#20

SUMPAHAN SI PARI-PARI
PART 20

Ketika menuruni bukit, langkah Lester terhenti. Matanya tertumpu kepada sebatang pokok besar, sepasang mata bulat sedang melihat ke arahnya di sebalik dahan pokok itu. Lester mengamati makhluk itu dengan penuh tanda tanya.

"Apakah makhluk yang sedang berselindung disebalik dahan itu? Matanya bulat, bersinar dan sungguh comel."

Mata bulat itu berkedip dan perlahan-lahan keluar dari sebalik pokok dan berpaut pada dahan. Matanya tidak lekang memandang Lester. Ia seolah-olah tertarik melihat Lester seperti gadis-gadis di luar sana.

"Koala!"

Mata bulat itu milik seekor koala kecil yang sungguh comel.

Lester sungguh teruja, dia pertama kali melihat koala di depan mata. Pelajar yang lain meluru ke arah Lester dan turut melihat koala yang sedang berpaut kemas pada dahan pokok itu. Mereka tidak melepaskan peluang, pelajar itu masing-masing mengeluarkan kamera dan menangkap gambar koala kecil itu, untuk dijadikan koleksi gambar sepanjang perkhemahan mereka.

Lester tidak mahu ketinggalan, dia menyeluk kocek seluarnya.

"...handphone aku?!"

Lester kelihatan cemas! Dia memeriksa beg galasnya namun, handphonenya tidak ada didalam beg. Sekali lagi dia meramas kocek seluarnya dan memandang sekitar tempatnya berdiri, matanya liar mencari handphonenya kalau-kalau ia terjatuh di sekitar tempat itu.

"Kenapa dengan kamu Lester?"
Pensyarah Yohana menghampiri Lester yang kelihatan resah dan bingung.

"Handphone aku hilang! Padahal aku sentiasa menyimpannya didalam kocek ku sepanjang masa."

"Bertenang...mungkin handphone kamu tercicir kot," pensyarah itu cuba menenangkannya.

"Puan, boleh aku kembali ke puncak? Mungkin handphone aku itu, tercicir di sana."

"Tapi hari dah nak hujan, sangat berbahaya kalau kamu naik ke puncak itu lagi, lagi pula kita sudah pun hampir sampai dibawah bukit."

"Tapi puan, ia sangat penting bagiku. Aku menyimpan semua data peribadiku di dalamnya." Lester merayu dan benar-benar nekad untuk mencari handphone nya itu, bahkan dia sanggup mendaki semula ke puncak.

Dengan berat hati, pensyarah Yohana terpaksa membenarkan Lester untuk naik ke puncak sekali lagi.

"Baiklah, tapi kamu harus cepat! dan bawa salah seorang daripada kumpulan kamu untuk menemani kamu kesana."

Karen ingin menawarkan dirinya untuk pergi bersama Lester namun, dia sudah tidak larat lagi untuk naik ke puncak itu sekali lagi.

Lester memberi isyarat pandangan mata kepada Miya, Miya memahami maksud pandangan mata itu. Lester mahu dia menemaninya kembali ke puncak bukit.

"Aku???" Gumam Miya.

"Aku dan Miya akan pergi bersama," Lester menarik lengan baju Miya.

Kenzie mengerutkan dahi.
"Kenapa pula, Miya? Bukankah Lester geli mendekati gadis seperti itu," bisik hati kecil Kenzie.

"Baik, kami akan menunggu kamu berdua di kaki bukit ini. Berhati-hati ya?!" Ujar pensyarah Yohana.

Lester dan Miya mengangguk faham. Kumpulan itu lantas menuruni bukit sementara mereka berdua terpaksa mendaki semula ke puncak.

"Hei, tunggu aku." Miya membongkokkan tubuhnya pada sebatang kayu yang dijadikan tongkat untuk mendaki bukit. Dia tercungap-cungap, cuba untuk mengawal nafasnya.

Lester menghentikan langkahnya dan menoleh,
"Cepatlah sikit! Lembab!!" Lester mendengus melihat Miya yang ketinggalan 50 meter di belakangnya.

Miya berusaha untuk bergerak lebih cepat, walaupun nafasnya hampir putus kerana mengejar Lester yang berjalan lebih pantas dihadapan.

"Kau pasti ke handphone kau tercicir kat puncak?" Miya berjaya merapatkan jarak mereka.

