BAB 10

“Awak, tolong” tangan dihulur kepada Dayyan, meminta si suami membantunya berdiri.

Tangan Insyirah tidak bersambut. Sebaliknya tubuh si isteri dicempung ke luar bilik. Menuruni anak tangga yang banyak, menuju ke meja makan untuk sarapan.

Si gadis semalam tersipu-sipu malu. Merona merah pipinya. Jangan dianggap yang bukan-bukan sudah.

“Romantisnya!” bisik si gadis.

Insyirah menggigit bibir. Senyum sahaja pada si gadis.

“Hebat sangat tuan awak ini, sampai tak boleh berjalan cik puan awak” selamba Dayyan memuji diri. Insyirah faham maksud Dayyan, terlalu hebat mendenda dirinya! Itu yang sehingga tidak dapat berjalan dengan baik. Tapi bagi orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita, lain pula yang dianggapnya nanti.

Biarlah. Tak kan mahu cerita hal sebenar yang berlaku di bilik semalam. Mahu bercerita tentang main lompat-lompat tali itu? Oh, tak usahlah. Baik diam sahaja.

Jubah ala-ala puteri menjadi hijab untuk Insyirah. Comel, Insyirah suka. Warna biru pula itu, warna kegemarannya.

Selepas sarapan, Insyirah mengajak Dayyan keluar. Mahu menikmati kesegaran pagi.

“A vampire afraid of sun. The sunlight will burn his skin. I don’t want to”

Dengan pujukan Insyirah, Dayyan bersetuju untuk keluar menunggang kuda. Dengan syarat; wajib balik sebelum pukul 9 pagi. Terik mentari membuatkan Dayyan tidak selesa.

Insyirah bersandar pada dada Dayyan yang memegang tali kuda. Menunggang di kawasan hutan yang redup, kesegaran oleh pohon hijau dan haruman dari tubuh Dayyan mendamaikan Insyirah.

Pinggang Insyirah dirangkul kemas. Lebih-lebih lagi apabila posisi Insyirah yang tidak dapat duduk dalam posisi yang selamat kerana jubahnya yang menghalang. Kedua-dua kakinya menghadap satu arah sahaja.

Menyusuri denai di celah-celah pohon Alpine yang tumbuh tinggi, menunggang bersama sang putera, dihiburkan dengan suara hutan yang harmoni; terasa seperti cerita dongeng pula. Subhanallah, siapa yang dapat menandingi seni Pencipta?

Insyirah mendongak mencari wajah si suami. Tangan diletakkan di atas tangan Dayyan yang berada di pinggangnya, menghayati kemanisan sementara yang dianugerahkan. Alangkah indahnya.

“Don’t stare at me with your seducing eyes. Or I’ll ask you to make it now. Wanna to?” tanpa memandang wajah Insyirah, laju Dayyan berkata.

Insyirah mengecilkan matanya, mahu melihat reaksi Dayyan lagi. Pandang dengan pandangan biasa dikatakan menggoda? Kalau kecilkan mata begini, menggoda lagi kah?

Dayyan mencium Insyirah pantas. Namun, ciumannya dihalang dari terkena kulit Insyirah oleh niqab yang menabiri.

“Tak best lah kiss kain…” Dayyan sedikit kecewa.

Insyirah senyum kemenangan. Walaupun bukan menang besar, tetapi suka apabila melihat Dayyan menarik wajah sebegitu. Insyirah ketawa kecil, masih kedengaran di telinga Dayyan. Suaminya itu mendengus kuat.

Tidak semena-mena niqabnya diselak, dan ciuman sekali lagi dilayangkan. Kali ini mengena sasaran! Dayyan tersengih suka. Insyirah pula memuncung. Baru hendak merasa kemenangan, malangnya telah dirampas dalam masa beberapa saat. Aduh, sedihnya…

“I’ll always get it from you, playful adorable cat”

“Whatever!” Insyirah bangun dari bersandar pada Dayyan, tetapi dihalang.

“Be close to me” arahan dari seorang suami.

Insyirah malas hendak memanjangkan bicara, lebih seronok menjamu mata. Matahari hampir meninggi, Dayyan mempercepatkan langkah kuda yang ditunggang.