#1 The Lame Theory (Bahagian 1)

#1
The Lame Theory - Kenapa lelaki tu dulu minat ke saya, tapi sekarang tidak lagi (Bahagian 1)

Hai, gadis-gadis comel dan jejaka.

Kalau dulu, aku selalu anggap yang bila seorang wanita dipandang cantik oleh seorang jejaka, walau dalam bagaimana keadaan sekalipun, ianya akan menjadi cair dan wanita itu tidak akan pernah gagal untuk menjadikan lelaki tersebut sebuah liquid yang berkesan.

Well, you know what, today’s I finally knew that i was wrong. Totally wrong. Dan, aku dah boleh ragu dengan theory aku sendiri.

Aku ambik contoh seorang gadis yang aku pernah cerita. Gadis yang asalnya freehair kemudian dia bertudung dan kemudian aku tercakap dia cantik depan-depan dan aku menjadi liquid. Untuk gadis ini, aku hampir pasti yang ketika itu aku takrifkan dia sebagai gadis selamanya, gadis yang tengok dari sudut mana pun nampak cantik.

Dan, cerita dah menjadi sebaliknya.

Well, aku sering jugak bercakap-cakap dengan member aku sebab everytime aku lalu depan fakulti guna kereta aku, aku kerap jugak nampak dia selalu jalan alone. Takde kawan. Pakwe dia mana? I mean, kamon la. Muka bukan main comel gitu, takkan la takde lelaki-lelaki malang yang nak tumpangkan dia kan? Aku cakap malang

sebab yang bertuah hanya aku. Dan lagi bertuah kalau aku mampu tumpangkan dia.

Itu conform.

“Aku tak faham bebudak kelas dia ni. Ni kita yang duk tergila-gila tengok dia.

Bebudak lelaki kelas dia buta ke apa tak nampak dia?”

“Aku syak mungkin sebab Lame Theory,”

“Lame Theory?” tanya aku sambil memandang kawan aku pelik.