#21

SUMPAHAN SI PARI-PARI
PART 21 ~ORIGINAL STORY BY SUZIEakaCHA-

"Kau nak tunggu auntie Madeline juga ke Miya? Kami boleh tumpangkan kau balik nanti." Kata Kyra sambil membantu Miya menurunkan barangannya dari dalam bas. Mereka baru sahaja tiba di kolej Reyes.

"Takpe lah Kyra, aku tak nak susahkan kamu lagi. Aku akan telefon auntie Madeline untuk menjemput ku disini." Miya menolak tawaran Kyra, lalu duduk ditepi pondok sekuriti berhampiran gerbang kolej mereka. Wajahnya masih kelihatan sedikit pucat.

"Kau pasti?"
Kenzie tiba-tiba muncul dari belakang Kyra. Dia membuka jaketnya dan menutup tubuh Miya, yang hanya memakai baju T-shirt lengan pendek dan seluar jeans panjang.

"Wow..." Kyra menekup mulutnya yang terlopong melihat Kenzie, memakaikan Miya jaket merah kegemaran abangnya.

"Ya...aku pasti, kamu berdua balik sahaja dulu." Miya juga agak terkejut, kelihatan rona merah di sebalik tompokan merah dipipinya.

"Tapi..."

"Kenzie! Ibu dah sampai," Kenzie tidak sempat menghabiskan kata-katanya, kerana Kyra terlebih dahulu menarik lengannya.

"Miya, kami pergi dulu," Ujar Kyra. Lalu berlari kearah ibunya, yang sedang menunggu mereka didalam kereta. Kenzie sempat berpaling kearah Miya, hatinya resah meninggalkan gadis itu.

Kyra sempat memeluk dan cium ibunya didalam kereta. Macamlah bertahun tak berjumpa, maklumlah Kyra anak yang manja.

"Eh, kenapa tak ajak Miya sekali? Kesian Miya, menunggu kat situ." Puan Ruby memandang Miya yang sedang mencari sesuatu didalam beg nya.

"Kami dah ajak, tapi dia kata nak tunggu auntie Madeline." Jawab Kenzie yang duduk di bangku penumpang belakang.

"Hmm...kalau macam tu takpe lah, kita gerak sekarang sebab ibu banyak kerja lagi kat ofis tu." Puan Ruby menurunkan hand break dan mereka beredar meninggalkan kawasan kolej. Kini tinggalah Miya duduk bersendirian di tepi pondok sekuriti, pelajar yang lain juga sudah beransur pulang mengikut keluarga mereka yang datang menjemput. Hanya kereta Lester yang kelihatan di laman parking namun, pemiliknya tidak berada di situ.

Puas Miya menyelongkar beg nya, dia tidak menjumpai benda yang dicarinya dari tadi.
Miya tundukkan kepala di atas tempurung lututnya, dan mengeluh perlahan.

"Benda inikah yang kau cari?" Kata seorang lelaki yang sedang berdiri dihadapan Miya.

Miya mendongak melihat lelaki itu. Lelaki itu sedang menghulurkan sebuah handphone dan beg galas di tangan kirinya.

"Maaf, aku tak sempat bagi benda ni pada kau malam tadi, dan aku fikir nak bagi kau masa kat bas tapi...kau pula tidur sepanjang perjalanan." Ujar lelaki itu.

Miya mencapai handphone dan beg galasnya dari tangan lelaki itu.

"Terima kasih," ucap Miya.

"Kau dah okey ke?" Tanya lelaki itu.

"Hmm..." jawab Miya sambil mendail nombor Pari Madeline.

Dengan tiba-tiba, lelaki itu merampas semula handphone itu dari tangan Miya, lalu mematikan panggilan yang sedang disambungkan.

"Kau buat apa ni! Bagi balik phone tu." Bentak Miya.

"Aku hantarkan kau pulang," kata lelaki itu.

Tanpa disuruh, lelaki itu membawa semua barangan Miya dan memuatkannya kedalam but kereta, dan kembali mendapatkan Miya.

Miya bingung melihat kelakuan pelik lelaki itu. Lelaki itu menarik perlahan tangannya.

