fatihah ini mama hadiahkan untuk kamu” satu tendangan kecil diperutku menyentuh tapak tangan.

Sudah 5 bulan kandunganku. Perut tak lah sebesar mana. Bayi baru pandai menendang. Aku teruja mengandungkan anak ini. Ini anak sulung kami.

“Belum tidur lagi?” suamiku menghampiri aku yang masih melunjurkan kaki diatas tilam katil.

Aku tersenyum manis sambil mengeleng. Suami menarik kepalaku untuk direbahkan dibahunya. Tangan kiri suami menyokong badan ku yang semakin berat dan tangan kanannya mengusap perutku lembut.

“Tadi kan bang, Min jumpa kawan lama. Dia pandang Min dari atas sampai bawah. Mata dia, tajam sangat. Takut ,Min!” kataku memulai cerita.

Memang sebegitu rutin kami, sebelum tidur, bercerita dulu apa yang berlaku di siang harinya.

“Kenapa dia tengok macam tu? Tak kan berkenan ngan Min. Dia perempuan kan?” respon suamiku.

“Itulah. Muka dia kusam sangat. Dengan pandangan mata dia yang menakutkan tu. Lama juga kitorang dok sembang ngan dia. Paling seram, dia cakap mak dia ada saka. Dia cerita bagaimana saka tu menghantui rumah mereka. Merinding bulu roma Min” ceritaku.

Suami memelukku erat.

“Dah. Cerita seram, abang tak nak dengar. Tidur lah. Min penat tu seharian di luar hari ini.” Aku menggangguk.

Sebelum suami menyelimuti badanku, kami saling meminta maaf.