BAB 1

Suasana dewan itu riuh dengan tepukan dan sorakan orang ramai. Laungan nama penyanyi itu dijerit berkali-kali menandakan yang mereka tak sabar untuk mendengar penyanyi kesayangan mereka beraksi.

Aku menekup telinga saat mendengar jeritan orang sekeliling. Penyanyi je kot. Menjerit mengalahkan nampak sesuatu je! Ini Aina punya angkaralah.

Tak fasal – fasal aku kena ikut dia datang tengok persembahan artis ni ni. Dah lah aku tak suka duduk dalam keadaan yang bising-bising macam ni.

“Hadirin sekalian saya mempersembahkan penyanyi kegemaran korang termasuk saya. Nomad!”


“ Terima kasih semua! Terima kasih! Dengarlah lagu saya yang bertajuk Tetap Menantimu.”

Aku mendiamkan diri kerana semua orang tiba-tiba berdiam diri. Nak dengar lagu so kenalah diam.

“Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam Aku tetap menantimu
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap.. menantimu…”

“ Terima kasih!”

Terkelip-kelip aku memandang ke arah pentas. Aku perhati penyanyi itu. Ya Allah. Lagu dia tadi buat aku terpaku kejap. Lagunya menusuk ke hatiku. Ini kali pertama aku dengar lagu macam ni. Selalunya asyik dengar lagu jiwang-jiwang je. Terkena lagu ni terus terpaku.

Lagu je lah bukan penyanyi dia.

“ Jom balik! Aku Cuma nak dengar lagu ni je.”

Lorh! Kalau macam tu lebih baik tak payah datang cik oii. Buang duit minyak kereta aku je lah minah ni. Nasib lagu dia sedap. Kalau tak memang lah.

“ Sebelum tu, jom teman aku jumpa Nomad belakang pentas. Aku nak bertahu sesuatu.”

“ Ha?! Tak nak lah! Kau peminat dia je kan? Tak usah nak masuk campur pergi ke sana.” Halangku.

Sememangnya aku tak gemar nak pergi jumpa artis tu depan mata. Minat ke tak ke tetap
tak suka.

“ Kau kena ikut baru kau tahu. Jom! Tak ada alasan!”

Mahu tak mahu aku gagah ikut dia ke belakang pentas. Walaweyh! Banyaknya artis belakang ni. Tak kurang hebatnya. Tapi kawan aku ni selamba je. Siap boleh tersenyum lagi dengan artis lain. Aku pula yang jadi cuak.

“ Abang Nomad!”

Aku menoleh ke arah penyanyi itu. Abang? Cis! Panggilan langsung tak boleh tahan. Aku nak gelak boleh tak?

“ Ha! Baru sampai. Puas abang tunggu sebelum abang naik pentas tadi. Kenapa baru datang?”

Aku terlopong. Mereka berdua ni ada apa-apa ke? Dia pun turut menggunakan panggilan ‘abang’.

“ Tadi ada dekat depan. Tengok persembahan abang. Best lagu baru abang tu. Sampai kawan Aina ni pun terpegun.”

Aku tersedak. Guna nama aku pulalah minah ni. Aku mengalih pandangan ke arah lain apabila menyedari dia leka memandang ke arah aku.

“ Terima kasih.”

Dia ucap terima kasih dekat aku lah. Walaweyh!

“ Ada apa abang nak jumpa Aina ni. Aina tak boleh balik lambat. Nanti sunyi je jalan dekat taman tu. Dahlah malam-malam macam ni.”

“ Abang nak kamu balik hujung minggu ni. Jumpa papa dan mama. Mereka kata ada sesuatu nak beritahu kamu.”

Eh? Jap! Jap! Papa dan mama? Aku terus memandang tajam ke arah Aina. Aku menepuk bahunya dengan kerutan di dahi.

“ Papa dan mama? Aina….” Meleret aku menyebut namanya. I need your explain!

“ Sorry sebab tak beritahu kau lebih awal. Ini abang kandung aku. Abang yang aku selalu cerita tu. Cuma aku tak sebut nama ja. Sorry..”

Aku rasa nak hempuk je kepala dia sekarang ni. Tapi aku tetap menampar lengannya dengan kuat. Puas hati aku!

“ Weh! Ampun..!”

Aku mencebik dengan geram. Ampun lah kau sorang. Aku pandang pula ke arah abang dia. Tak sangka dia turut memandang ke arah aku.

“ Maaf. Saya nak bawa adik awak balik sekarang. Jangan risau hujung minggu ni pasti dia akan balik.” Amboi! Skemanya ayat. Haha..

“ Abang! Jumpa nanti!”

Ish! Kau memang nak kena dengan aku Aina!