"Lester! Lepaslah..." Miya meronta minta dilepaskan, tetapi lelaki itu terus membawanya masuk kedalam keretanya, kemudian memasangkan tali pinggang keselamatan di badan Miya, dan menghidupkan enjin kereta lalu memacu laju meninggalkan Kolej.

Suasana sepi, menyelubungi perjalanan pulang mereka berdua. Sesekali Miya berpaut pada cermin pintu kereta yang diturunkan sedikit, kerana Lester memandu agak laju. Lester curi-curi memandang Miya, dia hampir tergelak apabila melihat raut wajah Miya yang takut dengan kelajuan keretanya.

??if you go, i go...??
??if you stay, i'll stay??
??when you cry i'll try to put a smile on your face??

?? Auntie Madeline

Bunyi deringan handphone memecahkan keheningan. Lester mencapai handphone Miya yang diletakkan di depan cermin hadapan kereta, lalu memberinya kepada Miya.

Tanpa was-was, Miya terus menekan butang hijau.

??hello, auntie...

??Maaf Miya, auntie baru sahaja melihat missed call kamu. Kamu masih di kolej ke?

??Tak, Miya dalam perjalanan balik ke rumah sekarang.

??Siapa yang hantarkan kamu balik? Tadi, auntie nampak Kenzie dan Kyra lalu kat ladang kita bersama ibu mereka.

??Err... ka...kawan sekolej tolong hantarkan.

Miya teragak-agak menjawab di hujung panggilan.

??Ya, baiklah. Auntie tunggu kamu kat rumah ya. Hati-hati.

??Okey, jumpa kat rumah nanti.

"Tut...." Panggilan dimatikan.

"Kawan? Sejak bila pula kita jadi kawan?" Tanya Lester, dia sengaja mendengar perbualan telefon Miya tadi.

"Mm...Maaf, aku sengaja mengatakannya pada auntie Madeline sebab dia tahu, aku hanya ada dua orang sahabat baik selama ini."

"Kenzie dan Kyra?" Lester memandang Miya sekilas.

"Ya." Jawab Miya sepatah dan memandang jauh kehadapan. Mereka semakin menghampiri kawasan ladang pari Madeline.

"Kasihan..." Kata Lester, dia tersengih dan membelok memasuki simpang ke ladang pari Madeline. Rumah agam pari Madeline sudah pun kelihatan, Lester memperlahankan keretanya dan berhenti dihadapan pagar rumah agam itu. Pari Madeline menyambut mereka dengan senyuman, sambil membuka pagar rumah itu luas-luas dan membiarkan kereta Lester memasuki laman.

Miya cepat-cepat keluar dari kereta Lester. Sebenarnya, dia berasa janggal apabila berdekatan dengan Lester setelah kejadian berpelukkan di bukit malam tadi. Dia asyik teringatkan adegan itu di sepanjang perjalanan mereka berdua pulang ke rumah.

"Singgahlah dulu..." Pari Madeline mengajak Lester masuk ke dalam, tapi Lester menolaknya dengan alasan ingin pulang cepat ke rumah dan berehat. Pari Madeline bukanlah jenis yang suka memaksa, dia membiarkan Lester pergi begitu sahaja.

"Sejak bila Miya ada kawan baru? Miya tak cerita kat auntie pun?" Pari Madeline membawakan Miya secawan teh hangat dan duduk di samping Miya.

"Nama dia Lester, kawan baik Kenzie dan Kyra juga," Jawab Miya. Dia menyandarkan tubuhnya pada sofa empuk di ruangan utama.

"Hmm...baguslah kalau macam tu, sekurang-kurangnya Miya dah ada kawan baru. Tadi Kyra ada hantarkan mesej pada auntie, mengatakan Miya tak sihat. Miya minumlah teh tu dulu ya, lepas tu Miya pergi berehat. Nanti auntie bawakan ubat." Pari Madeline membelai lembut rambut Miya, lalu beredar ke ruang dapur. Miya menghirup teh hangat yang terhidang di atas meja, lalu menuju ke biliknya untuk berehat.

*****
"Hey..." Kyra menyapa abangnya yang duduk termenung di beranda rumah mereka.

"Hmm..." jawab Kenzie dengan malas. Fikirannya seperti terganggu.

"Ingat kat Miya ke?" Tanya Kyra.

