BAB 11

“Kadang-kadang saya rasa bodoh sangat bila saya automatik senyum bila nampak dia. You know that feel. Tak boleh nak describe, saya tak tahu kenapa saya jadi macam ni,” Nao duduk di atas katil, aku cuma perhatikan saja dia.

“Awak tak pernah jatuh cinta sebelum ni ke?,” aku soal hairan, perasaan macam tu semua manusia pernah alaminya, sekali imbas dari perilaku dia aku tahu dia tengah jatuh cinta.

“Hmmm, tak pernah. Selama ni saya selalu fokus untuk hidup saya. Macam mana nak dapatkan duit, untuk terus hidup walaupun takde siapa boleh saya harapkan. Itu je yang saya selalu fikirkan, entah kenapa sekarang timbul pulak perasaan macam tu,” sekali lagi dia memandang cincin itu dan tersenyum. Nao yang aku lihat sekarang, bukan Nao yang selalu aku lihat selama ni, aku tahu dia ikhlas cintakan perempuan yang dia bakal nikahi nanti, entah kenapa kaki aku laju saja untuk turut duduk bersama Nao dan mendengar segala ceritanya, walaupun hati aku terhiris sedikit. Beruntung wanita itu.

“Maksudnya awak dah jatuh cinta. Saya pernah rasa perasaan tu, bukan sekali tapi banyak kali sebab saya ni mudah jatuh cinta. Kalau awak yakin dia jodoh awak, then purpose la dia. Nanti kena kebas awak yang menyesal,” aku memandang Nao yang masih lagi tersenyum, kemudian dia memandang aku lama. Wajahnya sayu saja, kemudian dia pandang ke bawah dan mengenggam tangan aku.

“Dia bukan perempuan biasa. Dia dah benci saya dari awal lagi, dan saya yakin dia takkan terima saya,” aku dapat lihat air mata Nao bergenang, tak pernah aku lihat reaksinya begitu. Dia benar-benar cintakan wanita itu.

“Kenapa dia benci awak?,” aku soal lagi, walaupun aku benci Nao, tapi lihatkan dia sebegini aku jadi mahu menyokong dia.

“Sebab saya pernah lukakan hati dia, saya pernah hina dia sebab dia miskin, saya hina keluarga dia. Lama-lama saya jadi tak keruan bila pandang dia. Sejak tu saya tahu saya dah mula sukakan dia,” Nao menggengam kuat tangan aku, aku relakan saja. Aku fikir Nao tak pernah jatuh cinta, tapi aku salah, aku kecewa sedikit.

“Saya kenal dia?,” aku tanya, padahal aku tak mahu tahu siapa dia, aku takut aku makin terluka. Aku pun tak tahu sejak bila aku jadi sensitif bila Nao bicarakan perempuan lain bila dengan aku.

“Ini dia, cantik kan. Ini pun saya ambil curi-curi masa dia tournament hoki,” Nao menunjukkan gambar di handphone nya padaku, memang cantik, kulit putih, rambut ikal mayang, memang sesuai dengan Nao kalau nak di bandingkan dengan aku. Memang budak ni terkenal dekat uni, dia muda setahun dari kitorang jadi tak hairanlah Nao antara salah satu yang meminati budak ini.

“Cantik, sesuai dengan awak,” aku telan air liur ku kelat, aku berdiri dan menarik perlahan tangan ku, Nao lepaskan genggamannya tadi. Aku terus keluar dari bilik itu, di sebabkan aku asyik fikirkan tentang budak itu, aku tak perasan aku terus melangkau dua anak tangga dan akhirnya jatuh menyembah bumi. Tak sakit kalau nak di bandingkan dengan sakit hati aku. Entah kenapa aku jadi begini, patutnya aku benci dia. Aku pejam mata, rasa letih sekali dan aku hilang di telan kegelapan.

“Bangun Qirin, awak nak baring berapa lama lagi ni?,” suara Nao memecah kesunyian yang aku rasai sebentar tadi, aku buka mata perlahan, aku masih di rumah Nao dan tudungku tidak berada di kepala lagi. Aku terus bangun.

“Awak buat apa?,” soalku kasar. Nadaku seakan marah.

“Saya tak buat apa-apa. nah, tudung awak. lain kali turun tangga elok-elok, awak ingat awak superman boleh terbang? Dah la terus pengsan, eh jangan gerak saya nak sapu ubat dulu. Bengkak ni buku lali awak,” Nao menyapu ubat itu di buku lali aku, aku pandangnya serius. Aku tak faham perangai dia, kadang-kadang zalim, kadang-kadang baik.

“Kenapa awak beria nak sapu ubat ni? Kan elok kalau saya mati membusuk jatuh tangga tadi,” aku pandang tv yang terpasang itu.

“Setakat jatuh tangga macam tu mana boleh mati, kalau awak mati sebab jatuh tangga bukan sayalah yang bunuh awak dan dendam saya masih lagi tak terbalas. Pernah ke awak nampak manusia beli ayam busuk? Sama macam situasi kita la, saya kalau nak bunuh mestilah awak dalam keadaan sihat. Kalau sakit-sakit tak best la,” Nao senyum sinis pada aku, aku cuma pandang lesu saja pada dia. Aku letih sangat.

“Awak memang serius nak bunuh saya? Awak tak takut dosa?,” aku beranikan diri tanyakan soalan itu padanya.

“Awak tak tahu apa yang saya hadapi waktu dulu sebab ayah awak, saya merempat, mintak sedekah, kalau tak cukup saya kena pukul. Saya kena dera, awak tahu betapa susahnya saya nak harungi hidup saya demi hari, kalau bukan sebab ayah awak saya takkan harungi semua benda tu, ya saya serius! Saya nak ayah awak rasa betapa peritnya hilang orang yang dia sayang,” Nao membulatkan matanya, dia marah sekali. Aku tak mahu ayah yang di persalahkan, ayah tak salah.

“Saya minta maaf, saya tak tahu pasal tu,” aku penat, aku saja yang perlu faham apa yang dia rasa.

“Tak penting pun la, lagipun awak dah nak mati kan. Cakap dengan awak ni sama je macam cakap dengan patung, takde roh cuma jasad je ada. Useless. Awak tunggu kejap, saya ambil ais nak tuamkan bengkak tu,” Nao terus bangun, aku tersentap dengan apa yang katakan, dia buat aku macam aku tiada nilai. Sejurus saja Nao ke dapur aku terus melangkah laju keluar, walaupun kaki aku sakit tapi aku gagahkan juga, aku tak sanggup dengar dia hina aku lagi.