BAB 1

“Wahai wanita tak cantik meskipun bernama Cantik, aku datang padamu. Katakan la hajat mu nescaya akan aku tunaikan”

Cantik yang sedang menulis dairi tersentak. Suara apa tu? Bulu romanya meremang. Bunyi cengkerik dan katak saling sahut-bersahutan di luar sana memecahkan kebisuan, namun suara yang baru didengarnya sebentar tadi cukup membuat dia kaget.

Aduh malam-malam macam ni jangan la ada benda-benda yang mengarut ni. Tertoleh-toleh Cantik kekiri dan kanan.

“Aku pari-pari cinta mu” sekali lagi suara itu bergema. Berlari Cantik naik atas katil. Yassin di tepi ketil dicapai. Serta merta surah kursi bergema didalam bilik tidur nya.

Bunyi hilai tawa menaikkan bulu romanya sekali lagi.

“Oit Cantik”jerit satu suara serentak dengan itu satu bantal kecil mencium mukanya.

“Adeh” dia terdorong ke belakang akibat tolakan bantal yang kuat dan tak sedia dengan balingan tersebut.

“Hantu jembalang nyah kau dari sini”jerit Cantik sambil mengguatkan lagi bacaan ayat kursinya..

“Adik ,kenapa bising ni?”terkial-kial Syamil mendapatkan Cantik yang sedang elok landing atas katil sambil membaca kuat ayat kursi.

“Along diam, Cantik nak halau hantu dalam bilik Cantik ni..”marah Cantik sambil mengulang bacaannya.

Syamil mengaru kepala. Serentak dengan itu dia melihat sesuatu di balkoni bilik Cantik . Pintu gelongsur ditolak. Terkejut dia melihat Yazid sedang bergolek-golek dilantai balkoni sambil memegang perut.

Rasa-rasanya dia dah boleh agak apa yang berlaku.

“Zid kau buat apa dekat adik aku sampai macam orang kena sampuk.”

“Hahahaahahah”makin kuat Yazid ketawa. Tak ada sikit pun tanda dia akan berhenti tawa. Dia melihat Cantik yang masih leka membaca ayat kursi.

“Lawak gila adik kau, dah lama tak kacau dia” Yazid melangkah masuk kearah bilik Cantik dia bersandar di almari bilik Cantik .

“Assalamuaikum cik ribut” sapa nya. Dia menahan tawa. Wajah Cantik yang masih gelabah membuatkan dia tak dapat menahan tawa. Akhirnya satu ketawa yang kuat bergema.

Mendongak Cantik apabila mendengar suara yang asing dari bilik nya. Hantu dah muncul kan diri ke? Detik nya.

Pap!!macam kena penampar dirasakan..Yazid Fahmi!!! Oh no dia dah datang.. Bingkas Cantik menyorok bawah selimut.

Syamil yang melihat mengeleng kepala. Macam mana pulak mamat ni naik dekat bilik adik aku. Dia menghampiri balkoni.

Sah memang tak ada kerja ni. Sanggup panjat tangga semata-mata nak ‘bergurau’. Tak kena tempat la bro. Dia mengelengkan kepala. Entah kenapa la dia ni suka betul sakat Cantik . Tahu la adik aku adik dia jugak tapi masalahnya adik aku ni tak boleh kau nak anggap adik kau jugak.

Langkah di atur menghampiri Yazid yang masih galak ketawa.

“Setahu aku pintu masuk dekat bawak bukan dekat sini” perli nya. Dia melihat Cantik yang sudah pun berselubung dibawah selimut.

“Aku nampak kereta Cantik, aku tak boleh la nak kawal diri. Bila hobi depan mata boleh ke kau nak berdiam diri?” bela Yazid. Bukan selalu dia boleh jumpa dengan Cantik . Sebulan sekali pun belum tentu boleh jumpa.

“Dah jom pergi bawah, nanti tak pasal-pasal adik aku trauma dengan kau”

Yazid mengikut langkah Syamil sebelum keluar dari bilik Cantik sempat lagi dia mengoyang katil Cantik ..