"Aku pasti! Kalau bukan tercicir kat puncak, mesti kita dah jumpa kat laluan kita tadi."

"Betul juga," bisik hati Miya.

"Kau boleh beli handphone baru bila balik nanti kan? Kenapa susah2 nak cari handphone tu juga?"

"Kau pekak ke atau buat-buat tak dengar, apa yang aku cakap dengan puan Yohana masa kat bawah tadi?!"

"Tapi..."

"Kau jangan banyak bunyi boleh tak?! Cepat sikit! kita dah hampir sampai ni."

"...."
Miya terdiam dan terus mengikuti langkah Lester.

*****
Rintik-rintik hujan mulai kedengaran menitik setitik demi setitik diatas atap zink pondok rehat di kaki bukit itu. Pensyarah Yohana mendongak ke langit, kelihatan awan hitam, tebal mulai berarak lambat dan pada bila-bila masa saja hujan pasti turun dengan lebatnya membasahi bumi. Wajah pensyarah Yohana kelihatan risau. Risau akan dua lagi pelajarnya yang masih diatas puncak bukit.

"Puan, sempat tak mereka berdua turun ke bawah sebelum hujan ni bertambah lebat?" Kenzie menghampiri pensyarah Yohana.

"Tak pasti Kenzie, Kita doakan sahaja mereka sempat turun ya?." Jawab pensyarah Yohana.

Berulang kali Kenzie melihat jam di pergelangan tangannya, jarum jam sudah menunjukkan pukul 1.45 petang.

"Jangan risau, mereka pasti akan sampai tidak lama lagi." Kyra menepuk perlahan bahu abangnya.

Kenzie hanya mengangguk perlahan.

*****
"Kau cari kat sebelah sana, aku kat situ." Ujar Lester.

Mereka berdua berpecah mencari handphone milik Lester. Miya menguis dedaun yang bertaburan di sekitar tempat itu, kalau-kalau handphone itu terlindung oleh daun-daun kering yang menebal di atas tanah, puas Miya mencari namun tidak menemukanya. Miya beralih ke tempat lain.

Setitik air hujan jatuh ke lengan Lester, dia mendongak ke langit. Nampaknya hujan sudah mulai turun.Bisik hati Lester.

Mereka berdua tergesa-gesa mencari handphone tersebut.

"Hei, handphone inikah yang kau cari?!"

Lester lantas menoleh ke arah Miya, sebuah handphone berwarna gold digenggam kemas ditangan Miya. Lester berlari mendapatkan handphonenya dan melihat jikalau ia masih berfungsi.

"Huh..." Lester menarik nafas lega, handphone itu masih berfungsi dengan baik.

"Lebih baik kita turun sekarang, hujan ini semakin lebat." Ujar Miya.

Lester memasukkan handphone itu ke dalam beg galasnya dan mereka bergegas menuruni bukit.

Angin dan hujan kini bersatu, angin mulai bertiup kencang. Pokok-pokok bergoyang ke kiri dan ke kanan ditiup angin, di sepanjang laluan menuruni bukit. Dedaun berguguran ditiup angin, ranting-ranting pokok juga kedengaran patah diiringi desir angin kuat dan bunyi guruh di langit yang membuatkan dua pelajar ini kelam-kabut menuruni bukit.

Hujan semakin lebat, Lester dan Miya sudahpun basah kuyup. Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, mereka berdua menuruni bukit itu dengan berhati-hati dan berpaut pada setiap tumbuhan di sepanjang laluan mereka, kerana jalan itu semakin licin dan menyukarkan mereka untuk bergerak dengan pantas.

*****
"Puan, mereka berdua belum sampai lagi. Jangan-jangan..." Kenzie membuat andaian sendiri, dia sangat risau dengan keselamatan dua sahabatnya yang masih belum muncul lagi.

"Ishh...Jangan mengarutlah Kenzie! Mereka berdua tentu dalam perjalanan sekarang ini," bentak pensyarah Yohana, wajahnya kelihatan cemas. Dia memandang pelajar-pelajarnya yang lain. Mereka semua kesejukkan dan kelaparan, kerana mereka hanya membawa makanan ringan semasa mendaki pagi tadi. Dia mulai berasa susah hati.

"Kita tunggu sekejap lagi, kalau mereka tak sampai juga.. kita terpaksa meminta bantuan daripada orang kampung yang tinggal disekitar kawasan ini." Pensyarah Yohana itu menenangkan pelajarnya yang mulai panik.

