BAB 1

2000

“Perkenalkan inilah Ilyas, kawan Along.” ujar Aiman. Mama memandang Ilyas lalu memberikan senyuman. Mama kata abang Ilyas akan tumpang menginap di rumah kami dalam masa dua tahun ni. Umur abang Ilyas sebaya dengan Along, iaitu 16 tahun. Keluarga abang Ilyas dah berpindah ke Sabah.

Along mengajak abang Ilyas tinggal di rumah kami sementara menghabiskan alam persekolahan.

“Ilyas satu bilik dengan Aiman ,ya?” beritahu mama.

Ilyas mengangguk.

“Ma, esok kami kena daftar masuk asrama. Mama hantarkan ek?” ujar Aiman.

“Iya.. Mama hantarkan.” mama menuruti sambil mengukir senyuman manis.

“Nak ikut!” aku merengek manja. Biasalah..Anak bongsu. Umurku 8 tahun.

“Aisya nak ikut? Boleh je.” mama mengizinkan.

“Mengadalah budak ni!” celah Aiman.

Aku mencebik bibir.

“Suka hatilah!” lawanku.

Abang Ilyas ketawa.

“Ini adik kau Aisya tu ke?” tanya Ilyas kepada Aiman.

“Ha’ah.. Inilah.” Aiman mengangguk-angguk.

“Comellah!!” puji Ilyas.

Spontan aku tiba-tiba berasa malu!