"Tak lah." Jawab Kenzie menafikan. Padahal jauh di sudut fikirannya, dia sedang memikirkan tentang Miya.

"Andai saja Lester tidak mengajak Miya naik semula ke puncak, Miya tidak akan jatuh sakit dan bagaimana pula Miya boleh berada didalam dakapan Lester yang tidak berbaju. Bukankah Lester, tidak suka mendekati Miya? Bagaimana pula dengan penawar penyakit misteri Miya, siapa sebenarnya yang telah merampas penawar itu? Arghh...kenapa aku tidak boleh berhenti memikirkannya, adakah aku? Ah! Tidak mungkin..."

Kenzie mengocak rambutnya, fikirannya jauh melayang.

"Dah la tu Kenzie, lebih baik kita masuk kedalam. Esok nak ke kolej lagi." Kata Kyra, dia menepuk bahu abangnya perlahan. Dia sangat memahami abangnya itu, pasti Kenzie akan duduk mengelamun apabila memikirkan sesuatu.

*****
"Miya...Miya...Miya..."

"Keluar kau dari fikiran ku!"
Pekik Lester di dalam biliknya.

Tok! Tok! Tok!

"Lester! Kau okey ke?"
Kedengaran suara puan Cailin di luar bilik Lester.

"Ya...ibu! Aku okey," jawab Lester.

Puan Cailin sepi, mungkin dia sudah beredar setelah mendengar suara Lester.

"Kenapa aku membiarkan kau masuk kedalam dakapan ku? Kau gadis hodoh! Apa yang istimewa sangat dalam diri kau, sehingga membuatkan aku bertindak seperti itu. Perasan ku begitu tenang sewaktu menarik kau masuk kedalam dakapan ku, apa sebenarnya yang telah terjadi pada diri ku ketika itu. Arghh...Tolonglah pergi jauh dari fikiran ku!" Lester bermonolog didalam biliknya.

Dia menarik selimut tebalnya, dan memaksa matanya untuk tidur bersama fikirannya yang bercelaru. Setelah penat mencari posisi tidurnya, akhirnya dia benar-benar tertidur.

*****
"Ibu! Beritahu pada Kyra nanti, aku jalan ke kolej lebih awal pagi ini. Aku nak jumpa dengan seseorang." Kata Kenzie, dia keluar tergesa-gesa menuju ke dalam keretanya.

Puan Ruby hanya menggeleng melihat anak lelakinya itu, dia tidak sempat berkata apa-apa. Kenzie sudah pun keluar dari perkarangan rumah mereka.

Seperti biasa, Lester tiba di kolej lebih awal daripada pelajar lain. Dia tidak mahu dikerumuni oleh gadis-gadis kolej yang cuba meraih cinta darinya.

"Lebih baik aku masuk ke kelas. Sebentar lagi, mesti si raksasa hutan tu sampai." Bisik Lester. Dia cepat-cepat menaiki anak tangga dan menuju ke kelasnya.

BIP!
?? KENZIE

Satu pesanan ringkas daripada Kenzie. Miya membuka pesanan ringkas itu.

??KENZIE
"Kau dah sampai kat kolej ke?"

??MIYA
"Ya, aku baru sahaja sampai kat pintu gerbang kolej."

Miya membalas pesanan ringkas itu.

Pesanan Miya dibuka namun, Kenzie sepi tanpa balasan.

"Miya, telefon auntie kalau ada apa-apa ya? Demam kau, tak sembuh lagi tu." Kata Pari Madeline.

"Baik, auntie." Balas Miya.

Setelah pari Madeline beredar meninggalkan kawasan kolej, Miya segera menuju ke arah kereta Lester.

"Hmm...Kereta ada, tapi orangnya takde." Gumam Miya sambil mengosok kereta itu dengan tuala biru.

Miya sedang asyik membersihkan kereta itu, tanpa menyedari ada seseorang sedang melihat dia dari belakang.

"Miya! Kau buat apa ni?!"

Miya terkejut dan membuatkan tuala biru itu terlempar jauh. Dia lantas menoleh ke belakangnya.

"K...Ke...Kenzie!"
Miya sangat terkejut melihat Kenzie berdiri di situ, dan memandangnya dengan pandangan mata yang tajam.