"Kalau tahu hal begini berlaku, lebih baik aku tidur kat khemah je." Pekik Karen. Dia menarik sweaternya dan menutup paha mulusnya yang terdedah kerana dia hanya memakai seluar jeans pendek.

"Hah, tu lah...pakai lagi seluar pendek. Kan dah menggigil." Ujar Kyra sambil tertawa kecil.

"Jaga sikit mulut kau, Kyra!" Balas Karen dengan jelingan mata yang tajam.

"Hei, sudahlah tu..." sela seorang pelajar perempuan.

Keadaan menjadi sepi semula, hanya bunyi hujan dan deruan angin kencang yang kedengaran. Mereka menunggu sebentar lagi dan berharap Lester dan Miya selamat menuruni bukit.

*****
"Lester! Jaga-jaga...!" Miya meluncur laju dan menarik baju Lester.

Prakkkk!! Bamm!!!

Dahan kayu besar terjatuh dihadapan Lester. Mereka lantas berundur ketepi, tanpa menyedari ada tebing yang curam ditepi laluan itu. Lester hilang keseimbangan badan, Miya masih berpaut pada baju Lester dan mereka jatuh tergolek ke bawah cenuram itu.

"Arghhh..."

Lester menyentuh dahinya perlahan-lahan, dia dapat merasakan benjolan kecil di dahinya kerana terhantuk pada pokok kecil di sebelah tempatnya terjatuh. Dia melihat sekeliling, penglihatannya samar-samar kerana hujan masih belum reda. Matanya ligat mencari kelibat Miya.

"Hoii! Miya...! Kau kat mana?!" Panggil Lester lalu bingkas berdiri dan mencari Miya.

"Aku kat bawah ni," suara Miya kedengaran sayup-sayup.

Lester bergegas ke arah suara itu. Dia menarik nafas lega kerana Miya tidak apa-apa, dia sedang membersihkan daun-daun kering yang melekat pada pakaiannya. Miya terjatuh di bawah longgokkan daun kering yang telah basah ditimpa hujan. Lester sempat tersenyum dan tertawa kecil melihat rambut Miya yang dipenuhi dengan daun kering yang basah. Dia kelihatan seperti puteri daun kering berwajah hodoh.

"Hehehe.." Lester tertawa kecil sambil menutup mulutnya. Tak mahu Miya tahu yang dia sedang mentertawakannya.

Miya perasan dengan senyuman Lester sebentar tadi, berbeza dengan senyuman Lester ketika mereka bertemu di air terjun bersama kembar Ruby. Sejak dia mengenali Lester, itulah pertama kali Miya melihat lelaki dingin itu tersenyum dan tertawa. Lester kelihatan sangat comel dan bertambah macho apabila tersenyum dan tertawa seperti itu.

"Kenapa kau ketawa? Ada yang lucu ke?"

Miya meraba wajahnya, kalau-kalau hidungnya bengkok ke atau mulutnya senget sebelah tapi semuanya normal. "Lalu apa yang membuatkan si senget ni ketawakan aku," gumam Miya. Dia mengerutkan dahi.

Lester menghampiri Miya.

"Sini..." Lester menarik Miya lebih dekat.

Tiba-tiba...Jantung Miya berdegup kencang. Dia menundukkan kepalanya dan tidak berani memandang wajah Lester. Senyuman Lester mulai terbayang di fikiran Miya, wajah itu...ia benar-benar membuatkan Miya hampir gila bayangan.

"Nah...ambil semua ni, masukkan dalam beg kau untuk kenang-kenangan." Lester mengumpulkan daun-daun yang melekat pada rambut Miya dan meletaknya di telapak tangan Miya.

Bayangan wajah comel dan macho itu menghilang dengan sekelip mata. Miya menggenggam erat dedaun itu.

"Celaka kau senget! Rupanya daun ini yang membuat kau tersenyum." Gerutu Miya.

"Ehh...lihat disana, ada gua lah." Lester berlari ke arah gua itu. Miya mengekori langkah Lester perlahan-lahan, sambil mengajuk percakapan Lester di belakangnya. Miya masih berasa geram dengan sikap Lester yang sukar diduga itu.

"Gua ini muat untuk seorang je," ujar Lester. Dia sudah pun menyusup masuk kedalam gua kecil itu dan berteduh didalamnya.

