BAB 7

Senyuman Insyirah semakin hambar. “Not so convinced. I belive there is something hidden, that you’re not telling me the whole story. The truth please?”

Riak Dayyan gelisah. Kepala menggeleng sambil jari memicit dahi. Dayyan cuba melukis senyuman, tetap tawar di mata Insyirah.

Langkah untuk memujuk, manusia akan lebih mudah membongkarkan sesuatu perkara apabila dilembutkan dengan kata-kata yang halus. Perlu membuatkan seseorang itu percaya akan kita untuk dia berkongsi keresahannya. Psikologi dalaman. Insyirah suka. Hanya pada ketika dia yang menjadi si pemujuk, bukan apabila dia dipujuk untuk menceritakan hal yang merumitkan dirinya. Insyirah tidak suka berkongsi hal peribadinya dengan orang lain, kecuali dengan orang yang benar-benar diyakini, itu pun hanya sebahagian.

Insyirah bangun dari sofa, menapak ke arah Dayyan yang kelu lidahnya. Duduk di samping Dayyan. Menggunakan kuasa empati untuk memahami keadaan Dayyan. Namun, apakan daya, sepatah pun belum dirungkai oleh lisan si suami. Jemari runcing mengusap lengan Dayyan. Sentuhan boleh menyuakan rasa selesa. Mungkin lebih mudah bagi Dayyan untuk berkongsi rasa.

“Put your trust in me. I’ll comfort you better. You’re my husband after all, dare to deny it?” sebelah kening Insyirah terangkat.

Dayyan ketawa kecil. Sempat mengusiknya pula. “My charming lady, to tell you every single word is hard. But, it’s my pleasure to reveal the truth”

Tangan Dayyan digenggam erat, mahu Dayyan kuat untuk berterus terang. Insyirah mengangguk tanda sedia mendengar. Nafas ditarik, bersedia untuk sebarang berita.

“Bismillah” Dayyan turut menarik nafas panjang. “There is a dashing yet dazzling vampire. And he is the sole heir of his family. Wealthy but lonely”

“Okay. So?” Wajah Insyirah tiada riak untuk ketawa. Penerimaan yang bagus.

“The big issue is you; my lady who keep my adrenaline running, married to him. So that he is not lonely anymore…”

“Well, good new perhaps? Then?” Dayyan khuatir juga akan reaksi Insyirah apabila dikhabarkan sedemikian. Tapi, Insyirah kekal tenang?

“He needs heirs to continue his legacy; vampire’s legacy.That’s why he wants kids A.S.A.P. And he’d choose you; a lady from distinguished ancestry, to be the mother. Descendants from honoured family will be born. Possessed by his vampire’s blood and inherited the glory of yours. Is that clear enough?”

“Kalau legasi itu tidak diteruskan, apa kesannya?”

“Then, it will be checkmate. The end of our long genealogy. Fullstop. The legacy will be forgotten. Everyone will live happily ever after…” Ayat terakhir itu seakan menyindir.

“… except me. Full of regret and despair. For not prolonging the legacy. Obviously means no junior vampire, which goes to no kids of us. How misery it will be!” Nada sedih oleh Dayyan berjaya mencuri tumpuan sekeping hati.

“You want my kids to be like you? Vampire?!”

“Our kids” Dayyan menegaskan. “What can I do? I’m a vampire after all. I was born as I am now” Dayyan kemudian tersengih. “So we’re gonna have kids? Many?”

“Ya Allah, peliknya semua ni” Insyirah mengurut leher. “Awak hisap darah macam dalam TV?”

“A vampire should do that, right?” Dayyan ketawa besar.

“Seriously?” Insyirah risau.

Dalam sisa tawa, Dayyan menjawab. “I’m a muslim. I won’t do that rubbish”

Insyirah bingung. Vampire apanya kalau tidak hisap darah?

“Elaborate”

“I’m still a vampire although I didn’t suck blood. I act totally like them, except the blood part. Satisfied?” Dayyan menyisir rambutnya dengan jari.