BIP!
?? LESTER

Pesanan ringkas daripada Lester. Miya sempat memikirkan, bagaimana nama "LELAKI SENGET" itu boleh bertukar kepada "LESTER" sedangkan, dia telah menyimpan nombor Lester sebagai "LELAKI SENGET" didalam handphone nya.

"Siapa tu?" Tanya Kenzie. Dia merampas handphone itu dari tangan Miya.

"Kenzie! Jangan!" Pinta Miya.

Kenzie tidak memperdulikan kata-kata Miya. Dia agak terkejut melihat nama Lester terpapar pada screen handphone Miya. Tanpa kebenaran Miya, Kenzie membuka pesanan ringkas itu.

??LESTER
"Pastikan kereta aku berkilat!"

Darah Kenzie menyirap naik ke wajahnya. Dia tampak marah melihat pesanan itu.

"Oh! Ini semua kerja Lester ya!"
Kenzie menyerahkan handphone itu kepada Miya dan bergegas ke kelas Lester.

Miya berlari mengejar Kenzie. Dia cuba untuk menghalang namun, Kenzie bergerak dengan pantas.

Bukk!!

Satu tumbukan kuat hinggap di mata Lester. Kenzie mencengkam leher Lester, dan menolaknya ke tepi dinding.

"Ape hal, kau ni Kenzie!" Pekik Lester. Dia cuba meleraikan cengkaman Kenzie.

"Kenapa kau buat macam tu pada Miya! Kau tahu tak? Miya tu masih sakit lagi, dan itu semua gara-gara kau! Kau yang menyebabkan Miya jatuh sakit!"

Bam!!

Kenzie melepaskan cengkamannya dan menghempas sebuah kerusi ke lantai kelas. Bangku itu patah.

Lester membetulkan kolar bajunya.

"Kenzie...Sudahlah. Itu bukan salah Lester, aku sendiri yang mahu melakukannya." Kata Miya yang tercungap-cungap menghampiri mereka berdua.

Lester sepi di hujung dinding.

"Inikah tugasan penting yang kau katakan tempoh hari?" Kenzie menarik wajah Miya. Mereka bertentangan mata.

Miya tidak menjawab pertanyaan Kenzie, hanya air mata yang jatuh mengalir di pipi Miya.

Hati Kenzie luluh, melihat air mata yang terus mengalir deras di pipi Miya.

Kenzie memandang Lester di sudut kelas.
" Aku belum selesai dengan kau lagi!" Pekik Kenzie sambil menunjuk jarinya kepada Lester.

Kenzie lantas menarik tangan Miya, meninggalkan Lester yang masih bingung dengan kejadian itu. Dia membawa Miya ke kawasan lapang, di belakang bangunan kolej mereka.

"Miya...Tolonglah beritahu, apa sebenarnya yang berlaku antara kamu berdua. Aku sakit! Benar-benar Sakit, melihat kamu terus disakiti seperti ini."

Kenzie terus menarik Miya kedalam dakapannya. Dia memeluk Miya seerat-eratnya. Dadanya sesak menanggung rasa. Perasaannya sudah tidak tertahan lagi, dia seolah-olah mahu melepaskan semua perkara yang terbuku dihatinya.

Jauh di tingkat tiga, ada sepasang mata sedang memerhatikan gerak geri mereka berdua di tengah lapangan itu. Pemilik sepasang mata itu mulai faham, kenapa Kenzie bertindak ganas.

"Mm...Maafkan aku Kenzie." Suara Miya tersekat-sekat. Dia hampir tidak dapat bernafas kerana dipeluk erat oleh Kenzie.

Kenzie meleraikan pelukannya, dia memandang wajah Miya.

"Cakap Miya...Apa sebenarnya yang telah terjadi?" Kenzie memegang bahu Miya, menantikan sebuah jawapan.

"Aku tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Aku telah membuat perjanjian dengan Lester, dan aku tidak boleh berundur lagi."

"Perjanjian apa yang kamu maksudkan? Kenapa kau tidak pernah menceritakannya pada aku? Mahupun Kyra?"

"Tolonglah Kenzie...Berikan aku sedikit masa. Perjanjian kami hampir tamat, aku akan menjelaskannya setelah aku selesaikan perjanjian kami."

"Tapi Miya..."

