BAB 1

ARGHH! Aku sudah bertekad yang aku takkan hidup macam tin kosong lagi! Aku harus bangkit dengan penuh keazaman. Aku harus bangkit! Bangkit dari zaman kejatuhan ini. Aku mesti menjadi orang yang ada berwawasan, berilmu dan cemerlang!

DEBUK!

Kusyen berisi kekapuk dilempar tepat kena pada mukaku. Spoil mood betul!

“Woi!”

Berdekah-dekah ketawa Nina, housemate aku. Huh.

“Berangan amende kau ni? Nah.” Dia menghulur sepucuk surat kepadaku. Berkerut-kerut sekali dahi ini melihat surat tersebut.

“apa ni?”

“Surat cinta dari putera raja.” Nina sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.

Huh.?

“Maka siapakah putera raja yang tidak tahu malu itu?” lantas aku membuka surat tersebut.

Dear Dya,

Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak . Tapi, dari jauh sajalah. Sudikah awak menjadi yang halal untuk saya.?

Yang benar,

Hafeez

Euw. Geli-gelemanlah ayat dia ni. Nak bersurat bagai. Ingat ni zaman atuk dia ke apa? Huh. Cepat-cepat bibir ini beristighfar. Suka-suka hati je duk mengutuk ek?

Dengan penuh selamba aku masukkan surat tersebut ke dalam tong sampah. Terus terbuntang mata Nina dibuatnya.

“Weii. Kenapa buang??”

“Geli. Kalau betul-betul gentle, pi jumpa bapak aku. Bukannya bagi surat macam ni. Memang aku tak layan.” Aku terus membuka novel dan menyambung bacaan yang belum sempat dihabiskan.

“Peliklah kau ni. Nak tunggu cara tu, memang impossible la..” sindir Nina.

“Nothing is impossible okay. If you trust to Allah, so you do.” Tenang aku menjawab tanpa memandang Nina. Dah itu prinsip aku. Nina yang tinggal sebumbung dengan aku dah hampir dua tahun ni mesti dah lali dengar prinsip itu diulang.

“Tapi, cinta mesti disemai juga.” Balas Nina mahu menang.

“Semai? Huh..?” keningku diangkat sebelah gaya tak puas hati. “I don’t think so.” Cebikku.

“Ni mesti berangan nak jadi macam Irma Hasmie.. Jumpa jodoh kat Mekah.. Dahlah laki dia hensem.. So, kau nak jadi macam Irma la tu.. Kan?Kan?”

Aku menutup novel. Mata Nina kurenung tajam.

“Aku nak jadi orang yang disayangi Allah dan parents aku. Tu je. As simple as that.”

Nina menggigit bibir. Erk..

“Dahlah, aku mengantuk. Aku masuk bilik dulu. Good night.” Lalu aku bingkas bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik. Makin dilayan, makin sakit hati pulak aku dibuatnya. Lebih baik aku jaga hati ini baik-baik.