BAB 1

Puas aku berfikir sedam-dalamnya dan akalku yang ligat berfikir ini bukan hanya baru berlaku sebentar tadi. Aku mengambil masa yang lama sama panjang dengan usia ku ini dan akhirnya membuat konklusi bahawa manusia itu sama, cakap saja besar isinya kosong sebesar kuman. Janji saja panjang nak tunaikan payah.

Tapi sangkaan aku meleset lepas aku jumpa manusia bernama Naoki Firhad, atau lebih dikenali dengan nama rare dia Nao. Dalam berpuluh ribu manusia dalam dunia ni, kenapa aku yang perlu berhadapan dengan dia.

Anak kacukan jepun melayu ini, sangat teguh dengan prinsip nya, perfectionist dan sangat bencikan manusia sambil lewa macam aku.

Aku juga benci manusia macam dia, lumrah manusia itu selalu melakukan kesilapan jadi mengapa mahu melawan fitrah itu. tiap kali, adanya sesi perjumpaan aku dengan dia, jantung aku berdegup kencang. Bukan kerana cinta, tapi kerana takut, aku takut dengan setiap bait kata-kata dia seperti ketika ini.

“Awal habis kelas, mesti penat tunggu saya kan. Takpe, awak sanggup kan?,” Nao terus duduk berhadapan denganku di cafe yang penuh manusia itu.

“Takde la, sehari suntuk pun saya sudi tunggu awak,” walaupun aku tak rela, tapi aku terpaksa menjaga hatinya. Semua mata tertumpu ke arah kami, sejak Nao hadir hidup aku porak peranda, ada saja mata pelajar perempuan membenci aku melihat aku kerap bersama Nao, tapi aku rela dari berdepan dengan amarah Nao.

“Ye ke? Kalau sudi kenapa reaksi muka macam awak cuba nak bagitau saya yang ‘apa-apa je la bodoh, kau ingat aku kesah dengan kau’ bukan macam tu ke?,”Nao terus mengangkat-angkat keningnya menduga aku. Makin lama, makin dia dapat membaca apa yang tersirat dalam hati aku.

“Eh mana ada, saya ikhlas. Cuma saya penat, banyak kerja hari ni. Saya takkan cakap macam tu dengan awak, saya tak layak nak bodohkan Nao,”aku tunduk memandang meja makan, aku letih dengan semua yang berlaku sejak kehadiran Nao.

“Kesian awak kan, kejap ye. Saya nak bagi something dekat awak. nah, makanlah,” Nao menghulurkan gula-gula chocolate pada aku, apa yang dia mahu aku pun tak tahu.

“Terima kasih,”jawabku ringkas, dan terus memasukkan gula-gula chocolate itu ke dalam beg.

“Hmmm siapa suruh masukkan dalam beg? Saya bagi untuk awak makan sekarang,” permainan dia dah bermula, aku harus bijak menyusun langkah melawan permainan Nao.

“Now, pilih 5 biji dan makan. Dalam packet ni ada satu yang bukan chocolate kalau termakan, 20 minit kemudian kadar denyutan menurun, urat saraf hilang fungsi, dan darah awak akan burst, result total fatal dan mati. Dalam ni ada 10, buat pilihan bijak,”Nao terus melemparkan senyuman penuh kekejaman itu pada aku, nak melawan sama, tak melawan pun sama. Jadi aku turutkan saja, tiada beza. Aku telan satu persatu gula-gula itu, setiap kali aku masukkan denyutan jantung aku berdenyut lebih dari sepatutnya, Nao tak pernah bermain kata, apa yang dia kata itulah yang realitinya.

“Alhamdullilah,” 20 minit berlalu, tanpa aku sedari air mata mengalir, kerana 5 biji gula-gula yang aku makan semuanya elok. Mungkin nyawaku masih panjang lagi.

“Hahahaha… thanks for hilangkan stress saya, you’re so dumb, fikir sikit takkan saya nak bunuh awak dekat tempat publik? Have a sweet day my dumb Qirin,”Nao terus berbisik padaku, membuatkan aku tersentak, dia cuma permainkan aku, makin deras air mataku mengalir kerana baginya nyawa aku cuma barang mainan baginya, aku mengelap kasar air mata dan terus berlari pulang menuju ke bilik.

“Qirin kenapa ni?,”Aepul menegurku yang sedang berusaha mengesat air mata supaya orang lain tak perasan namun aku tewas.

“Takde apa, aku menguap tadi sampai berair mata. Kelas pagi sampai petang macam ni la,”aku cuba senyum tapi aku tahu Aepul amat kenal senyuman aku sampaikan dia boleh kategorikan jenis senyuman aku sebab dia dengan aku dari kecik kawan sepermainan Cuma bila dah besar ni jarang kitorang jumpa tapi kami end up dapat universiti sama dan bezanya dia lebih popular dari aku. Ye la, siapa tak kenal Aepul, atlet tenis universiti selalu saja menyandang raket tenis dia ke mana saja.

“Tak payah tipulah Qirin, aku kenal kau bukan seminit dua, pasal Nao?,”Aepul meneka, pada aku tanpa meneka pun sekali imbas Aepul akan tahu setiap apa yang meresahkan aku semuanya berpunca dari Nao.

“Hmmm aku balik dululah Aepul, aku penat ni,”aku terus meminta diri belumpun sempat aku melangkah Aepul mematikan langkahku dengan kata-katanya.