"Kenzie....Aku mohon, biarlah aku menyelesaikan masalah ini sendiri. Aku tidak mahu membabitkan sesiapa didalam hal ini."

Kenzie sepi seketika. Dia mengosok tengkuknya beberapa kali.

"Baiklah Miya, aku tidak akan mencampuri urusan kamu. Lagi pun, aku tidak berhak untuk menghalang kau. Tapi...Aku mohon, jangan biarkan aku melihat kau seperti ini. Aku..."

"Hey! Kenzie! Miya! Kamu berdua buat apa kat situ!" Jerit Kyra dari hujung bangunan kolej. Kyra berlari ke arah mereka berdua.

Kata-kata Kenzie tergantung sepi.

Miya cepat-cepat mengesat air matanya.

"Ohhh...Jadi seseorang yang kau nak jumpa awal pagi ni...Miya ya?" Kata Kyra sambil mencuit bahu Kenzie.

"Siapa yang hantarkan kamu ke kolej?" Tanya Kenzie pada adiknya. Kenzie cuba menukar topik.

"Ibu yang hantarkan." Jawab Kyra.

"Kenzie, Kyra. Aku masuk ke kelas dulu." Miya meminta diri untuk masuk ke kelas dan meninggalkan kembar Ruby itu berdua di lapangan kolej.

Kenzie memandang Miya berlalu pergi.

"Apa yang terjadi?" Tanya Kyra kebingungan.

"Takde apa, jom lah...Masuk ke kelas" jawab Kenzie.

Mereka meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Sebaik sahaja sesi kolej mereka selesai, Miya bergegas menuruni tangga. Dia tidak mahu bertembung dengan Kenzie, kerana dia dapat merasakan ada sesuatu yang aneh pada Kenzie. Ia membuatkan Miya kurang selesa.

Miya melintasi parkir vip. Kereta jaguar hitam itu tidak berada di situ. "Mungkinkah Lester sudah pulang lebih awal." Fikir Miya.
Dia segera masuk ke dalam kereta pari Madeline yang sudah sedia menunggunya di luar gerbang kolej.

Masa berlalu begitu cepat, hari yang cerah kini bertukar kelam, gelap malam mulai menyelimuti alam.

Miya memandang skrin handphone nya.

"Bagaimana keadaan Lester ya? Pasti... Tumbukan Kenzie siang tadi, amat menyakitkan. Patutkah aku hubungi dia? Pesanan ringkas ataupun telefon?" Miya bermonolog didalam biliknya.

Miya menaip satu pesanan ringkas.

To; LESTER

"kau okey?"

Mesej dihantar dan Miya berbaring diatas tilam, menanti balasan Lester.

Selepas lima minit kemudian...

Miya membuka handphone nya. Tidak ada balasan dari Lester.

"Dia dah tidur kot?" Gumam Miya.

BIP!
Pesanan baru masuk.

Miya cepat-cepat memeriksa peti mesej. Adakah itu balasan dari Lester?

??KENZIE

Tulang Miya terasa lembik apabila melihat nama itu. Bahunya yang diangkat tinggi kembali ke posisi. Dia benar-benar mengharapkan balasan daripada Lester namun, lain pula yang datang.

Miya membuka mesej Kenzie.

??KENZIE
"Maafkan aku atas kejadian siang tadi. Aku benar-benar tidak dapat mengawal perasaan ku sendiri.

"Hmm...Nak balas ke tak ni? Takut nanti...Dia banyak tanya pula. Tapi...Kasihan juga kalau tak balas. Argh...Balas je lah." Keluh Miya.

??MIYA
"Takpe Kenzie. Aku okey je, kau seharusnya meminta maaf pada Lester. Aku tak nak persahabatan kamu rosak hanya kerana aku."

Kenzie membaca pesanan Miya. Dia baru sahaja hendak membalas pesan itu, tetapi Miya terlebih dahulu menghantar pesanan kedua.

??MIYA
"Selamat malam Kenzie. Aku tidur dulu ya, esok kena bangun awal lagi."

Kenzie terpaksa mengucapkan selamat malam kepada kepada Miya, dan memberi ruang kepadanya untuk berehat..

