Part 1.

" Kak Jas, excited tak nak kahwin? " soal Yasmin.

Tangannya sibuk menghias dulang hantaran untuk kakaknya.

" Boleh lah " jawab Jasmin acuh tak acuh.

" Macam tak suka jer. Kak Jas gaduh dengan abang Rayyan ke? " .

" Eh tak adalah. Mana ada. Kita orang okay jer. Ni Yas bila pulak nak kahwin? " .

Yasmin ketawa kecil.

" Yas muda lagi lah kak. Kalau ada jodoh nanti, ada lah " .

" Akak selalu doakan semoga Yas jumpa lelaki yang baik dan boleh jaga Yas " rambut Yasmin diusap perlahan.

" Thank you kak. Yas tak sabar nak tengok akak kat atas pelamin nanti. Mesti cantik kan " .

Jasmin hanya tersenyum hambar. Dia sendiri masih bingung sama ada mahu meneruskan perkahwinannya dengan Rayyan atau tidak. Dia mendapat tawaran menjadi model di US. Peluang itu bukannya selalu dia dapat. Tapi dalam masa yang sama tarikh tawaran itu bertindih dengan tarikh pernikahannya.

Itu yang membuatkan Jasmin semakin keliru. Dia yakin jika dia menukar tarikh itu, kedua-dua belah pihak tidak akan setuju. Kerana sudah 3 kali pernikahannya tertangguh gara-gara dia menukar tarikh.

Dia bukannya tidak mahu berkahwin dengan Rayyan tetapi dia sayangkan kerjanya sebagai model.

" Yas, esoklah sambung lagi. Akak nak masuk tidur. Penatlah " .

" Takpa akak tidur lah dulu. Biar Yas siapkan. Lagi sikit jer ni " .

Jasmin mengangguk perlahan. Dia terus bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik.

" Yas, kenapa tak tidur lagi ni? " soal Puan Zahrah.

Yasmin mengurut dadanya kerana terkejut. Tiba-tiba sahaja ibunya muncul.

" Ibu ni, terkejut Yas tau " .

" Kak Jas mana? " Puan Zahrah melabuhkan punggungnya di sebelah Yasmin.

" Kak Jas dah masuk tidur. Katanya dia penat " jawab Yasmin.

" Yas pulak kenapa tak nak tidur lagi? Rajinnya siapkan hantaran kak Jas ni. Bakal pengantin sendiri acuh tak acuh jer " .

Yasmin ketawa kecil.

" Yas tak mengantuk lagi ibu. Lagipun esok kan hari minggu, bukannya Yas kerja pun " .

" Ibu harap kali ini jadilah majlis perkahwinan kak Jas kamu. Dah banyak kali tangguh. Sampai ibu ni malu dengan keluarga abang Rayyan tu " .

" Insya Allah ibu. Kita doakan yang baik-baik jer untuk kak Jas ya " .

" Ibu harap macam tu lah. Ibu bukan apa, benda baik macam ni eloklah disegerakan. Abang Rayyan tu dah penat menunggu Kak Jas " .

" Abang Rayyan kan sayang dengan Kak Jas. Mestilah dia sanggup tunggu Kak Jas. Ibu jangan risau lah ea " pujuk Yasmin.