Chapter One.

Ella!"


Gadis berambut golden brown itu hanya memekakkan telinga apabila namanya dipanggil oleh seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari perut sebuah Audi RS7. Lelaki itu melangkah mendekatinya namun dengan pantas, Ella terus menghayun langkah memasuki rumah agam tersebut. Bagasi yang berat ditarik sekuat hati. Sesudah dia memasuki rumah tersebut, suara lelaki itu sudah tidak lagi kedengaran. Lloyd hanya memandang sifat dingin Ella terhadap dirinya. Lloyd hanya mengeluh dan mengikuti Ella memasuki rumah agam tersebut.


Ella menghela nafas panjang.


"Ella." Lloyd cuba memanggilnya sekali lagi.


"What?" balas Ella dengan pandangan tajam sambil menarik bagasinya menaiki tangga.


"Tinggalkan bagasi tu kat situ. Nanti saya angkatkan." kata Lloyd lembut.


"Tak perlulah nak berlakon baik sangat. Awak boleh tipu family saya, tapi ingat, awak tak boleh tipu saya!" balas Ella. Dengan sepenuh tenaga, Ella memaksa dirinya menarik bagasi tersebut namun gagal. Bagasi yang sudah sedaya upaya diangkat jatuh ke bawah semula. Dia mendengus kasar.

Lloyd hanya menggeleng lalu mencapai bagasi tersebut. Dia mengangkat dan membawanya ke tingkat atas. Ella hanya mendiamkan diri dan mengikut langkah Lloyd dari belakang.


"Eh!"

Dengan sepantas kilat, tangan Ella menarik lengan baju Lloyd, membuatkan jejaka itu menoleh ke arahnya dengan kening diangkat sebelah.


"We cannot stay in one room."


"Why not? You are my wife, after all."

Ella terdiam seketika. Otaknya ligat memikirkan serangan balas yang bakal diberikan.

Namun, Lloyd sudahpun memasuki bilik, meninggalkan Ella keseorangan di luar.


"Saya tak suka awak! So, kita tak boleh duduk dalam satu bilik. Kita kahwin ni pun sebab aturan family je! Then, I will take this back. Nak pindah bilik sebelah!" kata Ella lalu menarik semula bagasi miliknya dari tangan Lloyd. Kemudian, Ella membawa bagasi bersamanya untuk keluar dari bilik tidur itu.


"Ini rumah agam arwah datuk saya. Bilik sebelah tu lah bilik dia. Dia meninggal kat situ. Mana lah tahu, arwahnya masih kat situ.." seloroh Lloyd sambil membaringkan diri di atas katil Queen size itu. Dia memejamkan mata dengan tangannya diletakkan di belakang kepala untuk dijadikan bantal. Senyuman nakal mula terukir di bibirnya.


Mendengar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Lloyd, mematikan langkah Ella daripada berniat untuk keluar dari biliknya itu.


"Kenapa berhenti? Pergilah teman datuk saya tu. Kesian dia duduk sorang-sorang kat sana." tambah Lloyd lagi. Dia menahan ketawanya daripada meletus keluar.


Lloyd merasakan seseorang duduk di sebelahnya. Dia membuka mata perlahan dan melihat Ella yang sedang duduk di bucu katil sambil berpeluk tubuh. Dalam diam, Lloyd tertawa kecil.


"Kenapa tak pergi? Takut ke?"


"Diamlah!"


"Hahahahahahaha."