BAB 1

*Biar bahteranya terumbang-ambing dilambung ombak, biar tidak tahu hala kemudinya, namun sekali dia telah melafazkan akad, tetap hingga ke akhir di nakhodanya.*

SAMSUNG S III miliknya menjerit minta di angkat. Terkocoh-kocoh Adella membuka tas tangannya sambil kakinya memakai kasut.

“Lamanya. Kau kat mana ni?”

Marah suara di hujung sana. Belum sempat dia mengeluarkan suara sudah di sergah. Adella tahu dia sudah lambat untuk ke majlis akad nikah sahabat baiknya itu hari ini. Salah dia juga, tidur lewat gara-gara kena siapkan proposal syarikat. Alih-alih hari ini bangun lewat.

“Aku on the way ni. Sabar okay cik kak? Tak baik tau pengantin marah-marah. Hilang seri!”

Gurau Adella mengambil hati Tiara.

“Gila aku tak marah dengan perangai kau yang tak pernah on-time tu.”

Sempat lagi Tiara memaki kawannya itu. Adella hanya mengukir senyum mendengar bebelan kawannya itu.

Setelah habis berbual talian di mati. Alamak! Bila dia hendak startkan kereta, tiba-tiba pula enjin tak berstart. Bila di teliti rupanya keretanya pancit.

“Adoi, macam-macam hal pulak pagi ni.”

Gomel Adella. Tiba-tiba Samsung SIII miliknya menjerit lagi.

“Hello, aku masih kat rumahlah.”

“Kereta aku ni tiba-tiba pancit. Entah bila pulak pancit. Semalam okay je.”

Luah Adella dengan seseorang di hujung sana.

“Serious kau nak jemput aku? Nanti tak lambat pulak kau nak bawak Razin. Dia tu pengantin.”

“Okaylah. Aku tunggu!”

Adella melepaskan nafas lega. Nasib baiklah Aidil menghubunginya. Kaki di hayun melangkah ke dalam rumah semula. Sementara menunggu Aidil yang memandu kereta pengantin menjemputnya.

Baru saja hendak melangkah, tiba-tiba mulutnya di cekup! Adella hendak menjerit namun cekupan itu terlalu kuat hingga menyebabkan dia sudah tidak mampu bernafas lagi. Pengsan!