BAB 8

Jam menunjukkan angka 11.45 malam. Bila hendak tidur ini? Sudah terungkai atau belum persoalan yang berpintal di minda Insyirah? Langkah pertama untuk misi besar belum dimulakan lagi. Means the project will be delayed for some more times. Dayyan couldn’t wait much longer. Just skip the ‘step by step’ thing and let fly!

Melihat Dayyan yang seperti acuh tidak acuh melayannya, Insyirah mahu menamatkan sesi soal jawab. Mata pun terasa berat, ditambah lagi dengan yang berlaku malam ini. So exhausted!

“Tidur ya?” Insyirah tidak peduli untuk berkongsi katil atau apa. Dirinya kepenatan, hanya bantal fokusnya. Mengesot kepada bantal empuk di kepala katil. Hampir sampai, hampir menjatuhkan kepala pada bantal, namun terasa sesuatu yang menghalang. Tangannya tegang, seperti ditarik berlawanan arah.

Oh, terlupa pada genggaman tangan Dayyan. Tadi Insyirah yang beria menggenggam tangan Dayyan, menyalurkan kekuatan kononnya. Jemari diluruskan, ingin melepaskan genggaman. Tapi masih terikat, kenapa pula ini?

Mata dipaksa untuk mencelik. Tangan encik suami pula yang menggenggam. Insyirah bangun dan duduk di atas kakinya yang terlipat ke bawah. Orang nak tidur, mengantuk sangat ini, kompromi lah ya? Insyirah memberikan senyuman tidak ikhlas, menghantar isyarat melalui mata.

Belum sempat Insyirah berkata apa-apa, tangannya ditarik kuat. Menyebabkan Insyirah terkehadapan. Disambut oleh tubuh yang lebih tinggi. Pinggang Insyirah dirangkul supaya kembali stabil.Terkejut. Mata dicelikkan luas.

Dayyan dengan senyuman nakal dipandang penuh aura kaget. Kenapa ini? Mata Insyirah menikam mata coklat di hadapannya dengan tubuh yang kaku. Beberapa saat berlalu dan mereka masih statik.

Insyirah tersedar lalu mengalihkan pandangan. Mata menundukkan arah walaupun wajah masih menghadap si suami.

Dengan pantas, bahu Insyirah ditolak, dibaringkan ke katil. Sebelah tangan si suami masih menggenggam erat jemari Insyirah. Si suami semakin menunduk dengan mata yang redup. Pandangan Dayyan hanya satu, tempat yang merekah antara hidung dan dagunya. Bibir munggil Insyirah!

Tangan kiri Insyirah yang ingin menolak dada Dayyan disambar oleh tangan kanan si suami. Lantas dipasungkan ke katil. Kelu. Tergamam. Minda Insyirah kosong. Seperti kehilangan fungsi tiba-tiba. Mata Insyirah tetap memandang wajah Dayyan.

Disaat bibir bertaut, mata Insyirah masih terbuka luas. Lama-kelamaan, kelopak mata Insyirah semakin rapat. Dan tertutup akhirnya. Hanyut. Perasaan resah dan kepenatannya hanyut oleh buaian kasih sayang Dayyan yang hangat. Terbit rasa percaya dan rasa dilindungi pada ketika itu. Percaya pada si suami untuk melindunginya, menjaganya, mengasihinya.

“I would bite you, even I’m not a true vampire. You’d caught my eyes and desire, naughty wife. You must be punish. Dare to face my punishment?” suara yang berbisik lembut menyentuh gegendang telinga, terasa geli pula. Insyirah menggeselkan telinganya pada katil, kedua-dua tangan tidak dapat berfungsi buat masa ini. Insyirah ketawa kegelian.Tubuhnya bergerak-gerak, bergesel dengan tubuh si suami yang terlalu dekat.

“Are you flirting me?” geselan lembut oleh Insyirah yang tidak disengajakan menaikkan kemahuannya.

“Hah?!” Insyirah sambung ketawa. Tidak percaya begitu hebat kuasa sentuhan. Mampu membuatkan seorang lelaki melonjak keinginannya. What a great fact! Suaminya sudah salah faham.

“Don’t mess with me dear” Dayyan rasa tercabar dengan ketawa Insyirah, seperti mengejeknya. Kedua-dua belah tangan Insyirah dilepaskan. Bahu Insyirah pula ditekan pada katil. Geli. Sentuhan oleh suaminya terasa menggeletek. Kaki menendang-nendang ke udara sambil badan berpusing ke kiri kanan katil. Tangan menggosok-gosok lengan Dayyan yang menekan bahunya. Menyuruh Dayyan berhenti berbuat demikian. Tetapi tidak terluah oleh bibir dek ketawa tidak henti Insyirah yang kegelian.

“You’ll see how mad I can be” mata menusuk anak mata Insyirah yang semakin galak ketawa. Dengan bahu yang terdedah oleh kolar baju yang luas, mungkin kerana tidak dibutangkan pada awalnya, semakin menipiskan kewarasan minda. Rambut mengurai Insyirah yang terhampar menyesakkan nafasnya. Leher yang jinjang… Dayyan tenggelam dalam nafsunya.