BAB 5

Dahi Insyirah dikucup lama. Kemudian beralih kepada kedua-dua kelopak mata dan hidung.

Tangan Insyirah di dada si suami, ingin menolak kuat, tapi dia tidak mampu. Ini suaminya. Meskipun Insyirah malu, tapi dia sedar statusnya. Seorang isteri. Sentuhan yang dikira sebagai ibadah, yang Allah redha, tak kan mahu menghalang?

“Aw… Awak…” Insyirah mahu si suami berhenti seketika. Memberi nafas sebentar untuk dirinya. Selagi si suami dalam keadaan itu, Insyirah sesak nafas. Sedikit kuat tolakan pada dada si suami.

“Yang ini berehat seketika, ya” ibu jari suaminya bermain-main di bibir merah bak delima milik si zaujah, Insyirah.

Tangan Insyirah memegang pergelangan tangan si suami yang nakal. Benar-benar menyuruh suaminya berhenti.

“Solat dulu, jom?” si suami mengajak.

Insyirah mengangguk. Solat Isya’ dan solat sunat pengantin secara berjamaah, romantisnya! Selepas solat, si suami berdoa sesuatu sambil mengusap ubun-ubun si isteri.

Insyirah sempat mandi sebelum berwudhuk tadi. Segar rasanya. Tapi, saat ini rasa berat pula. Terasa lebih selesa dalam keadaan bertelekung ini. Kenapa ya?

“Tidur dengan telekung ya?” si suami bertanya, mahu mengusik.

“Hmmm!” Insyirah mengangguk pantas. Malunya…

Usai mandi tadi, Insyirah menjenguk suaminya di balik pintu bilik air. Dia dalam kesusahan ini. Insyirah tidak membawa sepasang pun pakaian lantaran majlis mengejutnya ini. Hanya berkemban dengan tuala yang singkat. Tak kan mahu keluar begini? Nak solat lagi.

Insyirah keluar dengan memakai jubah tadi. Jubah yang sesungguhnya tidak selesa untuk dijadikan pakaian tidur. Tidak mengapa, yang penting solat dulu!

Sebelum solat, si suami menyuakan sehelai kemeja berbutang. Insyirah pandang pelik.

“Pakai ni, mesti tak selesa kan tidur nanti kalau berjubah begini?”

Kemeja semata-mata?

Insyirah menggeleng. Hendak pakai yang itu? Semata-mata yang itu? Oh tidak! Tidak pernah seumur hidupnya, memakai pakaian itu sahaja. Kalau ya pun, mesti ada kain atau seluar untuk dipadankan.

“Solat dulu, ya?” Insyirah berdalih. Si suami setuju. Alhamdulillah! Selamat untuk seketika.

Tapi sekarang, masanya sudah tiba. Hendak pakai atau tidak?

Pintu diketuk. Si gadis tadi muncul setelah si suami memberi keizinan untuk masuk.

“Cik, jubah tadi hendak dihantar ke laundary room sekarang. Sudah sampai waktunya” si gadis tersenyum.

Hah?! Laundary malam-malam begini? Hendak tidak hendak Insyirah memandang si suami meminta pengertian walaupun malu. Si suami hanya mengangkat bahu.

Oh, tidak!

Jubah diserahkan kepada si gadis melalui si suami oleh Insyirah yang masih di balik pintu bilik air. Si gadis meninggalkan pasangan pengantin baru itu.

Insyirah melurut-lurut kemeja itu. Panjanglah segera! Tidaklah Insyirah malu seperti ini menayangkan paha walaupun pada suami sendiri.

“Gorgeous. You’d arouse my desire…” kata si suami dengan senyuman nakal tersungging apabila Insyirah keluar daripada bilik air.