"Takpe, kau duduk je lah diam-diam kat dalam tu okey?. Aku okey je duduk kat luar ni, manalah tahu ada orang lalu kat sini dan bantu kita keluar." Miya membuka beg galasnya dan meletaknya ke bawah, dia duduk memeluk lututnya di tepi gua itu. Sesekali, dia mengesat air hujan yang mengalir di wajahnya dan terus membasahi tubuhnya itu.

"Okey...kau jaga elok-elok kat luar tu ya. Manalah tahu ada binatang buas kat kawasan ni," Lester sengaja menakut-nakutkan Miya. Namun, Miya hanya berdiam dan tidak memperdulikan kata-kata Lester.

Lester mengeluarkan handphone dan handsfree dari dalam beg. Nasib baiklah pihak kolej memberikan mereka beg kalis air, kalau tidak semua barangan mereka pasti basah. Lester menyumbatkan handsfree itu ke lubang telinganya lalu memainkan lagu satu persatu dari handphone nya. Mungkin ia juga adalah satu sebab kenapa Lester tidak boleh kehilangan handphone nya itu kerana ia satu-satunya perkara yang boleh menghiburkan hatinya. Dia asyik mendengar lagu-lagu itu dan tanpa menyedari, dia terlelap sekejap.

"Uhukk...uhukk..."

kedengaran suara terbatuk-batuk perlahan dari luar gua itu. Lester membuka matanya, pandangannya gelap! Ia tidak dapat melihat apa-apa. Dia menekan aplikasi torchlight pada handphone nya.

"Alamak! Hari dah malam...kenapa tak ada seorang pun yang datang mencari kami?" Keluh Lester.

"Miya??" Lester baru teringatkan Miya yang duduk di luar gua itu. Dia cepat-cepat menjenguk ke luar, nampaknya hujan sudah pun berhenti. Dia menyuluh ke tepi pintu gua, alangkah terkejutnya Lester melihat Miya terbaring dan menggigil kesejukkan di dalam kegelapan malam sementara dia pula selesa berteduh di dalam gua itu tanpa memikirkan Miya. Tergamaknya dia membiarkan seorang gadis dibasahi hujan dan tidur di dalam kegelapan bersendirian, di kawasan hutan pula tu. Inikah caranya membalas budi Miya setelah Miya menyelamatkan dia daripada dihempap dahan kayu siang tadi? Betapa kejamnya hatimu Lester!

"Miya...Bangun Miya." Lester menggoyangkan tubuh Miya.

"Uhukk..." Miya terbatuk lagi dan membuka matanya perlahan. Dia cuba untuk bangun tetapi tubuhnya benar-benar lemah, dia hampir rebah semula tetapi Lester sempat menyambut dan memangkunya. Tubuh Miya terasa panas, Lester menyentuh dahi Miya.

"Kamu demam ni..." Ujar Lester.

Dia cepat-cepat membawa Miya ke dalam gua agar tubuh Miya tidak terdedah dengan angin malam yang sungguh sejuk ditambah pula dengan baju Miya yang masih basah.

"Maafkan aku Miya, aku terlalu mementingkan diriku sendiri. Gua ini sebenarnya boleh muat untuk kita berdua tetapi aku tidak memikirkan kamu."
Timbul rasa kesal di hati Lester kerana membiarkan Miya duduk di luar gua itu.

"Aku okey..." bisik Miya sebelum dia tertidur di pangkuan Lester.

Lester tenang menghadapi situasi itu, dia tidak terlalu panik kerana dia pernah mengalaminya ketika kecil dahulu.

"Aku kena tukar baju Miya yang basah ni, kalau tak demamnya akan bertambah teruk."

Lester memikirkan bagaimana cara untuk menukar baju Miya, dan dia mendapat satu idea yang sangat baik. Dia membuka bajunya yang telah kering dan memadamkan lampu handphone nya. Dia menolak perlahan badan Miya kedepan dan berhati-hati menanggalkan baju Miya agar tidak tersentuh aset penting Miya. Setelah beberapa minit, akhirnya dia berjaya juga menukar baju Miya di dalam keadaan gelap tapi sekarang, dia pula yang tidak berbaju. Dia memasang semula aplikasi torchlightnya dan meletakkannya di tepi gua, dia berharap ada seseorang yang akan menemui mereka di sana.

"Ayah...Ayah..." Miya meracau memanggil ayahnya di dalam tidur.

