BAB 1

Haninah kelegaan apabila dia akhirnya dapat juga melabuhkan punggungnya setelah hampir setengah jam dia terpaksa berdiri di dalam tren Komuter tersebut. Begitulah rutinnya saban hari sepanjang hari bekerjanya iaitu dari hari Isnin sehingga hari Sabtu yang terpaksa ditempuhinya dengan sabar sementelah dia bekerja di Bandar Baru Bangi dan tinggal menumpang di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasek Selatan.

Seperti kebiasaan juga dia akan sering membaca majalah Islamik bagi menghabiskan waktunya sepanjang berada di dalam tren. Kali ini dia memilih untuk membaca majalah Solusi yang masih belum habis dibacanya setelah dua hari dia membelinya. Konsterasinya sedikit terganggu apabila dia terdengar ada suara-suara sumbang yang kecoh membuat bising tanpa sedikitpun merasa malu atau tersedar mereka sebenarnya telah mengganggu penumpang yang lain.

Haninah dapat melihat dengan jelas empat orang pelajar lelaki yang masih berseluar sekolah berwarna hijau tua walaupun baju mereka bukan lagi baju sekolah tetapi diganti dengan baju T-shirt harian sedang asyik mengusik dua orang pelajar perempuan. Kedudukan mereka yang berada berdekatan pintu masuk dan keluar tren komuter ini dan kebetulan hanya lebih kurang dua meter jauhnya daripada Haninah membuatkannya dapat melihat dan mendengar dengan jelas setiap perilaku dan kata-kata usikan mereka terhadap dua orang pelajar perempuan itu.

“Alah, boleh la bagi nombor telefon. Bukannya nak apa pun. Lainlah kalau saya nak awak, kan.” Seorang pelajar lelaki yang memakai topi berwarna merah masih cuba mengayat. Dua gadis yang bertudung itu tidak mengambil ‘pusing’ kata-katanya.

“Entah la kau orang ni. Kedekut tak bertempat. Bukan apa, bila kami bosan boleh la kami telefon, tanya khabar, ajak jumpa ke.” Seorang lagi yang berambut sedikit serabut menambah.

“Bukan senang tau, kami yang kacak menawan ni nak tawarkan diri macam ni. Kiranya kau orang berdua ni beruntung sangat. Kalau kau orang nak tahu kami ni golongan berada gak la. Dia ni anak datuk, yang ni anak tauke emas, yang ni anak peguam dan saya ni yang paling hebat la kiranya, anak Tan Sri.” Seorang lagi yang mengenakan baju Polo Ralph Lauren berwarna merah pula cuba membangga diri sambil tangannya mula ingin menyentuh salah seorang gadis berkenaan.

Tahulah Haninah kini yang mana satu anak Datuk, anak tauke emas, anak peguam dan anak Tan Sri apabila pelajar yang berbaju Polo tadi berkata sambil menunjukkan seorang demi seorang yang dimaksudkannya. Anak Datuk ialah yang bertopi merah, anak tauke emas yang berambut serabut dan berbaju T-shirt hitam dengan mengikat sapu tangan hitan pada lehernya, pula anak peguam yang hanya tersenyum sinis memandang mereka.

‘Nak kata mereka berbohong pun tak dapat disangkal apabila melihat gaya penampilan mereka itu. Tapi ada ke anak-anak orang ternama nak naik kenderaan awam macam ni. Bukan dape banyak kenderaan mewah kat rumah ker? Siap ada pemandu lagi. Musykil betul?’ Haninah monoloq sendiran.

“Dah tu adik. Tak elok mengusik anak dara orang macam ni. Mak bapa adik hantar adik-adik ke sekolah untuk belajar bukannya nak mengayat anak dara orang.” Seorang pemuda yang berkopiah putih, Ustaz barang kali pada fikiran Haninah menegur mereka. Mereka mula berpaling kepada pemuda tersebut dengan pandangan yang tajam.

“Jangan masuk campur urusan orang boleh tak. Kalau nak berdakwah pergi ke majlis, okey. Kat dalam tren ni tak payah nak tunjuk alim. Kami bukan buat tak senonoh pun, kami cuma nak mengeratkan silaturrahim jer. Tak kan itu pun tak boleh?” Pelajar yang berambut sedikit serabut tadi mula bersuara kasar.

‘Haih! Budak-budak zaman sekarang ni tak tahu malu betul buat macam tu kat tempat awam. Tak de rasa hormat dan adab betul dengan orang lain. Dah la tu pandai menjawab dengan memutar belitkan ajaran. Ada ker patut mengusik dan meminta nombor telefon anak gadis macam tu dikatakan nak eratkan silaturrahim.’ Haninah mengelengkan sedikit kepalanya melihat telatah mereka.