BAB 1

“Kalau ini yang tertulis, nak buat macam mana. Aku pasrah.” Tercengang Nad mendengar.

“Takkanlah, ehhh, kau biar betul?”Aku sudah bengang.

“Meh sini kau hadap muka aku sekarang ni, ada macam muka orang yang nak main-main ke? Hello? Aku takde masa nak buat semua tu.”Tarik nafas panjang.

“Laa..Hari tu bukan main berkobar-kobar lagi aku tengok.Secepat ni kau mengalah?”Nad geleng kepala.Aku angkat bahu.Cepat ke aku mengalah?

“Entahlah Nad..Tapi aku rasa aku dah,penat..”Badan aku rebahkan ke katil bujang Nad.Kaki berjuntai ke bawah.

“Weh..Kau dah tak sayangkan dia ke?”

“Gila tak sayang.”Laju saja aku jawap. Iyalah..Siapa tak sayang buah hati pengarang jantung walaupun dia selalu bagi aku sakit hati!

“Habis tu..Fikirlah masak-masak weh..Karang menangis tak berlagu karang..”Lama aku diam.

“Nak nangis pun aku dah tak larat ni..”

“Arissa..”Nad rebahkan badan di sisi ku.