"Pssttt..." Lester memeluk erat tubuh gadis itu dan cuba menenangkannya. Miya benar-benar berada di dalam pelukan Lester yang tidak berbaju itu. Wajahnya mendarat di dada bidang Lester dan dia boleh mendengar setiap degupan jantungnya. Pelukan hangat itu membuatkan Miya ingin tenggelam lebih jauh ke dalam pelukan Lester, dia mengerekot di pangkuan lelaki itu.

Lester memandang wajah gadis yang sedang tidur lena didalam pelukannya itu. Wajahnya dipenuhi tompokan merah, dia mengamati wajah itu sedalam-dalamnya. Lester dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa pada gadis itu. Dia cuba membayangkan wajah Miya tanpa tompokan merah itu, wajahnya polos dan keanak-anakan. Tanpa disedari, jari jemari Lester mulai membelai rambut gadis itu ia bagaikan ada satu aura yang sedang menarik Lester untuk menyelami jiwa gadis malang itu.

"Uhukkk..." Miya terbatuk.

Lester tersentak dan menarik tangannya daripada membelai rambut Miya.

"Cis! Apa yang aku lakukan tadi?" Gerutu Lester.

Miya membuka matanya,

"A...apa yang terjadi pada aku? Dia terkejut melihat dirinya berada didalam pelukan Lester, dia segera menjarakkan dirinya di ruang yang sempit itu.

"Kau demam...dan aku cuma membantu kerana kasihankan kau yang menggigil kesejukkan kat luar tu."

Miya meraba tubuhnya,

"Baju aku..." Miya melihat Lester tidak berbaju dan menampakkan tubuhnya yang tipis dan sado, didalam cahaya yang samar-samar.

"Aku tukar dengan bajuku sebab baju kau tu dah basah! Dan kau jangan fikir yang bukan-bukan, aku tak nampak sedikit pun tubuh kau tu sebab aku terpaksa meraba dalam gelap untuk menukar baju kau!"

"Err...kau pasti tak nampak apa-apa?"

"Huh...sumpah! Aku tak nampak apa-apa pun."

Miya menarik nafas lega dan memandang wajah Lester yang sedang merenung cahaya lampu dari handphonenya yang semakin malap.

"Terima kasih..." ucap Miya.

Lester mengalihkan pandangannya ke arah Miya,

"Hmm...sepatutnya aku yang harus berterima kasih dan meminta maaf kerana melayan kau dengan teruk."

"Terima kasih pada aku? Kenapa pula," Miya mengerutkan keningnya.

"Yela...terima kasih sebab kau dah selamatkan aku siang tadi. Kalau tak, mungkin kepala aku dah hancur berkecai dihempap dahan kayu itu."

Miya menggaru kepalanya yang tidak gatal,

"Ehemm...perkara kecil jer tu, kita kan satu team mestilah kena saling membantu."

Miya membetulkan bajunya sedikit kerana baju itu agak besar daripada saiz badannya.

Lester tersenyum kecil melihat Miya dan berdiri melangkah ke luar gua itu.

"Hei, Miya cepat keluar ke sini."

"Ada apa?" Suara Miya kedengaran perlahan kerana tubuhnya masih lemah, dia memaksa dirinya untuk berdiri dan menghampiri Lester yang berada di luar gua.

"Wahhhh..." Miya terpegun melihat cahaya kecil sedang berterbangan di sekitar gua itu.

Lester menadah telapak tangannya ke arah cahaya kecil yang berterbangan itu, seekor kunang-kunang hinggap di tengah telapak tangan Lester. Dia mengamati kunang-kunang itu dan cuba meniupnya untuk terbang kembali.

"Opsss! Jangan tiup," Miya menegah Lester sebelum ditiupnya kunang-kunang itu pergi.

"Kenapa tak boleh tiup?" Lester mengerutkan dahi.

Miya menghampiri Lester dan mengambil perlahan-lahan kunang-kunang itu dari telapak tangan Lester lalu, meletakkannya di atas sehelai daun kemudian ia terbang kembali menyertai kawanannya.

"Kunang-kunang tak boleh ditiup, kalau ditiup gigi kau akan jatuh berterabur. Kau nak gigi kau tu rompong?" Miya terkekeh melihat Lester cepat-cepat menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya dan menggeleng.

"Haha...takut rompong ya?...uhukk...uhukk.." Tawa Miya diiringi oleh batuknya.

