BAB 12

Memandangkan dia dah jamin ayah akan hidup jadi aku tak perlu nak layan dia baik-baik lagi, layan dia baik-baik pun pengakhirannya nanti aku mati juga. Aku terus berjalan melalui tepi jalan dengan terjengkot-jengkot. Tiba-tiba satu tolakan kuat mengenai belakangku, aku jatuh lalu beg tanganku di rentap, aku cuba menarik kembali tapi sayangnya tangan peragut itu tangkas mengelar lenganku. Aku lepaskan genggaman aku dari beg tanganku, peragut itu bergegas pergi.

Darah mengalir, memandangkan aku pakai kemeja putih maka makin jelas tompokan darah itu. aku duduk menyandar di tepi jalan, entah kenapa tiada satu orang pun yang mahu menolong, mungkin di takdirkan hari ini ajal aku, aku tak mampu nak berjalan lagi, aku teramat letih tanganku menggeletar, aku ukir senyuman, kalau benar hari ini ajalku, aku tak perlu risau lagi tentang ayah, pasti Nao akan pastikan ayah di jaga di rumah orang tua-tua dan aku juga tak lagi terikat dengan Nao, dan Nao pasti lebih bahagia lepas dapat menikahi perempuan itu.

“Qiriiiinnn,” dari jauh aku lihat Nao berlari mendapatkan aku. Aku tahu dia cuma mahu aku masih bernyawa saja sebab dia tak mahu aku mati bukan di tangan dia.

“Kenapa ni Qirin, kenapa awak terus pergi. saya dah kata tunggu kan! Awak ni degil,” Nao cuba mengangkat aku, tapi aku tolak tanggannya.

“Dah! Lepaskan saya, biar saya mati dekat sini. Ini yang awak nak kan,” air mata ku bergenang, aku cuma dapat lihat samar-samar saja.

“Saya takkan benarkan benda tu jadi,” Nao cuba mengangkat aku lagi, kali ini tolakan ku lebih kuat.

“Sebab bukan saya mati dekat tangan awak kan? Tolonglah, saya dah penat dengan mainan awak ni, kalau nak bunuh, bunuhlah sekarang. Sampai bila awak nak seksa saya. Nah ambil ni, ambil batu ni pukul sekuat mungkin. Saya dah tak sanggup lagi,” air mataku jatuh, aku dah tak sanggup hidup terseksa macam ni.

“Tak. Saya takkan buat,” Nao terus memeluk aku, dia campak batu yang aku genggam jauh.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa saya yang kena? Kenapa bukan orang lain, saya nak jugak hidup bebas macam orang lain. Kenapa awak penjarakan hidup saya? Tak boleh ke awak lupakan dendam awak? salah saya ke kalau memang dah takdir mak ayah awak pergi. Salah saya ke? Salah saya ke Nao?,” air mataku mengalir deras lagi, aku dapat rasakan air mata Nao menitis mengenai baju ku. Aku terus rebah.

Aku buka mata perlahan, aku lihat Aepul sedang memandang aku. Bau ubat menusuk masuk ke rongga hidungku, aku lihat doktor berdiri di sisi aku sambil memeriksa denyutan jantung aku. Aku lihat sekeliling, ayah tiada. Cuma ada Aepul, aku cuba bangun tapi doktor terlebih dahulu menahan aku.

“Apa jadi Aepul? Mana Nao?,” aku tanya Aepul sambil tanganku masih memegang kepala. Syukur, tudungku masih ada. Aku tahu Aepul yang menyuruh jururawat memakaikannya untukku, dia sememangnya memahami aku.

“Kau pengsan sebab hilang banyak darah, Nao? Dia ada tadi, tapi dah keluar kejap. Dah rindu ke?,” dalam situasi begini dia masih lagi nak bergurau.

“Ayah?,” aku hairan, kalau aku masuk hospital pastinya orang pertama yang aku lihat ayah. Tapi tidak, aku hanya lihat Aepul saja.

“Hmmm.. kau lapar tak?,” Aepul cuba tukar topik. Aku tahu pasti ada yang tak kena.

“Aku tanya mana ayah aku!,” aku jadi berang, entah kenapa aku dapat rasakan kemarahan aku makin membuak-buak.

“Kau lapar ni, aku belikan makanan kejap,” Aepul terus melarikan anak matanya dari mataku. Aku tahu ada benda dia sembunyikan daripada aku, aku jadi tak keruan nak menangis ada, nak menjerit pun ada.

“Mana ayah aku. Jawablah!!,” aku menjerit, Aepul tersentak.

“Ayah tengah kritikal dekat ICU sekarang, Qirin, aku mintak maaf aku bukan tak nak bagitau tapi aku takut kau tertekan lepas sedar ni,” Aepul terus memandang aku sayu. Hati aku remuk berkecai, baru semalam aku jumpa ayah, dia masih sihat masih mampu bergurau dan hulurkan senyuman, aku tak percaya. Aku yakin Aepul cuma mahu bergurau.

“Kau gurau kan,” air mataku bergenang, aku takut mendengar jawapan yang bakal di berikan Aepul nanti.

“Tak. Aku tak bergurau. Sabar Qirin,” muka Aepul cemas, aku tahu Aepul tak bergurau. Air mataku jatuh berjujuran, aku pejamkan mata cuba kawal emosi aku, tapi aku tewas. Aku tahu siapa yang buat ayah begini, Nao!.

“Aku dah agak dah. Dia memang binatang, penipu!!,” aku terus mencabut wayar saluran air dan oksigen yang melekat di lenganku dan di hidungku, walaupun sakit tapi sakit hati aku ni jauh lebih berjuta kali perit, aku tak hiraukan luka tanganku yang berdarah kembali. Yang aku tahu aku mahu jumpa Nao. Aku terus berlari mencari Nao, aku benci dia sampai aku mati. Dari jauh aku lihat dia sedang duduk di kerusi menunggu. Aku terus mencapai gunting pembedahan yang berada di atas meja pendaftaran itu, Nao memandang aku, dia terus bangun dan berjalan laju menuju kearah aku. Dia lemparkan senyuman manis pada aku, tapi sayangnya aku takkan lemah lagi, dia patut terima apa yang dia buat pada ayah. Dia tak patut mungkir janji, aku terus berlari mendapatkan Nao, sampai saja dalam dakapannya aku terus menikam Nao dengan gunting. Entah apa yang merasuk aku, sampai aku sebegitu nekad mahu membunuh Nao, aku pula sudah jadi seperti dia.

“Qirin kenapa?,” Nao terus memegang tempat tikaman itu. Aku cuma memandangnya dengan penuh kebencian.

“Saya dah kata, nyawa saya awak boleh main-mainkan tapi nyawa ayah awak jangan sesekali mainkan. Awak kata awak takkan buat apa-apa dengan ayah . Saya bertahan turut apa semua yang awak kata pun sebab ayah, awak memang binatang!,” aku terus menyepak kaki Nao, mungkin pada dasarnya orang akan lihat aku seperti tiada perikemanusiaan tapi mereka tak tahu apa yang aku lalui, tambah-tambah orang yang aku sayang dah pergi.

“Qirin! Ya Allah! Apa kau buat ni?,” Aepul terus menarik aku dari terus menyepak Nao, dia pun sama saja seperti orang lain, tak tahu apa yang aku lalui.

“Dia cuba bunuh ayah aku Aepul, dia janji takkan apa-apa kan ayah tapi dia tipu aku. Kenapa dia kejam sangat?,” aku terus menangis, Aepul mengerutkan dahinya tanda marah.