BAB 2

“Qirin, pergi mana?,”soal Nao sambil memandang aku dengan muka kosongnya itu. nampak kosong tapi sebenarnya banyak lakaran jahat tersimpan di balik wajah kosong itu.

“Balik rumah, kenapa?,”aku menjawab tapi cuma memadang ke jalan, malas aku mahu melihat wajahnya itu, walaupun tampan tapi kalau dah busuk takkan dapat sorok punya.

“Jom teman saya makan. Lapar ni,” Nao memegang perutnya, aku kesah apa kau lapar ke apa, kau mati kelaparan tu aku lagi suka.

“Saya penatlah Nao, lagipun banyak kerja saya tak siap lagi. Sorry,”aku terus berjalan. Entah kenapa berani pulak aku tolak permintaan dia.

“Penat? Tapi boleh balik rumah. Awak ni kalau tak nak makan dengan saya cakap je la. Awak tahu kan saya benci manusia yang suka menipu, rasa macam nak pijak bagi mati,”Nao memandang serius wajahku. Aku tersentak, dengan Nao tak boleh di buat main.

“Saya tak menipu, betul saya banyak kerja. Tapi kalau awak nak sangat saya temankan, saya boleh je temankan,”aku tak berani nak melawan lagi, Nao ni bukannya betul karang bukan-bukan pulak dia balas.

“Sebenarnya saya takde la teringin sangat nak awak temankan, tapi saya ni jenis tak suka tengok awak hidup bahagia, awak derita tu buat saya seronok pulak,”dasar jahat! Kalau ikutkan hati, aku dah bakar dia hidup-hidup dengan kereta dia sekali. aku terus masuk ke dalam kereta, sepanjang perjalanan aku hanya mendiamkan diri, pura-pura tidur aku benci berbual dengan dia. Tidak lama kemudian kami sampai ke restoran hotel lima bintang, Nao ni kalau bab makan sangat cerewet, kebersihan tu jadi keutamaan dia.

“Awak nak makan apa?,” soal Nao, dia ingat dalam aku penat ni ada selera nak makan.

“Saya dah makan tadi, saya dah kenyang. Saya Cuma temankan awak je,” jawabku sambil mataku memandang meja yang tersusun rapi dengan alatan makanan itu, setiap susunan ada caranya, aku pernah belajar dulu tapi manusia ni cepat lupa, jadi aku lupa bagaimana susunan itu, padahal akulah yang jadi demo sewaktu aku belajar etika makanan dulu.

“so, kenapa awak balik?,” Nao terus memandang tepat ke anak mataku, ish aku tak suka betul pandangan dia ni, buat aku sakit hati.

“Saya cuma nak tengok ayah je, dia kan demam,”jawabku tipu, aku malas mahu terlampau berterus terang dengan Nao, dia bukan jenis yang consider perasaan orang lain.

“Oh yeke? Awak ni, saya kan dah bagitau saya tak suka manusia yang suka menipu. Kenapa? Takut saya nak racun ayah awak ke?,” Nao tersenyum sinis, dia ingat perkara nyawa ni main-main.

“Kenapa awak belikan ubat demam untuk ayah saya? Saya anak dia, saya boleh beli untuk dia,”aku tinggikan sedikit suara, aku tak dapat kawal perasaan marah yang membuak-buak dalam jiwa aku ni.

“Oh, tinggi mandat awak nak marah saya?,”Nao membulatkan matanya, membuatkan aku tunduk kembali memandang meja makan.

“Maafkan saya, saya cuma nak tahu apa motif awak sebenarnya,”aku beranikan diri memandang anak matanya yang bewarna coklat cair itu.

“Awak tahu jawapan dia apa kan, cuma awak tak tahu masanya saja. Awak jangan risau untuk masa terdekat ni saya tak suka nak kotorkan tangan saya untuk bunuh orang lagi-lagi nak dekat final ni, tak berkat,”Nao meneguk air kosong itu sedikit, aku benci dia, dia buat nyawa ayah dengan aku macam mainan budak kecik yang kalau rosak di buang kalau tak suka di campak.

