BAB 1

Enjin kereta dimatikan. Dikuaknya pintu rumah ibu bapanya lalu dihempasnya beg bimbit ke sofa. Dia membuka butang bajunya.Dia rasa letih sekali hari ini.Hanya katil sahaja bermain di mindanya sekarang ini.

“Assalamualaikum’

Dia mula pelik.Malam masih awal tetapi rumah itu sudah gelap.Tidak ada satu lampu pun yang menyinari rumah teres dua tingkat itu.

“Diorang keluar kot’,bisik hati Fazlan.

Fazlan pun merebahkan dirinya di atas sofa empuk kegemarannya itu.Baru sahaja dia mahu melelapkan mata seketika,

“HAPPY BIRTHDAY TO YOU,HAPPY BIRTHDAY TO YOU,HAPPY BIRTHDAY TO PAK SU,HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!YEAYYYYYYYY!!!!!!!’

Terus segar mata Fazlan takkala mendengar nyanyian lagu hari jadi untuknya itu.Dia tersenyum takkala melihat keluarganya itu begitu bersemangat menyanyikan lagu hari lahir untuknya.

“Thanks semua’

‘Macam tak happy je anak umi ni…Penat tau mak dengan anak-anak buah kamu ni buat kek kamu ni’,kata Hajah Rasimah sambil memandang cucu-cucunya.

Fazlan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia mengeluh lemah.

“Mana ada tak happy…Fazlan happy la umi…Cuma Fazlan penat sikit hari ni…Terima kasih ya semua buat suprise untuk pak su…Meh peluk pak su meh’,kata Fazlan yang seakan lemah tetapi masih cuba sedaya upanya untuk ceria dan tidak menghampakan anak-anak buahnya itu.

“Sama-sama pak su!’,kata Hana, Ikmal,Didi, Qayyum,Rara dan Lana serentak lalu memeluk pak cik kesayangan mereka erat.

Hajah Rasimah dan Haji Kazim tersenyum melihat gelagat-gelagat cucu mereka yang sedang bermanja dengan bapa saudara mereka itu.Rasa seronok pula mereka rasa takkala melihat kaletah cucu-cucu mereka yang manja itu.

Solehah pandang sahaja e-mail yang baru diterimanya itu.Kusut sekali dia rasa takkala memikirkan tentang hal itu.

“Nak pergi ke tak ya…’,bisik hati kecil Solehah.

Solehah memejamkan matanya yang bulat itu serapat-rapatnya.Macam-macam perkara buruk bermain di fikirannya sekarang ini.Pasti mesti ramai kawan-kawannya akan mengejeknya kerana masih belum berkahwin walaupun umur hampir 26 tahun.Bukan itu sahaja,mesti ramai kawan-ramai kawannya akan mengejeknya kerana menjadi guru dan bukannya doktor.HUWAAAAAAAAAAA

“Cikgu Solehahhhhhhh’

Solehah tersedar dari lamunan takkala mendengar jeritan itu.Cepat-cepat dia memandang ke arah kanannya itu.

“Ya saya…Tak bagi salam dekat cikgu pun yaaa’,kata Solehah sambil tersenyum sehingga menampakkan gigi besinya.

‘Kami dah bagi salam dah tadi…Cikgu yang tak dengar’

“Iyaa ke?Cuba bagi salam lagi sekali’

‘Assalamualaikum Cikgu Solehah’

‘Hehehe waalaikumsalam…Ada apa Hana dan Nur cari cikgu ni?’

‘Cikgu lupa ya sekarang waktu cikgu masuk kelas 6 Setia?’

‘Ya Allah…Nasib baik kamu dua ingatkan cikgu…Tak sia-sia cikgu lantik jadi kamu berdua jadi ketua dan penolong..Hehehe..Tolong cikgu angkat barang boleh?’

‘Boleh cikgu!’

Solehah tersenyum.Dia cepat-cepat menutup komputer ribanya.Dia mahu lupakan tentang perkara itu seketika.Dia takut dia tidak boleh fokus mengajar nanti.

“Ya Allah…Tolonglah hambamu ini…’,bisik hati kecil Solehah.

“Kringggggggg’

Kantik SK Taman Matahari itu mula dipenuhi pelajar-pelajar kerana sekarang ini waktu rehat untuk mereka.Tidak cukup tangan pengusaha kantin itu dibuatnya melayan karenah pelajar-pelajar sekolah itu.

“Wei Ikmal..Kenapa kau diam je ni?Tak sedap ke nasi goreng tu?’kata Izzat kepada budak lelaki yang memakai baju sukan berwarna merah itu.

“Sedaplah…Aku cuma buntu ni’

‘Buntu?’

‘Ya la…Aku tak tahu nak belikan hadiah apa untuk pak su aku…Hari jadi dia semalam..’

‘Laaa…Kau belikan la dia pen..Dia kan jurutera..’

Ikmal hanya diam sahaja.Dia tidak pasti sama ada pilihan yang tepat atau tidak dia membeli pen itu untuk bapa saudaranya.

“Hai Ikmal’

Ikmal mengeluh lemah.Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia terus berlalu pergi meninggalkan kawan baiknya,Izzat di situ.

“Eh Ikmal nak pergi mana tu?’

‘Ish kau ni Qistina..Suka sangat kacau Ikmal’,kata Izzat sebelum berlari mengejar Ikmal yang sedang berjalan menuju ke taman bunga itu.