*****
Keesokan paginya, Miya datang ke kolej seperti biasa. Dia terus ke parkir Vip.

"Si senget tak datang lagi ke? Biasanya...Dia akan datang lebih awal daripada aku." Gumam Miya. Dia memandang jam tangannya, baru sahaja pukul 6.15 a.m .

"Baik, aku akan tunggu sebentar lagi. Mungkin dia dalam perjalanan ke sini." Getus Miya.

Miya mundar mandir di kawasan parkir, sambil melihat jam tangannya. Sepuluh minit telah berlalu tapi, Lester belum sampai lagi.

"Sebentar lagi...Pelajar lain akan tiba. Lebih baik aku telefon sahaja dia." Bisik Miya sendirian. Dia mengeluarkan handphone nya dan mendail nombor Lester.

Panggilan Miya disambungkan ke peti suara. Dia cuba memeriksa pesanan yang dihantar malam tadi. Pesanan itu sudah pun dibaca namun, tidak ada balasan hinggalah ke pagi.

"Si senget ni kemana pula ya?" Perasaan Miya mulai tak tenteram. Dia berlari ke kelas Lester. Kelas itu sepi, Lester tidak ada disitu.
"Mungkin dia bermain gitar kat bawah pohon oak tu lagi kot?" Fikir Miya. Dia bergegas menuruni anak tangga dengan pantas. Dia menuju ke tempat Lester selalu bermain gitar.

"Kau kemana Lester?" Miya duduk memeluk lututnya dibawah pohon oak. Lester tidak berada di situ. Dia kembali semula ke kolej. Pelajar lain sudah pun mulai masuk ke kelas.

Miya memandang parkir vip itu, ia nya masih kosong. Lester benar-benar tidak datang ke kolej pada pagi itu.

"Miya! Kau tunggu siapa tu?" Kyra mengejutkan Miya dari belakang.

"Err...Ta..Takde lah, Aku tidak menunggu sesiapa." Jawab Miya.

"Tadi, Kenzie cari kau." Kata Kyra.

"A...Ada apa Kenzie mencari aku?" Suara Miya terketar-ketar. Tangannya mulai berpeluh sejuk.

"Kenapa dengan kau ni Miya? Sejak kelmarin, kamu nampak aneh sedikit. Adakah Kenzie sudah memberitahu kau tentang..."

"Tentang apa?" Tanya Miya.

Kyra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adakah Kenzie sudah memberitahunya? Atau biar aku sahaja yang memberitahu Miya. Gerutu Kyra.

"Hmmm...Tentang perasaannya terhadap kau. Aku rasa...Kenzie benar-benar telah jatuh cinta pada kau Miya." Jawab Kyra.

"Jatuh cinta pada gadis hodoh seperti aku? Tidak mungkin Kyra." Miya berjalan perlahan menaiki tangga, kyra mengekori dari belakangnya.

"Aku pasti dengan perasaan Kenzie terhadap kau Miya. Aku sangat mengenali Kenzie. Dia tidak akan meluahkannya dengan kata-kata tetapi, tingkah lakunya sudah cukup untuk mempamerkan perasaannya itu." Ujar Kyra.

Langkah Miya terhenti dihujung anak tangga. Dia teringatkan kejadian kelmarin. Dakapan erat Kenzie, dia tidak mahu melihat Miya disakiti...Semuanya bermain di fikiran Miya.

"Adakah benar apa yang Kyra katakan? Kenzie mencintai aku? Tapi..."

Kring! Kring! Kring!
Bunyi loceng mengejutkan Miya.

"Sudahlah Kyra, mungkin itu hanya andaian kau saja. Aku juga tidak mahu memikirkannya sekarang, lebih baik kita masuk ke kelas." Kata Miya. Dia bergegas menuju ke kelasnya.

"Hmm..." Kyra mengeluh perlahan lalu masuk ke kelasnya.

Seharian berada di kolej, fikiran Miya terganggu. Dia tidak dapat fokus dengan pembelajarannya. Dia memikiran kata-kata Kyra awal pagi tadi dan memikirkan Lester yang tidak datang ke kolej.

"Miya kenapa? Diam je dari tadi. Miya ada masalah kat kolej ke?" Tanya pari Madeline. Dia memandang Miya sekilas, sambil memandu balik ke rumah.

