BAB 3

Pagi itu aku bangun tanpa bantuan alarm, aku tahu kalau jadinya perkara sebegini maknanya aku dah lambat ke kelas. Semuanya pasal Nao, kami pulang nak dekat pukul 1130 malam. Aku balik bilik dan siapkan semua kerja aku yang tergendala, nak dekat pukul 4 baru aku tidur dan aku terlupa nak kunci jam. Siap saja semuanya, aku terus berlari menuju ke tempat menunggu bas, aku tak hiraukan apa orang nak cakap, tak jaga etika keperempuanan ke, yang penting aku sempat naik bas yang dah nak siap nak bergerak tu.

“Aduh, sakitnya!,” tidak semena-mena, aku jatuh. Aku bangun kembali, habis luka telapak tangan aku, selamat aku pakai seluar jeans kalau tidak dengan lutut aku sekali luka.

“Sorry tak perasan,” Nao yang menyandar di tiang hanya mempamerkan muka tak bersalah dia. Aku tahu dia saja buat kaki aku tersandung dengan kaki dia.

“Hmm takpe,” aku terus meniup tanganku perlahan.

“Lain kali mulut tu jaga sikit, I mean pasal semalam,” Nao terus menjeling tajam. Dia masih marah pasal semalam.

“Saya minta maaf kalau saya terlepas cakap semalam,” aku tunduk memandang tanah, kalau aku balas pandangan dia mesti dia fikir aku mahu melawan dia.

“Meh sini tengok tangan tu, kesiannya,” Nao terus menarik tangan aku kemudian dia tekan luka tadi.

“Sakitlah, awak buat apa ni?,” aku menarik kembali tanganku, bukan – bukan saja Nao ni.

“Sakit? Kalau macam ni sakit tak?,” Nao terus menuang cecair dettol mengenai lukaku.

“Pedih la. Cukup la,” tanganku menggeletar, menahan kesakitan. Aku pandang Nao, terserlah senyuman puas hati dia dapat cederakan aku.

“Tahanla sikit, dah luka kan kena la letak Dettol,” Nao mengelap saki baki dettol dengan tissue.

“Awak memang bawak dettol setiap hari ke apa?,” hairan juga, rajin pulak si Nao nak bawak dettol ke hulu hilir.

“Tak la, harini je sebab rancangan dia saya nak langgar sikit awak dengan kereta, tapi awak tak muncul-muncul. Tak dapat langgar pun buat awak jatuh sikit pun boleh la dari takde la langsung kan,” Ya Allah kejamnya dia ni. Langsung tak berperikemanusiaan.

“Perghh pagi-pagi dah drama cintan, tak menahan betul la kau punya sweet ni Nao,” tegur Fikal, kawan baik Nao, spesis sama macam Nao tapi tak sekejam Nao. Dua-dua bijak, tapi yang bezanya Fikal jenis suka mainkan perasaan perempuan, dia ni pun aku benci jugak. Pokoknya apa-apa yang berkaitan dengan Nao aku benci termasuk baju yang dia pakai, kereta dia, tempat duduk dia, dengan bayang-bayang dia sekali aku benci.

“Kalau kita dah sayang orang tu, apa pun kita sanggup buat. Nyawa pun sanggup kita gadai kan Qirin?,” Nao memandang aku dengan senyuman sinis, aku hanya memalingkan wajahku ke tempat lain.

“Bila Nao dah jatuh cinta macam ni la jadinya, Qirin asal aku tengok kau ni macam takde feel je dengan Nao? Jangan cakap kau tak suka Nao. Satu uni dah tau kau dengan Nao, semua orang tekejut beruk tau,” bila pulak aku bercinta dengan si Nao. Ini tak lain tak bukan semua kerja si Nao la ni.

“Takde la, bila pulak aku dengan Nao..,” belum pun sempat aku habiskan ayat, Nao terus memijak kaki aku, sakit dia punyalah tak dapat di gambarkan dia bukan pijak perlahan pijak kuat pulak tu.

“Hmmm biasalah Fikal, ala macam kau dapat bercinta dengan crush kau mesti kau malu kan Fikal? Macam nak kena behave selalu. Dia ni hati-hati sangat sebab aku kan crush dia,” sejak bila pulak aku crush dekat dia? Aku tak pernah minat sesiapa sejak dia dah huru harakan hidup aku, instead, tak sempat pun nak ada crush.

“ so kiranya, Qirin la yang mulakan step dulu. Hmmm tu la, aku pun heran asal kau nak declare dengan Qirin kan, instead, kau boleh dapat yang lagi cantik dari Qirin,” Fikal menepuk-nepuk tangan, sempat juga dia kutuk aku.

“Aku bukan macam kau Fikal, bercinta sebab rupa. At first, aku takde la nak suka si Qirin ni, tapi dia dah buat macam-macam untuk aku, sampai nak offer kan diri dia dekat aku, so aku ni kan bukan jenis yang low profile macam tu, lelaki dayus je yang buat benda tak senonoh macam tu, untuk selamatkan Qirin dari dunia macam tu, aku pun say yes je la dekat dia,” What? Offer diri? Since when? Tak terlintas pun kat fikiran aku nak gadaikan maruah aku semata-mata demi dia. Dia dah melampau!

“Seriously? Gila la Qirin, aku tak sangka kau suka Nao sampai macam tu sekali?,” Fikal membulatkan mata. Aku kena buat sesuatu, aku tak boleh biarkan fitnah ni.

“Fikal. Nao gurau je, kau jangan ambil serius benda ni,” aku pandang Fikal, aku harap dia percaya apa yang aku cakap.

“Well, 50-50 nak percaya boleh tak percaya pun boleh. Okay guys, i’ve got to go,” Fikal terus berlalu menaiki kereta mewah milik gadis berambut lurus itu. banyak kali Fikal tukar girlfriend. Dah macam tukar baju.

“Asal sebok nak masuk conversation?,” Nao berdiri tegak, dia menolak kuat bahuku.

“Macam mana tak sebok, apa yang awak cakap tadi fitnah, mengaibkan saya!,” aku terus berjalan pergi, aku tak mahu lagi fikir pasal Nao, lagipun aku dah lambat ke kelas.

“Then, jadikan fitnah tu bukan fitnah,” Nao tunduk berbisik pada aku, sangat dekat jarak antara kami kemudian Nao senyum sinis dan terus berjalan masuk ke dalam keretanya. Penumpang bas semua melihat kami, manakan tidak situasi seperti itu semua orang boleh salah tafsir, padahal aku dengan Nao tiada apa-apa, yang terima akibatnya aku. Semua orang berbisik sambil menjeling aku. Kenapa semua orang nampak aku saja yang bersalah, aku penat. Habis saja kelas, aku pergi ke perpustakaan, bukan untuk membaca buku, tapi aku suka penghawa dinginnya yang sejuk. Sangat kondusif untuk aku tidur. Tapi sebelum tu, aku kena ambil novel pendek berjudul ‘kiddos’ yang mengisahkan dua insan jatuh cinta tanpa bersua semuanya sebab dorang tertukar adik masa nak naik flight masing-masing.