"Hmm...Padan muka!" Dengus Lester.

Miya melabuhkan punggungnya di atas sebatang kayu dan menggosok telapak tangannya yang terasa sejuk ditiup oleh angin malam. Tubuhnya kembali menggigil.

"Kau okey ke?" Lester menghampiri Miya dan meletakkan tangannya di dahi Miya.

"Demam kau tak surut lagi ni."

"Hmm..." Miya memeluk tubuhnya menahan sejuk.

"Lester!...Miya!..."

"PSsttt...Miya, kau dengar tak?" Lester mengamati bunyi itu dan melihat di sekitarnya.

"Lester!...Miya!..."

Suara itu kedengaran lagi, suara beberapa orang sedang menjerit nama mereka berdua. Ia semakin hampir dan hampir namun bayang si pemanggil, belum kelihatan.

"Hey!...kami kat bawah sini!" Lester menjerit sekuat hati dan segera mencapai handphone nya, cuba untuk memberi isyarat kepada suara-suara itu. Lampu dari handphone Lester semakin malap dan...tertutup. handphone Lester kehabisan bateri, mereka kini berada di dalam gelap.

"Lester!..." Miya meraba didalam gelap mencari Lester.

"Disini..." sepasang tangan menarik Miya kedalam satu pelukan. Miya memeluk tubuh hangat itu seerat-eratnya, tubuh hangat itu juga terus memeluk Miya seolah-olah tidak mahu melepaskannya lagi.

"Lester!"
Suara seorang lelaki kedengaran di belakang Lester. Dia lantas menoleh.

Kenzie tercegat, berdiri memegang obor api yang menyala. Mata kenzie tajam memandang adegan berpeluk itu bersama beberapa pelajar lain dan beberapa orang kampung yang membantu mereka mencari Lester dan Miya.

Hati Kenzie bagai di hiris-hiris melihat Miya didalam pelukan Lester yang tidak berbaju itu.

Lester meleraikan pelukkannya. Terlihat wajah Miya yang pucat lesi berdiri lemah di sampingnya.

Kenzie segera mendapatkan Miya.

"Dia sakit." Kata Lester.

Kenzie tidak mengendahkan kata-kata Lester, dia memusingkan badannya lalu menarik tangan Miya. Kenzie menggendong Miya di belakangnya.

"Mari balik!" Kata Kenzie. Tidak ada senyuman di wajah kenzie, ketat dan masam.

Lester menggapai beg galasnya dan beg milik Miya yang bersebelahan lalu mereka beredar meninggalkan kawasan bukit itu. Sepanjang perjalanan, Lester hanya melihat Miya yang terkulai di belakang Kenzie.

"Apesal Kenzie tiba-tiba muka masam ni?" Bisik hati kecil Lester. Kenzie hanya mendiamkan diri sehingga tiba ke satu kawasan perkampungan. Kelihatan pensyarah Yohana dan pelajar lain turut berada di situ menunggu mereka pulang.

"Sayang, kamu tak apa-apa? Kenapa tak berbaju?" Karen berlari memeluk Lester.

"Hissk!...Lepaslah!" Lester menolak Karen dengan kasar. Karen terus mengekorinya.

Kenzie membaringkan Miya di dalam sebuah rumah milik penduduk kampung.

"Kenapa dengan Miya ni?" Pensyarah Yohana duduk di samping Miya.

"Badannya panas, Puan." Jawab Kenzie.

"Pergi ambilkan kotak ubatan kat dalam beg aku sekarang."
Perintah Pensyarah Yohana kepada seorang pelajar. Tidak sampai seminit, pelajar itu kembali membawa kotak kecil berisi ubat-ubatan. Selesai sahaja dia memberikan ubat kepada Miya, pensyarah itu meminta mereka berkumpul.

"Kita terpaksa menamatkan perkhemahan ini lebih awal, esok kita akan kembali ke pekan Reyes dan menyambung pembelajaran seperti biasa."

Pensyarah itu mengarahkan pelajarnya untuk pergi berehat dan bersedia untuk pulang esok pagi. Pelajar-pelajar itu berlalu pergi dengan wajah yang hampa kerana mereka masih belum puas dengan acara perkhemahan itu namun, terpaksa akur untuk menamatkan perkhemahan mereka. Mereka menghabiskan sisa malam terakhir mereka di kawasan perkampungan orang-orang asli.