“Kalau macam tu, kenapa nak beli ubat demam bagai. Awak nak bunuh, bunuh je saya. Ayah tak salah!,”aku meninggikan suara lagi, kali ini lebih kuat dari sebelumnya membuatkan Nao berhenti meneguk air kosong itu.

“Kalau ayah awak demam, dia akan sakit dan kalau dia sakit mungkin dia akan mati. jadi, ayah awak mati bukan sebab saya yang bunuh dia. Sebab tu saya jaga ayah awak baik-baik sampai masanya nanti baru boleh…,”Nao membuat isyarat seperti memotong leher kepadaku. Air mataku bergenang, aku tak sanggup kehilangan ayah, ayah langsung tak tahu niat Nao dan siapa Nao.

“Tapi Qirin, kalau awak jaga hati saya elok-elok mungkin satu nyawa boleh lepas. Macam yang awak nak, lepaskan ayah awak. be a good girl, simple as that,”Nao terus senyum kepadaku, aku mengetap bibir, aku tak tahan dengan sikapnya yang berlagak seperti tiada apa yang salah.

“Kalau dah keturunan penjajah tu, penjajah jugak!,” tidak semena perkataan itu terpancul dari mulutku, Nao memandangku sayu. Aku tak pasti kenapa pandangan itu yang di berikan.

“Qirin, penjajah pun ada perasaan jugak, saya takkan buat sesuatu tanpa bersebab. Apa awak ingat ada orang yang senang nak maafkan orang yang bunuh kedua ibu bapa dia? Yang sebabkan saya susah selama ni, hidup sebatang kara, merempat? Saya berjaya pun sebab usaha saya sendiri. Awak ingat saya mampu hidup ni sebab apa? sebabnya saya nak balas dendam pada orang yang dah ambil nyawa parents saya. Iaitu ayah awak!,”Nao menumbok meja makan itu, membuatkan aku terkejut.

“Tapi Nao, that was an accident ayah saya bukan saja-saja nak langgar parents awak. cubalah faham maksud takdir,” aku mula mengerutkan dahiku, bukan salah ayah tragedy 10 tahun lepas.

“apa hak awak nak cakap pasal takdir, awak ada dekat tempat saya? I was really surprised that, your father tak bertanggungjawab langsung pasal saya. I was 10 at that moment and I don’t have anyone else , what do you expect? Budak 10 tahun hidup sebatang kara, merempat tak tentu hala is that fair for me? And both of you do like nothing happens!,” Nao terus menikam meja makan dengan garpu, tikaman yang kuat sekuat amarahnya.

“But ayah saya masa tu cedera parah. How he supposed to be responsible on you dalam keadaan dia macam tu, 3 tahun di perlukan untuk ayah sembuh itupun bukan sepenuhnya, saya minta maaf,”entah berapa juta kali aku minta maaf pada dia berkenaan tragedi itu, Nao langsung tak memafkan.

“After that? Ada ayah awak cari saya?,”soal Nao sambil memandang sinis pada aku.

“Ada. Tapi kami tak jumpa awak,”aku mempamerkan wajah sayu, aku tahu dia langsung tak kesian pada aku dan ayah.

“Hahaha cari guna kepala lutut memang la tak jumpa, i don’t care yang saya tahu awak dan ayah awak hutang saya dua nyawa. But, I’m not that mean, like I said kalau awak pandai jaga hati saya then discount 1 nyawa. Simple as that right,”Nao tersenyum sambil menjeling aku. Aku tahu memang perit untuk hidup tanpa sesiapa, tapi apa salah ayah, bukan ayah yang nak accident tu jadi semuanya takdir. Nao datang setahun lepas, dia kenal ayah masa dia hampir terlanggar ayah yang tengah naik motor, aku tau tu semua rancangan dia, pura-pura baik depan ayah tapi sebenarnya ada muslihat lain, sampai satu masa semuanya terbongkar lepas aku selidik siapa dia sebenarnya dan end up aku di ugut macam ni. Nak bagitau Aepul atau sesiapa pun aku tak berani, sebab kalau bocor immediately dia akan cederakan ayah. Aku penat hidup dalam keadaan macam ni.