/One\

“Mea, kau nak pergi mana?” Loco menarik rambut aku dengan kasar sekaligus mencubit pipiku.

“Bodoh! Sakitlah!” marah aku kepada Loco.

“Kau bodohkan aku, Mea. Gedik kau!” aku menjeling. Hati siapa tak panas kena tarik rambut orang sampai terasa nak tercabut tempurung kepala. Bukan kelapa ya, hiks.

“Sayang, bagilah tahu Loco kacak ni.” Geli-gelaman aku apabila Loco bersayang-sayang dengan aku.

“Aku nak pergi jalan-jalan cari ketenanganlah. Bising je orang tua ni.” Memandang aku yang paling muda diantara Loco, Lezo dan Rash.

Dalam hati aku terdetik, di manakah tinggalnya keluarga aku yang sebenar? Kenapa aku dibesarkan bersama mereka di dalam sebuah perkampungan yang tidak diketahui manusia lain. Perkampungan kami sangat terpencil dan miskin. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sangat susah kehidupan kami, kadangkala aku kasihan melihat keluarga-keluarga di perkampungan aku ini.

Dari kecil aku dibesarkan oleh mereka. Walaupun jarak usia kami tidak begitu jauh, hanya beza dua dan tiga tahun sahaja namun mereka menjaga aku yang masih bayi lagi.

“Loco, macam mana kau jaga aku masih kecil walaupun masa tu usia kau baru je 5 atau 6 tahun?” Tanya aku dengan riak wajah pelik. Loco terdiam.

“Aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan dengan kau. Aku jaga kau, masa tu fikiran aku memang dah ‘set’ nak jaga kau. Tu je.” Aku menggarukan kepalaku.

“Apa-apapun aku berhutang jasa dan budi dengan kau.” Loco mencium ubun-ubun kepalaku. Loco bagi aku sudah seperti abang kandung aku sendiri.