BAB 1

Balqis memandang lelaki yang menyandar pada dinding kawasan kecemasan. Nampak sedih sekali. Mungkin sedang menanti insan tersayang. Melihat pemakaian yang santai, lelaki ini boleh dikategerikan dalam golongan kacak walaupun tidak berdandan hebat. Tak perlu berpakaian mahal untuk nampak kacak dan menarik.

Sungguh dari tadi matanya tak mampu memandang ke arah lain. Sentiasa terpaku pada wajah itu. Jika selama ini hatinya tidak terbuka pada mana-mana lelaki selepas putusnya hubungan dengan Falah, lelaki ini bisa membuatkan hati kerasnya cair. Dia terus memandang wajah yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Masih dalam dunianya sendiri. Siapa dia? 

Muka cemas Maisara yang melangkah menghampir tempat duduknya dipandang dengan sengihan. Kalut la kakak sorang ni. Gaya macam dia dah koma muka Maisara usung. Padahal sikit saja kecederaan yang dialami. Cuma sekarang dia perlu menanti untuk di X-ray bagi memastikan tiada kecederaan dalaman.

“relax la wei. Aku ok je”

“nak pengsan aku bila Farouk call cakap kau injured. Accident dengan apa pulak kali ni?”

“spanar jatuh dari atas mesin. Aku tak perasan. Terpengsan sekajap. Kalut la si Farouk tu hantar ke sini. Benjol jugak la aku dapat”

Maisara turut memeriksa bahagian atas kepala Balqis. Sudah membengkak. “kau tunggu apa lagi kat sini? Kena masuk ward ke?”

“nak kena X-ray dulu. Kalau ok, dah boleh balik dah. Tak payah menyemak kat hospital yang sentiasa penuh ni”

Maisara turut bersandar disebelah bila mendengar jawapan Balqis. Menanti giliran Balqis untuk masuk ke dalam bilik X-ray. Dah malas nak bersoal jawab. Mungkin sebab dah lega melihat temannya itu tidak seteruk seperti dibayangkan.

“macam mana boleh jatuh?” soal Maisara bila masing-masing membisu. Bosan pulak bila tak ada benda nak dibuat.

Senyap. Tiada jawapan dari Balqis.

“oi… aku tanya ni?” bahu Balqis ditujah dengan telefon bimbit ditangan. “kau tengok apa? Tak padan dengan sakit sempat lagi nak cuci mata”
bebel Maisara bila perasan kemana arah pandangan mata Balqis.

“handsomekan” soal Balqis bila Maisara turut memandang ke arah lelaki itu.

“Qis!!!!!!!. Kau biar benar. Patut dari tadi tak mesej aku. Duk perati mamat handsome rupanya. Sejak bila kau minat balik dengan lelaki ni?”

Balqis hanya tersengih mendengar bebelan Maisara. Dah imum dengan bebalan Maisara, itu sajalah kawan sejati yang dia ada.

“kau dah call Mak Lang?”

“cari nahas la kalau call dia. Kau jangan pandai-pandai bagitau dia. Mati aku kena balik duduk dengan dia kalau dia tau”

“lantak kau la Qis. Kalau Mak Lang tau jangan babitkan aku”

“tahulah. Dah, tunggu sini aku nak pergi ikut abang handsome tu kejap” 

Balqis melangkah meninggalkan Maisara bila seorang petugas memanggil namanya untuk diX-ray.