BAB 1

TUK TAK TUK TAK

Hayunan kakinya bergerak laju, kelam kabut dia masuk ke masjid kerana . Dia sudah terlambat untuk solat berjemaah. Tak mengapalah asalkan dia tidak terlepas waktu Zuhur. Jadi, cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam masjid tersebut dan menunaikan solat Zuhur.

“ Alhamdulillah.”

Dia menarik nafas lega dan mengucap syukur sebaik sahaja selesai menunaikan solat Zuhur. Akhirnya, dia melangkah keluar daripada masjid dengan langkah yang tenang.

“ Bro.”

Teguran itu mematikan langkahnya. Kini, dia berada di tangga masjid. Kepalanya ditoleh ke belakang. Ternyata Irfan.

“ Dah? Jom. Kita kena balik ke pejabat ni.”

“ Okay.”

Sebaik sahaja dia melangkah, tiba-tiba ada seorang perempuan lalu di depannya. Matanya terus tertarik pada perempuan tersebut sebaik sahaja perempuan itu terpandang ke arahnya. Kedua-duanya membalas senyuman sebelum perempuan itu kembali melangkah.

Safiy yang melihat perempuan tadi berlalu terus berdebar-debar tanpa sebab. Tapi, selepas beristighfar dia terus kembali tenang.

“ Aku pergi tandas jap. Kau tunggu aku dekat kereta.”

Irfan terus berlalu meninggalkan Safiy yang terpinga-pinga tu.

“ Sekarang juga nak bocor pun. Tadi sebelum solat bukan nak bocor siap-siap. Irfan..Irfan.”

Akhirnya, dia kembali melangkah keluar daripada masjid. Tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu saat dia lalu di kawasan taman masjid.

“ Eh! Dompet. Mesti dompet perempuan tadi.”

Tanpa berlengah, dia terus berlari untuk mengejar perempuan tadi. Tapi hampa, kelibat perempuan tadi tidak kelihatan di mana-mana. Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Matanya masih meliar di kawasan masjid. Akhirnya, dia ternampak sebuah kereta kancil baru keluar daripada perkarangan masjid.

“ Ah! Tu mesti dia. aku kena cepat!”

Cepat-cepat dia berlalu ke kereta. Mujur juga Irfan dah berada dalam kereta.

“ Bro. cepat kejar kereta kancil tu. cepat!” Arah Safiy sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Irfan yang terpinga-pinga itu hanya menurut tanpa sebarang bantahan.

“ Kenapa dengan kereta tu?” Soal Irfan sebaik sahaja berjaya kesan kelibat kereta kancil tersebut.

“ Aku nak bagi dompet ni. aku rasa dia tak perasan yang dompet dia terjatuh.”

Pedal minyak ditekan supaya dapat mengejar kereta kancil tadi dengan lebih dekat. Hampir 5 minit mengejar, akhirnya Irfan berjaya juga menyekat kereta tersebut dengan berhenti betul-betul di hadapannya.

Safiy pun tanpa berlengah, pantas keluar dan menuju ke kereta Kancil tersebut. Tingkap kereta diketuk.

“ Cik. Buka kejap tingkap ni.” Arah Safiy dengan sopan.

Apabila tingkap kereta diturunkan, terus perempuan tadi menghamburkan perasaan geramnya.

“ Kenapa yang sesuka hati berhenti macam tu ha? Ingat tengah lumba ke? Tak tahu ke bahaya? Kalau kemalangan macam mana? Bahaya tau tak? Haih!”

Safiy tersenyum kecil. Sabar.

“ Tak. Saya Cuma nak berikan dompet ni je. Dompet awak kan?” Jelas Safiy dengan senyuman. Dalam hati tu rasa geram jugalah. Tapi sabar je la.

Perempuan itu terus terkedu. Dompet itu diambil dengan perasaan bersalah.

“ Erk. Terima kasih.”

Sebaik sahaja mendengar ucapan perempuan itu, Safiy pun terus berlalu ke kereta. Alhamdulillah. Selesai masalah. Tapi kena hambur juga. Nasib badan.

**
Mulutnya diketap. Sesekali dia mengetuk meja dengan pen. Penat, dia toleh pula ke arah luar tingkap. Akhirnya, keluhan terlepas daripada mulut dia.

“ ya Allah. Aku rasa bersalah sangat marah dia hari tu. Tapi, aku tak sengaja.”

Kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan. Perasaan bersalah semakin menyelubungi dirinya. Agaknya, bila lagi aku boleh berjumpa dengan dia?

“ Qisya?”

Teguran itu menyentakkan lamunan Qisya.

“ Beb.”

Qisya hanya mampu memberikan senyuman kepada rakan sepejabatnya itu.

“ Kau kenapa? Daripada tadi aku nampak kau serba tak kena je.”