BAB 12

“Ouch!” Insyirah terjerit kecil. Jari kelengkengnya terasa sengal.

“What happened?” tenang Dayyan bertanya.

“Our little boy… He bites my little finger…”

“He’s like his abi, would bite you because you’re tasty enough” Dayyan ketawa.

“Your ummi is adorable, not tasty” Insyirah mengusap pipi anak kecilnya.

Dayyan memeluk Insyirah. Kepala ditongkatkan ke bahu Insyirah, sambil mata memandang anak lelakinya; Darwisy Faqih el-Hakeem dalam pangkuan.

“You’re right, honey.You’re adorable much. Geramnya abang, rasa macam nak peluk ketat-ketat. Tambahan pula sejak selepas melahirkan, rasa macam peluk teddy bear pula. Rasa nak gigit pun ada” Dayyan ketawa lagi.

Insyirah mencebik. Itu ayat twist daripada ‘sayang dah berisi sejak melahirkan ini’. Betul kan? Hmmm, bijaklah encik suami memutar belitkan ayat supaya kedengaran lebih sopan. Tahu-tahu sajalah, sejak dalam berpantang ini, Insyirah amat sensitif. Air matanya murah sekali. Sesekali tanpa sebab air matanya tumpah. Hendak dikatakan sakit, logiklah. Melalui peristiwa bersabung nyawa, siapa yang tidak sakit? Menempuhi salah satu daripada tiga kesakitan yang paling sakit di dunia; melahirkan anak, siapa yang tidak lelah?

Hendak dianggap terasa dengan Dayyan, rasa kurang tepat pula. Dayyan begitu menjaga Insyirah, dari awal pernikahan sehinggalah sekarang. Ditatangnya bagaikan minyak yang penuh, prihatin akan keperluan dan kehendak Insyirah. Jadi, kenapa ya?

Insyirah rindu akan arwah ibunya. Itu alas an yang paling bernas. Peristiwa melahirkan adalah peristiwa di mana Insyirah terpisah dengan ibunya di dunia. Perit. Namun Insyirah terima dan redha. Manusia tidak akan dapat hidup tenteram selagi dia tidak menerima qada’ dan qadar yang telah ditetapkan sejak azali ke atasnya.

Insyirah bersyukur dia berjaya menempuhi saat kritikal itu dengan izin Allah. Berkat amalan bacaan surah-surah terpilih dari Al-Quran, proses melahirkan dipermudahkan. Anaknya kini masih punya ibu, tidak seperti dirinya yang terpisah dari ibu selepas lima jam dia dilahirkan ke dunia. Alhamdulillah.

“Abang cakap Sya gemuk, ya?” Insyirah sebak, digenangi air mata. Dayyan pantas menggeleng.

“I said both of it; adorable and tasty…” bahu Insyirah diusap sayang. “… and getting more”