BAB 9

“Tapi tadikan, Nao bagi bunga dekat perempuan ni. Haaaa Qirin! Ala, yang dorang kata dia dengan Qirin sekarang ni,” aku membulatkan mata, memang popular betul si Nao ni, sampai aku yang macam tak wujud ni pun orang boleh kenal sebabkan dia.

“Oh perempuan murah tu, sannggup jual diri dekat Nao semata-mata nak attention Nao,” hati aku remuk, aku tak tahan lagi dengan fitnah yang dah di anggap betul ni, aku kena buat sesuatu.

“Maaf, kalau tak tahu cerita sebenar lebih baik diam, saya tak pernah jual diri dekat Nao. Saya ada maruah!,” aku terus menarik perlahan bahu pelajar perempuan itu, dia naik berang dengan tindakan aku.

“Uuuuu berani gila kau kan. Korang, ni ha perempuan murahan, yang jual diri dekat Nao,” tiba-tiba suaranya di kuatkan, semua mata melihat aku tak kurang juga yang berbisik, aku tahu dorang semua mengumpat aku. Alang-alang dah orang benci, baik aku jelaskan apa yang patut aku jelaskan jadi selepas ni terpulang pada dorang sama ada nak percaya atau tak.

“Okay fine. Teruskan,” aku tak jadi teruskan bila tengok Nao pandang serius pada aku. Aku takut, kalau aku bagitau hal sebenar dia akan marah dan ayah taruhannya. Dorang semua tak tahu apa yang aku lalui.

“Kan betul perempuan murahan! Blah la, malu la wei, muka tak cantik tapi hati bagi cantik la,” aku terus berjalan perlahan, waktu ni aku rasa aku perlukan sangat Aepul untuk tolong pertahankan aku, tapi aku kena belajar jadi lebih kuat untuk lindungi orang aku sayang. Mulut orang, lama-lama nanti senyaplah, walaupun aku tahu mereka takkan senyap tapi aku kena belajar tak semua orang faham kita, tahu apa kita lalui, jadi berdiam diri tu lebih baik.

“Tapi seorang perempuan tu lagi tak cantik kalau hina orang yang aku sayang,” tiba-tiba tangganku di genggam, aku toleh dan dia menarik aku pergi ke arah perempuan yang menghina aku sebentar tadi.

“Problem?,” Nao menggenggam tangan aku dan dia tunjukkan betul-betul dekat dengan perempuan itu. kemudian, dia terus membawa aku pergi berlalu sambil kami di perhatikan semua mata yang memandang, aku cuba untuk lepas kan genggaman tapi genggaman Nao terlampau kuat. Jauh juga dia bawa aku, sampai ke hujung carnival di mana tiada langsung manusia Cuma ada aku dan Nao.

“Nangislah kalau nak nangis. Takde orang,” Nao melepaskan genggamannya.

“Takde benda nak di nangiskan,” aku cuba berlagak kuat, walaupun mata aku ni dah bergenang tunggu masa air mata nak jatuh je.

“Qirin,” dia panggil aku dengan nada yang lembut, entah kenapa aku rasa bertambah sedih, aku letih dengan semua fitnah ni, dengan semua benda yang aku kena lalui semenjak Nao datang. Air mata aku jatuh, aku cuba untuk mengesat tangisan aku tapi Nao lebih tangkas membawa aku ke dakapannya.

“Nangis la, nangis semahu mana yang awak nak,” Nao memegang perlahan kepala aku.

“Kita tak patut buat macam ni,” aku cuba merungkai pelukan Nao, tapi tak berjaya.

“Kenapa? Berdosa? Tak jatuh dosa pun, awak lupa ke kalau seorang isteri peluk suami dia, dia akan dapat pahala? Dan tak salah jugak kalau saya pegang awak depan orang ramai. Orang kata, kalau kita peluk yang halal untuk kita beban kita akan berkurang, saya pinjamkan diri saya kejap untuk awak,” air mata aku mengalir laju, memang betul, aku dapat rasakan ketenangan. Ya, aku dan Nao memang suami isteri yang sah, ayah terlampau sayangkan Nao sampaikan dia serahkan hak penjagaan aku kepada Nao, Cuma kami lakukan seringkas mungkin. Ayah kata, nikah itu yang lebih penting, lepas kami berdua habis belajar nanti nak buat besar-besaran buatlah. Kali pertama aku rasa yang Nao betul-betul macam suami aku, selama ni aku anggap dia Cuma orang asing yang nak ragut nyawa aku dan ayah.

