#4

SUMPAHAN SI PARI-PARI
PART 4

Miya melangkah masuk kedalam hutan itu dengan perasaan gugup namun dia tetap memberanikan dirinya untuk memasuki hutan tebal itu. Dia menyusuri sebuah denai kecil seperti ada seseorang yang biasa melalui laluan itu,dia mulai terpegun melihat keindahan hutan itu pokok redwood yang tinggi lampai memenuhi kawasan hutan dan tumbuh-tumbuhan liar menghiasi dalaman hutan membuatkan rasa gugupnya itu hilang begitu saja di telan oleh keindahan alam semula jadi. Dia sangat menikmati keindahan hutan itu dan langkahnya terhenti apabila terdengar suara seseorang menjerit meminta pertolongan. Dia mengamati suara itu,ianya datang dari arah bawah dia berlari sepantas mungkin menuju ke arah suara jeritan itu. Dia akhirnya tiba di tebing air terjun yang agak curam dan airnya mengalir dengan deras,seorang gadis kelihatan terkapai-kapai di bawah air terjun itu,tanpa memikirkan apa-apa Miya melompat ke bawah menyelamatkan gadis itu dengan perlahan-lahan Miya menarik gadis itu ke tepi. Gadis itu terbatuk-batuk kerana terminum air yang banyak dan hampir lemas,dia pasti mati kelemasan kalau tidak ada sesiapa yang mendengar jeritannya di dalam hutan tebal itu nasib baik sahaja Miya terdetik untuk memasuki hutan itu dan tanpa sengaja telah menyelamatkan nyawanya.

"Kamu tak apa-apa?"
Miya menepuk-nepuk belakang gadis itu agar dia merasa lega sedikit.

"Terima kasih,aku okey."
Gadis itu melihat wajah Miya,alangkah terkejutnya gadis itu. Dia menolak badan Miya jauh darinya.

"Aku hanya mahu membantu kamu."
Miya cuba untuk membantu gadis itu bangun tetapi gadis itu menepis tangan Miya daripada menyentuh tubuhnya.

"Aku tak perlukan bantuan kamu! Raksasa!"
Gadis itu bercakap dengan kasar dan lupa bahawa Miya baru sahaja menyelamatkan dirinya daripada lemas. Miya hanya berdiri diam dan melihat gadis itu bangun sendiri.

"Kyra! Jaga mulut kamu."

Itu seperti suara Kenzie,Miya menoleh kebelakang dan memang benar itu adalah Kenzie abang Kyra. Miya berdiri di antara dua beradik itu.

"Maaf,aku tak berniat untuk menakutkan kamu,tadi aku terdengar suara seseorang menjerit meminta pertolongan oleh sebab itu aku kesini dan membantu kamu."
Miya menghabiskan kata-katanya dan cuba melangkah untuk meninggalkan dua beradik itu.

"Nanti dulu.."
Kenzie menarik tangan Miya dan memegangnya dengan erat.

"Kyra,kamu seharusnya berterima kasih pada dia kerana nyawa kamu pasti melayang kalau dia tidak bergegas untuk menyelamatkan kamu. Kamu bukan hanya bersikap biadap malah kamu juga telah menghina dia,ibu tidak mengajar kita berkelakuan seperti itu. Kyra kamu harus meminta maaf kepadanya sekarang juga!"
Kenzie memarahi Kyra kerana bersikap biadap setelah Miya membantunya tadi. Kyra hanya tunduk berdiam diri di marahi oleh abangnya.

"Tidak mengapa,aku sudah biasa dengan hinaan seperti ini."
Miya melepaskan tangannya dari genggaman Kenzie.

"Aku minta maaf dengan sikap biadap ku tadi."
Kyra cepat-cepat meminta maaf sebelum Miya melangkah pergi.

Miya mengukir senyuman kecil di bibirnya dan meninggalkan mereka berdua di tepi air terjun itu.

*****
"Miya kenapa dengan kamu nih? Pakaian kamu basah kuyup."
Pari Madeline terkejut melihat Miya kembali dengan pakaian yang basah.

"Tiada apa-apa auntie,Miya tergelincir masuk ke dalam sungai."
Miya berlari masuk ke dalam dan menukar pakaiannya. Pari Madeline mengerutkan dahinya melihat Miya.

"Pasti ada sesuatu yang terjadi di dalam hutan itu."
Pari Madeline yakin ada sesuatu yang telah berlaku setelah melihat raut wajah Miya.

Miya duduk termenung di tepi tingkap biliknya dan memikirkan kejadian yang berlaku di air terjun siang tadi. Dia menghembus nafas perlahan dan mencuba untuk tidak memikirkannya kerana ia cuma menyakitkan hatinya. "Hodoh sangatkah aku sehingga orang takut melihat ku apatah lagi tersentuh kulit ku. Aku bukannya nak telan orang sehinggakan mereka memanggil aku raksasa."
Miya berkata sendirian di hadapan tingkap biliknya yang menghadap ke ladang jagung mereka.

"Siapa yang panggil kamu raksasa?"
Pari Madeline tiba-tiba muncul,dia telah terdengar kata-kata Miya.