“Qirin, dalam dunia ni kan, kau boleh buat pilihan sebenarnya, takde siapa boleh paksa kau untuk pilih benda yang kau tak suka. Sekalipun kau sayangkan Nao tu tak bermakna kau kena terima apa je yang dia buat pada kau, sayang tu kena bertempat Qirin. Aku bukan nak suruh kau break dengan Nao ke apa, tapi kalau banyak derita yang kau dapat tu je jalan yang terbaik. Fikir baik-baik aku nasihatkan kau ni as a friend, jangan sebab dia kau hilang identiti kau sendiri.

Assalamualaikum,”Aepul terus melangkah pergi sambil menghulurkan senyuman kelatnya padaku. Kalau ikutkan hati aku nak je bagitahu Aepul apa sebenarnya yang terjadi, aku tak pernah sayangkan Nao jauh sekali nak berkorban apa je untuk dia, tapi aku terikat, aku terikat dengan penjara yang Nao ciptakan untuk aku, kalau melibatkan aku saja aku tak kesah tapi Nao libatkan sekali keluarga aku.

“Qirin, bangun Qirin. Ayah Qirin call,”tidurku yang nyenyak di rentap oleh roommate ku, Dayah.

Mungkin terlampau penat sehinggakan 7 panggilan masih tidak mampu untuk membangunkan ku, bukan penat fizikal tapi penat emosi, orang kata penat emosi ni lagi bahaya dari penat fizikal.

“Assalamualaikum ayah, Qirin tertidur tadi. Sorry,”aku terus mengesat mataku.

“Waalaikumussalam. Takpe Qirin, ayah faham kamu penat kan baru balik kelas. Ni ayah nak pesan kalau jumpa Nao, cakap dengan dia terima kasih belikan ayah ubat demam, Nao takde bagitau ke ayah demam Qirin? Sebab baru je ni dia belikan ayah ubat demam ni. Baik sungguh si Nao tu, sanggup drive ke rumah sebab nak belikan ayah ubat demam,”ubat demam? Kenapa dia tak bagitau aku ayah demam? Apa muslihat dia kali ni? Ya Allah, apa lagi dia nak buat.

“Ayah tunggu! Ayah jangan makan ubat tu lagi, Qirin balik sekarang!,”aku terus mematikan panggilan dan terus menyarung tudung dan hanya membawa handphone dan purse aku berlari mendapatkan teksi dan pulang ke rumah, mujur hanya 30 minit saja di perlukan untuk pulang ke rumah, tapi kalau seharian Nao buat begini mau mati kepenatan aku, asyik hidup dalam keresahan.

“Mana ubat tu ayah, bagi Qirin,”tanpa memberi salam aku terus masuk ke dalam rumah dan meminta ubat yang di belikan Nao, ayah terpingga-pingga ketika aku terus saja merentap kuat ubat demam yang berada di atas meja itu.

“Kenapa ni Qirin?,”ayah mengerutkan dahinya seribu, tanda penuh persoalan mengapa begitu refleksnya tindakan aku.

“Ayah dah makan ubat ni ke belum?,”soalku ketakutan.

“Ayah dah makan dah,”jawab ayah sambil mengangguk kuat.

“Ayah makan?,”aku terduduk, aku risau kalau-kalau Nao meletakkan racun atau apa saja yang boleh meragut nyawa ayah.

“Ye la, tadi Nao yang bawak ayah pergi klinik, takkan nak di tenung je ubat tu Qirin,”dalam aku takut ni, sempat pulak ayah nak bergurau.

“Nao ada pegang ubat ni tak ayah?,”soalku lagi, suaraku bergetar.

“Takde pulak, sebab dia cuma hantar ayah pergi klinik lepastu balik, katanya ada assignment nak disiapkan masuk ke dalam rumah pun dia tak sempat,”Alhamdullilah, punyalah aku takut ada saja benda yang si Nao ni buat nak porak perandakan hidup aku.

“Kenapa Qirin? Nao tau ayah demam pun sebab dia call ayah, alang-alang bersembang tu ayah bagitau la ayah demam, tak lama lepas tu dia datang nak bawak ayah pergi klinik. Nao tu baik budaknya Qirin, dia boleh lindungi kita,”ayah tersenyum sambil memegang bahuku. Selamat? Ayah tak tahu apa dia mahu, aku tak mahu risaukan ayah, kalau aku bagitau hal sebenar pun ayah takkan percaya. Nao pelakon paling hebat, sesaat saja sudah cukup untuk dia bertukar menjadi malaikat atau pun syaitan, aku benci hidup aku sekarang semuanya kerana Nao.

“Dia memang baik ayah, tapi lain kali kalau ada apa-apa bagitau Qirin dulu tau ayah. Ayah, Qirin balik dulu, Qirin ada banyak kerja nak buat,”aku terus bersalam dengan ayah, lalu aku pulang menaiki teksi, walaupun Cuma 30 minit, tapi penatnya tu Cuma Allah saja yang tahu. Setiap saat aku risau, selalu saja aku berjaga demi memastikan aku dan ayah selamat, apa boleh buat bagi orang yang kena jajah macam aku ni. Memang betul kata orang, sekali keturunan penjajah selamanya penjajah! Aku keluar dari teksi dan berjalan pulang ke kolej kediamanku, langkahku terhenti apabila kereta Honda city menghampiriku, aku cukup kenal dengan kereta ini. kereta yang aku paling benci sebabkan tuan dia aku benci.