#1

SUMPAHAN SI PARI PARI
PART 1

Seluruh penduduk pekan Reyes gempar dengan kehadiran seorang gadis hodoh berpakaian cantik merayau-rayau di tengah pekan.
"Siapakah gadis itu?."
"Darimanakah gadis itu?."
"Adakah gadis itu seorang raksasa?."
Pelbagai persoalan timbul di benak penduduk pekan itu. Sebenarnya gadis itu adalah Miya si pari pari yang telah dikutuk dan di usir dari kerajaan pari pari namun tiada siapa yang tahu identiti sebenar Miya.....
Miya kelihatan lesu dan kelaparan merayau di setiap pelosok pekan Reyes,sesekali dia berhenti di tepi kedai makan melihat manusia yang asing bagi dirinya sedang menikmati makanan mereka.
"Hey!!..Pergi dari sini perempuan hodoh!!"
Prasssss!!..
Miya disiram dengan air kotor dan di usir oleh pemilik kedai makan itu. Miya berlari dengan pakaian yang basah kuyup menuju ke tepi lorong. Dia duduk dan menebar-nebarkan bajunya yang basah. Tiba-tiba sekumpulan lelaki meluru ke arahnya.
"Hai..gadis cantik,boleh kami bantu awak?."
Miya mendongak dengan wajahnya yang hodoh penuh jerawat dan berbintik merah di seluruh badan dan benjolan besar di belakangnya.
"Puii!..perempuan hodoh!"
Lelaki yang cuba menawarkan bantuan tadi meludah Miya dan mentertawakannnya lalu mereka meninggalkan Miya di tepi lorong itu sendirian. Air mata Miya mulai jatuh bercucuran.
"Apakah dosaku sehingga aku diperlakukan seperti ini,apakah manusia biasa di dunia ini langsung tiada belas kasihan."
Miya tunduk dan menangis pilu mengenangkan nasib dirinya.
"Meow...Meow.."
Seekor kucing mendekati Miya dan kucing itu menggeserkan tubuhnya di kaki Miya. Kucing itu seolah-olah memahami perasaan Miya.
"Comelnya makhluk ini dan lebih baik daripada manusia biasa." Bisik hati Miya. Kucing itu menggigit hujung baju Miya seperti mahu membawa Miya ke suatu tempat,Miya terus mengekori langkah kucing itu perlahan-lahan. Tanpa di sedari mereka telah tiba di sebuah kawasan ladang jagung yang luas dan terletak di hujung pekan Reyes. Di tengah ladang itu terserlah sebuah rumah agam yang besar,kucing yang telah membawa Miya ke situ berlari dan memasuki rumah itu melalui tingkap. Miya pula termengah-mengah di luar rumah agam itu. Tidak lama kemudian pintu rumah itu terbuka luas dan kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 40-an keluar dengan anggun sekali,wanita itu mempelawa Miya masuk ke dalam. Miya terpegun melihat hiasan dalaman rumah itu,ia seperti di istana pari pari.
"Aku sangat merindukannya."
Miya terkenangkan istana pari pari.
Wanita itu menghulurkan tuala dan beberapa helai pakaian kepada Miya dan memberi isyarat kepada Miya untuk membersihkan dirinya dahulu. Tanpa berlengah Miya terus menuju ke kamar mandi yang di tunjukan oleh wanita itu. Sambil membersihkan dirinya Miya tersenyum kecil.
"Rupanya tidak semua manusia itu jahat,masih ada yang berhati mulia di antara mereka."
Miya besyukur kerana telah menemui seseorang yang baik hati mahu membantunya tanpa memandang rupanya yang hodoh itu. Selesai membersihkan diri dia menggapai tuala dan mengeringkan badannya. Dia membelek baju yang diberi kepadanya.
Dua helai seluar panjang dan beberapa helai baju t-shirt.
"Aku tidak pernah memakai pakaian seperti ini,bagaimanakah rupaku memakai pakaian manusia biasa ini." Miya berkata sendirian di dalam kamar mandi yang luas seperti sebuah bilik tidur.
"Ahh..pakai sajalah,aku tidak punya pilihan lain kerana aku hanya mempunyai sehelai baju di badan dan baju itu sudah kotor."
Miya mengenakan seluar panjang biru tua dan t-shirt ungu di badan lalu dia melangkah ke ruangan utama rumah agam itu. Wanita anggun itu tadi sedang duduk dan menikmati teh yang masih hangat. Miya hanya berdiri dan melihat ke arah wanita itu.
"Jemputlah duduk."
Wanita itu berkata dengan lembut sambil tersenyum kecil. Miya terus duduk di sofa sebelah wanita itu.
"Terima kasih kerana membantu ku."
Miya tunduk dengan penuh rasa hormat kepada wanita itu.
"Tidak mengapa,aku juga pernah mengalami situasi seperti kamu suatu ketika dahulu."
Kata wanita itu. Miya mengerutkan dahinya. Adakah wanita ini seperti diriku juga. Seorang pari yang telah di usir dari tempat sendiri.