“Walaupun beban tu datang dari awak? kenapa awak kejam sangat? Saya salah apa pada awak?,” aku menangis lebih deras lagi.

“Kalau beban tu dari saya, saya lah yang boleh hilangkan beban tu,” Nao terus meletakkan kepalanya di bahu aku. Kali ni, aku rasa dia pula yang rasa sedih. Lama juga aku berada dalam dakapan Nao, dakapan itu terlerai apabila aku nampak kelibat Fikal dari jauh, aku tak mahu Fikal tahu sama juga Nao, dari awal lagi dia dah bagi amaran dekat aku kalau sesiapa saja tahu aku yang akan di cari, dia bukannya nak sangat aku jadi isteri dia, cuma nak balas dendam saja, kalau aku isteri dia lagi senang dia nak hukum aku, dan orang takkan pertikaikan apa pun yang dia buat sebab aku milik dia, sampai satu tahap tu dia ada cakap dengan aku, dia kena bersedia cari calon isteri lain sebab isteri pertama mati awal, ajal tak panjang. Aku faham benar maksud dia tu.

Akhirnya minggu yang di tunggu-tunggu oleh pelajar tiba, cuti pertengahan semester, aku suka benar waktu ini, aku boleh jaga ayah dekat rumah dan pastinya tiada Nao. Aku bangun dari lena ku, jam menunjukkan pukul 6 pagi, aku bangun tunaikan solat subuh dan membuat sarapan untuk ayah. Ayah sedang membaca surat khabar selalunya dia akan lena selang 5 minit kemudian, lepas tu mulalah dia suruh aku bacakan berita harini untuk dia katanya ada anak belajar tinggi takkan bacakan ayahnya surat khabar pun tak mampu. Tiba-tiba pintu di ketuk, tak pernah-pernah pagi-pagi sebegini ada orang datang ke rumah, aku segera menyarungkan tudungku dan membuka pintu selepas saja melihat susuk tubuh itu aku terus tutup pintu semula.

“Qirin, bukak pintu,” suara yang begitu sopan dan manja sekali, aku tahu dia cuma berlakon saja, aku memaksa tanganku untuk membuka pintu.

“Kenapa datang?,” tanyaku, sambil tanganku membuka mangga, aku tak suka dia datang, baru saja aku berangan nak luangkan masa bersama ayah.

“Selalu saya datang awak tak de pulak nak banyak songeh, sekarang dah berani?,” Nao memeluk tubuh, dahinya di kerutkan. Dia memakai kemeja hitam tanpa bertali leher nampak begitu berkarisma sekali, aku tak menipu kalau bab penampilan, kalau handsome aku katakana handsome kalau buruk aku katakana buruk. Nao terus melangkah masuk sambil melemparkan senyuman yang manis pada ayah. Ayah terus bangun dari baring di atas sofa, laju saja dia sambut Nao.

“Ayah apa khabar?,” Nao terus mencium tangan ayah. Aku benci kepura-puraan dia, tapi yang penting sekarang, dia dah lepaskan ayah. Aku tak kesah kalau nyawa aku, tapi kalau nyawa ayah jangan di buat main-main.

“Ayah macam biasa la, duduk rumah takde apa nak buat, sekarang ni sihat la, lama nanti taktau la,” ayah terus menghirup kopi yang baru saja aku hidangkan tadi.

“Ish ayah ni, ada ke cakap macam tu. Kata tu satu doa tau, Nao tanak kehilangan ayah,” naik loya tekak aku dengar dia cakap macam tu, kalau ikutkan hati, aku dah angkat pasu tembikar ni baling tepat kena kepala dia.

“Hmmm Nao datang sini nak ajak Qirin keluar la tu. Ayah faham hidup berkahwin tapi masih belajar ni, susah nak luang masa bersama kan. Pergilah. Jaga Qirin elok-elok,” ayah menepuk perlahan bahu Nao. Aku terpinga-pinga tiada mesej atau panggilan yang dia mahu ajak aku keluar, Nao penuh dengan kejutan.