Bab 1

"Apa!!!" Nyaring sungguh suara anak dara ni ya ampun.
"ulang balik doktor, telinga saya ni salah dengar kut" Adriana semakin berapi mendengarnya.
"saya kata suruh mak awak makan semua benda, tak kisah la nak makan sate ke, seafood ke yang penting esok datang jumpa saya" amboi manis sungguh ayat doktor zafran ni.

"eh ! helloo! dengar sini doktor zafran , doktor sedar tak yang doktor suruh mak saya makan itu ini tu, semua tu pantang dia, pesakit kanser ni mana boleh makan semua benda, doktor ni belajar kat mana? corok mana? " marah adriana dadanya naik turun dek kerana marah akan doktor hensem depannya itu.
"cik ana saya ni lepasan university of california san Francisco tahu. jadi saya .tahu apa yang terbaik untuk pesakit saya!" Zafran juga tak lepas peluang naik turun dada.

"Terbaik doktor kata? cakap je lah nak suruh mak saya operate cepat2." adriana menjeling ke arah lain.
"tahu pun, jadi.." belum sempat zafran menyambung ayatnya adriana memotong
"kan dah cakap tadi yang kami nak minta tangguh, ingat nak operate ni mak saya tu rela ke? bersedia ke dia? sebab dia tak bersedia lagi lah dia minta TANGGUH! TANGGUH tahu? T.A.N.G.G.U.H bukannya taknak operate langsung! " adriana mengeja. huh bengap betul doktor di depannya itu.

"macam ni la doktor, saya nak tukar doktor pakar lain, sekian" adriana malas nak panjang cerita dia terus keluar dari bilik itu. bilik yang sejuk pun terasa bahang dia