"Auntie...aku benar-benar tidak tahu apa yang sedang terjadi pada diriku sekarang. Fikiran ku kusut, aku tidak dapat fokus dengan setiap perkara. Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak yang sudah aku lalui. Aku bingung memikirkannya." Jawab Miya.

Miya memandang ke luar tingkap kereta pari Madeline yang meluncur laju. Terlalu banyak bebanan yang ada di dalam fikirannya.

"Mungkin kau terlalu memikirkan semua perkara dengan serentak. Cuba fikirkan satu demi satu agar fikiran kau tidak tertekan. Kau perlu tenangkan fikiran supaya kau boleh hadapinya dengan tenang." Ujar pari Madeline.

Miya menarik nafasnya dalam-dalam, dan menghembusnya perlahan.

"Lepas ni, Miya nak ke air terjun. Mungkin Miya boleh tenangkan sedikit fikiran Miya kat sana." Kata Miya.

"Pergilah Miya. Auntie tidak melarang kamu pergi kemana-mana pun." Pari Madeline tersenyum melihat Miya. Dia memasuki laman rumahnya perlahan-lahan.

Miya menjamah sedikit makanan sebelum pergi ke air terjun yang terletak di hutan tebal berdekatan ladang jagung mereka.

"Hati-hati Miya..." pesan pari Madeline.

"Ya, auntie." Jawab Miya sambil melambaikan tangannya. Dia memasuki hutan itu, dan menyusuri denai kecil menuju ke air terjun.

Perlahan-lahan Miya menghampiri air terjun itu.

"Eh...Bukankah itu seperti..." Miya cepat-cepat berselindung di sebalik pokok. Miya mengamati seorang lelaki yang sedang berbaring tanpa baju di atas sebiji batu besar berdekatan air terjun itu. Lelaki itu seperti baru habis bermandi-manda. Dia sedang mengeringkan tubuhnya di atas batu sambil mendengar lagu yang dipasang pada handphonenya, dan di sambung dengan handsfree.

"Lester!!" Jerit Miya.

Lelaki yang sedang berbaring itu adalah Lester.

Lester sempat berpaling ke arah Miya. Dia cepat-cepat menarik bajunya yang terletak di tepi tempatnya berbaring, dan menutup keseluruhan wajahnya dengan baju itu.

Miya berlari ke arah Lester.

"Oh...Rupanya kau menyorok kat sini ya. Kenapa kau tak datang ke kolej pagi tadi? Kau nak larikan diri ke?" Pekik Miya.

"Habis tu kau pergi kat sini buat apa? Nak intip aku mandi ya?" Balas Lester.

"Eleh...Siapa pula nak intip kau mandi! Suka hati aku lah nak ke sini. Air terjun ini bukannya milik kau pun." Ujar Miya.

Lester menarik rapat-rapat baju yang menutupi wajahnya itu. Dia sedang menyembunyikan sesuatu.

"Kenapa dengan wajah kau? Apa yang kau cuba sembunyikan di sebalik baju itu? Bagi aku tengok, cepat!" Miya merapati Lester dan menarik baju yang menutupi wajah Lester.

"Woi!!! Janganlah...kurang ajar betul raksasa hutan ni!" Jerit Lester.

Mereka bergelut sekejap dan akhirnya...Miya berjaya menarik baju itu dari wajah Lester.

"Ha...ha...ha...! Mata kau tu dah kenapa? Mata panda! Panda dari zoo mana ni?"
Miya tidak dapat menahan tawanya, setelah melihat ligkaran hitam di mata kanan Lester. Matanya kelihatan seperti mata seekor panda.

"Bangang betul lah kau ni!" Bentak Lester. Dia menarik bajunya dari tangan Miya.

"Okey, aku minta maaf. Aku tidak dapat menahan tawa ku tadi." Ujar Miya.

Miya menarik wajah Lester, dan melihat lingkaran hitam pada mata Lester itu dengan lebih dekat.

"Kau buat apa pula ni," Tanya Lester. Wajahnya benar-benar kelihatan comel dengan mata pandanya itu.

"Jadi...Sebab inilah kau tak datang ke kolej? Kau tahu tak? Puas aku mencari kau pagi tadi."

Mereka berdua mula bertentangan mata.

"Kau rindukan aku ya?" Ujar Lester.

