#6

SUMPAHAN SI PARI-PARI
PART 6

"Abang! Tunggu kyra."
Kyra meluru masuk ke dalam kereta abangnya.

"Apesal Kyra lambat? Kyra ke mana tadi?"
Kenzie menghidupkan enjin keretanya dan mereka bergerak menuju ke Kolej.

"Kyra pergi berjumpa dengan Miya,Kyra tak sedap hati memikirkan hal kelmarin sebab tu lah awal pagi lagi Kyra dah keluar dan Kyra dah pun meminta maaf pada dia sekaligus memperlawa dia untuk menjadi sahabat Kyra."

"Wow! Good job..macam tu lah baru adik abang."
Kenzie menepuk kepala Kyra perlahan dan terkekeh kecil.

"So,macam mana dengan Miya? Dia dah terima perlawaan kamu untuk menjadi sahabatnya?"
Kenzie bertanya selamba sambil memacu keretanya.

"Mestilah dia terima,siapa yang tak nak kawan dengan adik kamu yang baik plus cantik nih."
Kyra berdekah dan melibaskan rambutnya ke kiri dan kanan,dia berbangga dengan kecantikannya.

"Yelah,cantiklah sangat Kyra tu..babun kat dalam hutan tu lebih cantik dari Kyra tau."
Kenzie sengaja mengusik adiknya,Kyra menjegil dan memuncungkan bibirnya ke depan.

"Eh..merajuklah tu."
Kenzie terkekeh melihat adiknya merajuk manja.

Setibanya di kolej Kyra cepat-cepat keluar dari kereta abangnya.
"Bweeekkk!!"
Kyra menjelirkan lidahnya kepada kenzie dan berlari anak memasuki kelasnya. Kenzie hanya menggeleng dan tersenyum kecil melihat telatah adik kesayangannya itu,mereka berdua sangat rapat kerana Kyra satu-satunya adiknya.

*****
"Miya,auntie nak keluar sekejap. Auntie nak buat jamuan kecil dan ajak keluarga puan Ruby datang ke rumah malam nih."
Pari Madeline mencapai kunci keretanya dan beredar keluar. Miya mengunci pintu dan mengemas sedikit rumah mereka,sebenarnya tak perlu di kemas pun sebab barang-barang di dalam rumah itu sentiasa tersusun rapi cuma perlu membersihkan sedikit debu yang cuma perlu di tiup dan terus hilang.

*****
"Kenzie! Kyra! Kamu berdua lekas bersiap. Malam nih kita akan ke rumah puan Madeline,dia adakan jamuan kecil dan menjemput kita ke rumahnya.
Puan Ruby yang sudah bersiap lebih awal duduk di sofa menggapai sebuah majalah sementara menunggu anak-anaknya bersiap.

15 minit kemudian.......

Kenzie dan Kyra bergegas menuruni anak tangga tingkat atas,mereka tak nak di marahi oleh ibu mereka. Ibu mereka sangat tegas dalam segala hal tetapi hatinya baik dan lembut. Mereka bertiga menaiki kereta dan menuju ke rumah agam pari Madeline.
Setibanya di rumah agam pari Madeline mereka di sambut mesra oleh Miya dan pari Madeline.

"Sudah agak lama juga aku tak datang ke sini" kata puan Ruby sambil memeluk dan berlanggar pipi dengan kawan baiknya itu. Kenzie dan Kyra melakukan hal yang sama (peluk dan cium pipi).

"Hai,Miya.."
Kenzie dan Kyra menyapa Miya serentak..mereka saling berpandangan dan ketawa kecil.

"Takkan nak berdiri kat luar nih saja,jemputlah masuk ke dalam."
Pari Madeline mengajak mereka masuk dan terus ke ruang makan. Kyra menarik bangku dan duduk di sebelah Miya dan Kenzie pula di sisi ibunya.

"Wah...banyaknya makanan yang kamu sediakan." Gumam puan Ruby.

"Takdelah banyak sangat,kalau lebih pun kamu boleh bawa balik nanti."
Pari Madeline menghulurkan bekas kaca yang berisi nasi dan memulakan jamuan makan malam mereka dengan
Suasana gembira. Selesai sahaja makan malam mereka meneruskan hidangan pencuci mulut sambil berborak.

"Maafkan aku Madeline,aku nak bertanya sedikit."
Puan Ruby berasa gusar sedikit dengan soalan yang akan dia ajukan kepada pari Madeline.

Pari Madeline meletakkan hidangan pencuci mulutnya dan bersedia mendengar soalan puan Ruby.
"Takpe,tanyalah apa sahaja." Kata pari Madeline dengan senyuman mesra yang tak pernah lekang dari bibirnya.

Puan Ruby memandang ke arah Miya.
"Siapa sebenarnya gadis yang tinggal bersama kamu sekarang? Aku ada terdengar sedikit khabar angin dari penduduk pekan Reyes mengatakan ada seorang gadis pelik tinggal bersama kamu,adakah dia gadis yang mereka maksudkan?"
Puan Ruby bertanya dengan nada serius.

Pari Madeline sudah mengagak puan Ruby akan bertanya tentang Miya kerana puan Ruby tahu selama ini pari Madeline hanya tinggal sendirian selepas kematian Louisa.