BAB 10

Bella pun cucuk hujung jari telunjuk dengan menggunakan pin tudung, lepas tu Bella titis kan darah atas duit syiling 50sen yang diletakkan di bulatan "Home"

Serentak diaorang menyeru, "Spirit spirit of the coin, if you here me, please come" "Spirit spirit of the coin, if you here me, please come"... Suasana senyap, sunyi, sepi.

Krekkkkkkk..... kreeekkkkkkkkkkk....

Salah satu pintu di dalam toilet tiba-tiba berbunyi, seperti ada orang yang membuka dan menutup pintu toilet berulang-ulang kali. Siapa lagi yang ada dalam toilet tu selain mereka berempat????!!

Bunyi pintu dibuka dan ditutup makin lama makin perlahan,dan akhir nya bunyi itu hilang. Mereka hanya senyap memasang telinga. Selang beberapa saat, lampu torch light yang lala pegang pula berkelip-kelip,.. Lala menelan air liur berkali-kali. Tangan Lala dah mula menggeletar.

"Ingat! Walau apa pun yang jadi, jangan sesiapa pun angkat jari dari duit syiling ni!" Bella bersuara tegas. Lala, Wani dan Tirah hanya mengangguk tanda faham.

Zzzzzzzuuppppp...

Rambut Wani terangkat bila angin yang laju sepintas lalu menerpa Wani. Semua mata pandang ke arah Wani. Wani cepat-cepat toleh ke kiri dan kanan. Bulu tengkok mula meremang, Wani dapat rasa seperti ada "benda" di belakangnya.

Duit syiling yang dari tadi kat bulatan "Home" mula bergerak-gerak.

"Siapa nama kau?" Bella bertanya. Duit syiling bergerak ke huruf M,E,L,A,T,I..

"Berapa umur kau?" Kali ni Lala pulak bertanya. Duit syiling 50sen bergerak pulak ke nombor 2,0,0..

"Sebab apa kau mati?" Bella mula tanya soalan cabul. S,E,M,B,E,L,I,H..

"Siapa yang sembelih kau?" S,A,M,A,D..

"Kenapa dia sembelih kau?" C,E,M,B,U,R,U

"Di mana kau mati?" Mereka makin teruja ingin tahu kisah kematian Melati. H,U,T,A,N.. B,E,L,A,K,A,N,G..

Mereka berempat terkedu, dan pandang antara satu sama lain. Memang belakang asrama tu, ada hutan yang tebal. Hanya pagar dawai sahaja yang pisahkan asrama diaorang dengan hutan tu. Dulu, berdekatan dengan hutan tu, merupakan perkampungan melayu.

Isssskkk... isssskkkk.. issskkkk... Tiba-tiba terdengar sayup suara tangisan. Sah! Itu suara tangisan Melati!!! Mungkin Melati sedih menceritakan bagaimana dia mati.

Mereka berempat pejam mata rapat-rapat. Takut. Mana tahu, tiba-tiba muncul pulak Melati depan mata. Habis huru hara jadi nya nanti.

Hampir seminit mereka berempat pejam mata, akhir nya tangisan Melati berhenti. Mereka buka mata perlahan-lahan.

"Melati? Kau masih ada kat sini?" YA

"Ok, sekarang ni, korang boleh tanya apa je yang korang nak" Bella bagi cadangan.

"Siapa jodoh aku?" Lala tanya soalan nakal. A,I,Z,U,D,D,I,N..

"Huh? Siapa pulak Aizuddin? Entah-entah Cikgu Din kot.. Hahaha" Bella menyakat Lala.. Cikgu Din tu, Cikgu yang ajar diaorang Pendidikan Jasmani. Dan Cikgu Din memang digilai pelajar perempuan asrama puteri ni, sebab kehandsoman yang melampau. Diaorang pun gelak terbahak-bahak. "Game" semakin rancak. Perasaan takut dah makin kurang.