BAB 6

“Kau merajuk la ni,” aku ketawa kecil.

“Mana ada,” dia jawab lagi.

“Dah tu, macam tak nak cakap dengan aku je,” aku pula buat nada pasrah.

“Aku bukan apa tau Qirin, kau best friend aku kot, aku tau kau sayang Nao and dia tu boyfriend kau tapi janganlah sampai abaikan kawan sendiri,” dia dah mula luahkan semuanya.

“Aku tak bermaksud nak abaikan kau,” aku jawab perlahan.

“Abestu kau tinggalkan je match tadi, before this kau tak pernah miss any match,” Aepul mula meninggikan suara.

“Hmmm sorry. Nao tiba-tiba ajak pergi makan,” aku mula rasa bersalah.

“Dah tu, lepas match tak boleh nak makan? Aku tak tahu la kau ni Qirin, aku dulu bercinta jugak pernah aku abaikan kau? Sama je aku layan kau bila aku ada girlfriend ataupun takde, tapi bila ada Nao macam sampah je kau buat aku,” aku dapat rasakan Aepul membuak-buak marah masa ni.

“Sorry, aku tersepit Aepul,” aku katakan yang benar, kalau bukan sebab Nao tak mainkan nyawa ayah dah lama aku tendang je si Nao tu.

“Tersepit? Dia baru jadi boyfriend kau Qirin, bukan suami. Kau yakin sangat ke yang dia tu jodoh kau, yang kau nak layan dia macam raja? Dah la, kau tersepit kan. Aku tak nak tambah kekusutan kau lagi. Assalamualaikum,” Aepul terus mematikan panggilan.

“Wa’alaikumussalam,” aku jawab perlahan. Aku tak tahu sampai begini Nao boleh huru-harakan hidup aku. Kalau Aepul dah tak mahu bercakap dengan aku lagi, aku nak bercakap dengan siapa. Dia sorang je yang selalu ada masa aku susah dan senang. Aku tak bermaksud langsung nak sakitkan hati Aepul, aku taktahu apa patut aku buat, kepala aku rasa sakit sangat. Aku perlukan rehat, aku terus terlena.

Seperti biasa aku ke kelas, hari ni kelas tak padat, cuma ada satu kelas saja. Nak habis sem ni, banyak lecturer batalkan kelas, aku memang suka pun sebab kalau aku ke kelas aku bukannya bercakap sangat dengan rakan sekelas aku, jadinya aku banyak ke library untuk tidur, kalau dah nak dekat maghrib baru aku balik kolej kalau Aepul ajak aku makan luar baru la aku keluar tapi harini Aepul langsung tak pandang aku masa jumpa dekat cafe tadi. Aku tahu dia masih marahkan aku, tapi selalunya Aepul akan cool down, jadi aku biarkan saja dia tenangkan dirinya sendiri. Lelaki ni kalau merajuk susah sikit, bukan macam perempuan kalau di pujuk dah elok. Aku tak faham betul semua lelaki yang ada kena mengena dengan hidup aku, semuanya memeningkan kepala aku, lagi-lagi si Nao tu. Major disaster! Belumpun sempat aku melangkah masuk ke pintu utama library, tiba-tiba tanganku di rentap kuat.

“Nak pergi mana?,” soal Nao, dia lepaskan genggamannya.

“Pergi library la,” jawabku ringkas, langit makin mendung.

“Sekarang pukul berapa?,” soalnya nampak tegas.

“Pukul 4,” aku lihat jam dan pandang wajahnya. Aku benci mukanya yang serius itu, aku tak faham kenapa ramai benar yang suka dia. Oh aku lupa, dia pandai bermuka-muka.

“Awak lupa harini, hari apa?,” soalnya sambil memandangku sayu. Aku rasa harini hari biasa, tiada apa yang luar biasa melainkan sekarang hujan tengah turun dengan lebat.

“Hari apa? Hari jumaat, kenapa dengan hari ni?,” aku tanyanya kembali, sumpah aku tak tahu apa yang ada pada hari ini.

“Ish lembap. Saya dah bagitau kan dulu, hari ni hari penting dan saya paling benci kalau ada something yang spoil mood saya harini. Well done, awak dah berjaya buat saya untuk hukum awak. awak tunggu!,” Nao terus berlalu pergi, aku langsung tak ingat apa-apa.

“Nao.. Nao tunggu!,” aku berlari mengejarnya, tapi dia langsung tak endahkan aku, akhirnya aku pasrah bukan kerana Nao sudah pergi tapi hujan makin lebat di tambah pula dengan kilat.

“Hmmm hari ni hari jumaat, 23 hari bulan.. hmmm ada apa? Astaghfirullahazim.. hari jadi Nao, arghhh sudah macam mana aku boleh lupa!,” aku terus berlari dalam hujan yang lebat itu, nasib baik aku bawa payung, aku terus menahan teksi dan pergi keluar untuk membelikan Nao hadiah. Aku bukan peduli sangat dengan hari jadi Nao, tapi kalau dia kecewa dengan tindakan aku, macam-macam dia boleh buat. Aku terus membeli teddy bear sebesar pergelangan tangan dan tabung duit berbentuk kereta api. Aku tahu pemberian aku tak semegah mana, jadi aku cukupkan dengan kek chesse oreo kegemaran dia, harga kek ni lagi mahal dari hadiah yang aku nak bagi, aku tahu kek kegemaran dia pun sebab dia yang bagitahu.

“Jumpa saya depan library 30 minit dari sekarang,” Nao mesej aku. Tahu-tahu saja aku baru nak mesej dia. Aku menunggu bukan 30 minit, tapi 1 jam. Aku tahu, dia saja nak kenakan aku. Mungkin ini hukuman yang dia cakapkan sebentar tadi.

“Naik cepat,” Nao membuka tingkap, dan menyuruh aku masuk. Aku menuruti saja.

“Kita nak kemana?,” soalku lagi.

“adalah,” Nao hanya membisu. Tak lama kemudian kami sampai ke cafe.

“Cafe ke? Kalau macam tu baik awak suruh je saya tunggu dekat sini,” aku keluar dari kereta, aku berjalan menuju ke cafe, tak lama kemudian Nao panggil aku.

“Oi sini la, siapa kata kat cafe?,” Nao terus menuju ke padang rumput kecil, tempat khas di sediakan untuk anak pensyarah atau staf universiti bermain. Waktu nak maghrib jadi tiada siapa di tempat itu.

“Nao, saya minta maaf saya lupa hari jadi awak. Tapi say a ada beli something untuk awak. nah,” aku hulurkan beg berisi teddy bear dan tabung duit serta kek hari jadi Nao. Nao mengambilnya dan meletakkannya di bawah, kemudian dia melambai seakan memanggil sesuatu.

“So, dah nak start ke?,” Fikal datang membawa baldi.

“Kejap, bagi aku tengok dulu dia bagi apa,” Nao terus membuka beg yang berikan tadi, kemudian dia terus mencampakkan baldi yang berisi cecair merah itu tepat mengenai muka aku, kemudian seluruh badan.

“Apa ni?,” aku membulatkan mata, bau busuk menusuk hidung, cecairnya likat, aku terus muntah.