"Rindu??? Tak lah!" Miya menarik tangannya dari wajah Lester. Dia mengalihkan pandangan ke arah air yang sedang mengalir deras, jatuh ke bawah air terjun di hadapan mereka berdua. Miya dapat merasakan haba panas pada wajahnya, dan wajahnya sudah pasti menjadi merah padam kerana kata-kata Lester tadi.

Lester tertawa kecil melihat Miya salah tingkah.
"Pasti dia benar-benar rindukan aku." Bisik hati Lester.

"Kau jangan salah fahamlah, aku cuma takut kau tiba-tiba menghilang. Aku tidak akan mendapat peti perak itu kembali, kalau kau pergi begitu saja." Kata Miya.

"Kau jangan risau lah, perjanjian itu cuma tinggal tiga hari sahaja lagi. Aku pasti akan tunaikan janji ku." Ujar Lester.

Miya lega mendengar kata-kata Lester. Dia berdiri dan menghadap ke air terjun yang cantik itu. Airnya sungguh jernih sekali.

"Bagaimana dengan Kenzie?" Tanya Lester.

"Kenzie okey, dia takkan masuk campur dalam hal ini asalkan...Kau tidak menyakiti ku."

"Hmm...Nampaknya, Kenzie benar-benar mahu melindungi kau. Memang sah, dia sukakan kau." Lester tersengih.

"Boleh tak, berhenti bercakap tentang Kenzie? Aku tidak mahu memikirkannya sekarang." Miya memandang Lester dengan pandangan mata yang tajam, namun terlihat sedikit kesedihan didalam anak matanya.

"Ya...Baiklah. Itu urusan kamu berdua, aku tak nak masuk campur." Lester berbaring semula di atas batu besar. Dia memandang langit yang terbentang luas.

"Miya..." Bisik Lester perlahan.

"Ada apa?" Jawab Miya.

"Perjanjian kita hampir selesai, apa kata kalau...Kita lakukan sesuatu yang lebih seronok sedikit." Lester memandang Miya yang sedang berdiri di hadapannya.

"Seronok?? Maksud kau! Kau jangan macam-macam Lester." Cetus Miya.

"Tenanglah...Kau jangan otak kuning boleh tak? Aku cuma nak minta teman ke funfair malam ini. Aku nak sangat ke funfair tu, kalau minta teman dengan Kenzie....Mesti dia tak nak. Sebab tu lah aku ajak kau. Boleh kan?"

"Hmmm...Kau tak malu ke, berjalan dengan gadis hodoh macam aku?" Miya melabuhkan punggungnya di sebelah batu besar berhampiran Lester.

"Nak malu apa? Kita kan dah seri. Kau ada kantung Unta! Aku pula ada mata Panda!"

Mereka berdua terkekeh.

"Ya, baiklah." Jawab Miya.

"Aku akan datang jemput kau jam tujuh malam nanti."

"Hmm...Kalau macam tu, kita kena balik sekarang. Hari dah petang ni." Ujar Miya.

Mereka berdua pun bergegas pulang ke rumah mereka.

Setelah mendapat kebenaran dari pari Madeline, Miya pun bersiap untuk ke funfair bersama Lester.

Seperti yang telah ditetapkan, Lester datang menjemput Miya di rumah pari Madeline, dan mereka bertolak ke funfair yang terletak di pekan Reyes.

Selang beberapa minit Lester dan Miya bertolak ke funfair, telefon pari Madeline berdering. Kenzie berada di talian.

??KENZIE
"Auntie, Miya ada kat rumah tak?"

??PARI MADELINE
"Miya dah keluar tadi, katanya nak ke funfair bersama kawan kamu yang bernama Lester."

??KENZIE
Senyap seketika. "Okey, aku dan Kyra juga hendak ke funfair. Ingatkan nak ajak Miya sekali tapi, takpe lah. Kami akan mencari mereka di sana."

??PARI MADELINE
"Yala, hati-hati. Tolong tengokkan Miya kat sana ya."

Mereka menamatkan panggilan.

"Kyra! Cepat bersiap. Kita akan ke funfair."

Kyra bingung melihat abangnya tergesa-gesa. Tanpa berlengah, Kyra menuruti kata abangnya itu.