BAB 1

Matanya ligat memerhatikan lelaki yang berada di arah bertentangan mereka. Ditolehnya ke arah lelaki tersebut kemudian dia mengikut pandangan anak mata lelaki tersebut, sah! Memang lelaki tersebut sedang ligat menelek sahabatnya.

“Sarah, cuba kau tengok tu, lelaki tu dari tadi pandang kau. Entah-entah dia nak usha kau?” Huda memandang temannya sebelum menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di meja di hujung sana.

“Entah-entah dia tengok kau.” Sarah tersenyum. Dia tahu dia bukannya cantik. Dia sedar itu. Dia tidak secantik Huda. