Bab 1

"Irah..."
"Kenapa Liyana..?" tanya Nadhirah.
"Ni tadi kau tertinggal buku latihan kat kelas.." kata Liyana dan menghulurkan buku latihan kepada Nadhirah.
"Thanks..nasib baik kau ambilkan..aku tadi nak cepat.." kata Nadhirah.

Di rumah...

"Sampai bila kau nak susahkan aku ni..." marah Mak Sue.
Suaminya Pak Azi sekadar terbaring diatas lantai.Tidak mampu bergerak.
Nadhirah yang baru tiba dirumah berlari masuk kedalam rumah apabila terdengar ibunya menjerit.
"Ya Allah...abah.." Nadhirah segera mendapatkan abahnya.
"Kenapa ni ibu..?"
"Dah lah..malas aku nak cakap..kau tanya orang tua ni sendiri...satu hari tak menyusahkan aku tak boleh ke..." Mak Sue berlalu kedapur.

"Abah..kalau abah nak makan ubat tunggu Irah balik...Irah boleh ambilkan air..tak adalah ibu marah sampai macam ni.." kata Nadirah dan menyerahkan ubat satu persatu kepada Pak Azi.
"Maafkan abah kalau abah dah susahkan kamu.." Pak Azi rasa bersalah.
"Mana ada abah susahkan Irah.."
Nadhirah menyerahkan segelas air kosong kepada abahnya.

"Assalammualaikum..."
"Waalaikumsalam..." Nadhirah berjalan kearah pintu.
"Oh..Wadah..masuklah.." pelawa Nadhirah.
"Tak apa..aku nak cepat..ni mak aku ada bagi sup ayam untuk kau dengan abah kau makan.."
"Terima kasih...kau dengan mak kau banyak tolong aku.."
"Tak ada hal lah...kau tahu aku tak berapa suka dengan mak tiri kau tu..sorrylah kau terasa.." kata Wadah.
"Tak apa aku tak kisah.."
"Aku pergi dululah..mak aku suruh beli tepung katanya nak buat lempeng..nanti aku bagi kau sikit.."
"Tak apalah..segan aku.."
"Buat apa nak segan..nanti aku hantar..aku pergi dulu..assalammualaikum..." kata Wadah dan terus beredar.

"Siapa..?" tanya Pak Azi.
"Wadah..ni dia bagi sup ayam.."
"Alhamdulillah..."
"Irah pergi dapur dulu.." Pak Azi menganggukkan kepalanya.

...

"Najmie..." panggil Cik Kiah.
"Hermm..." Najmie duduk di meja makan setelah meletakkan kot dan beg sebelah kerusi yang kosong.
Cik Kiah menuang teh ke dalam cawan.
Seperti biasa sarapan seorang diri setiap pagi.
"Najmie balik pukul berapa..?"
"Malam rasanya..kenapa..?" tanya Najmie semula.
"Tak adalah..kalau kamu balik awal Cik Kiah boleh masakkan makan malam..." kata Cik Kiah.
"Tak apalah...hari ni saya makan kat luar je.." kata Najmie dan menghirup teh yang suam itu.
"Saya pergi dululah.."
"Tak nak jamah sikit ke..?"
"Tak apalah..saya dah lambat.." Najmie mengambil kot dan beg yang diletakkan dikerusi tadi lalu meluru keluar dari rumah.
"Ya lah..."

...

"Morning boss..." kata beberapa orang pekerja.
Najmie membalas dengan muka yang dingin.Tiada sedikit pun senyuman diwajahnya malah terus masuk kedalam pejabatnya.

Pintu diketuk.
"Najmie..." Hazim masuk ke ruangan sahabat baiknya itu.
"Apa..?"
"Amboi...dinginnya kau hari ni..cuba senyum sikit..tak adalah staff fikir kau ni macam nak marah je hari hari..."
Najmie tiada memberi sebarang reaksi hanya keluhan yang kedengaran.
"Kenapa tetiba datang sini..?"
"Oh..nasib baik kau tanya...ni malam ni kau jangan lupa appointment dengan Mr. Kim Namjoon pasal projek hotel.."
"Hermm..."
"Hermm..hermm..tak ada perkataan lain ke yang keluar dari mulut kau.."
"Ada lagi kau nak cakap..?" tanya Najmie.
"Tak ada..aku keluar dulu..ingat malam ni..jangan lupa pulak.." Hazim mengingatkan Najmie lagi.
"Ya.."

...

"Assalammualaikum..." Najmie melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumsalam..haih Najmie awal kamu balik.."
"Sekejap je..Cik Kiah ada masak tak..?" tanya Najmie.
"Cik Kiah baru lepas masak..masuklah dulu nanti Cik Kiah hidangkan..."

Najmie makan perlahan..tanpa sebarang bunyi.
"Tadi Irfan telefon..."
Kunyahan dimulut terhenti.
"Dia nak apa..?"
"Dia nak duit..katanya dalam 10 ribu.."
"Dia nak buat apa duit banyak macam tu..?" muka Najmie berkerut.
"Entah lah.." Cik Kiah kurang pasti.
"Nanti lah..Najmie bank-in kan.." Cik Kiah berlalu kedapur.

"Cik Kiah saya keluar dulu.."
"Nak pergi dah ke..?" Cik Kiah berlari anak ke arah Najmie yang sedang memakai kasut.
"Ya..dah lambat ni..saya pergi dulu.." tangan Cik Kiah disalam.
"Ya lah..bawak kereta tu hati hati.." pesan Cik Kiah.
Najmie hanya tersenyum.

...

"Ermm ibu.." panggil Nadhirah di hadapan pintu bilik Mak Sue.
"Apa..?" tanya Mak Sue kasar.
"Ibu..Irah nak duit sikit..nak beli buku.." minta Nadhirah.
"Kau ni tak habis habis minta duit..kau ingat aku ni banyak duit ke..?" marah Mak Sue.
"Tak ada tak apalah.." Nadhirah segera beredar.
"Duit..duit..aku penat kerja senang senang je dia minta duit..dia ingat duit jatuh dari langit agaknya.." omel Mak Sue sendiri.

"Kamu nak pakai duit ke..?" tanya Pak Azi.
"Nak beli buku je..tapi kalau tak beli pun tak apa.." kata Nadhirah sambil menuangkan air kedalam gelas.
Tangan kanan Pak Azi menyeluk dibawah bantal.
Sekeping wang 50 dihulur kepada Nadhirah.
"Nah..ambil duit ni buat beli buku.."
"Tak apalah abah..buku tu tak penting..duit ni abah simpan..nanti nak beli ubat senang..lagipun Irah boleh cari duit sendiri..." tolak Nadhirah.
"Tak apa..ambil duit ni.."
"Betul ke ni abah..nanti duit nak beli ubat macam mana..?" tanya Nadhirah.
"Duit pencen ada lagi..jangan risau..ambil duit ni beli buku tu..kamu nak belajar kan.." kata Pak Azi.
Dengan rasa berat hati Nadhirah mengambil wang itu dari tangan abahnya yang tua.
"Terima kasih abah.."

Di kolej..

"Dah beli buku rujukan tu..?" tanya Liyana.
"Dah..baru tadi beli.." kata Nadhirah.
"Baguslah..senang sikit kau nak belajar untuk jawab exam nanti..lagipun exam ni penting.." kata Liyana.
"Ya tu aku tahu..ermm Yana.."
"Apa..?"
"Kau kerja ke..?"
"Kerja..kalau aku tak kerja macam mana nak support pelajaran aku..gaji mak aku bukan besar sangat..kos adik adik belajar lagi..mana cukup..kenapa kau tanya..?"
"Tak ada apa apa..saja je tanya.."

"Aku kena cari kerja..tak akan nak harapkan duit pencen abah je.." Nadhirah fikir sendiri.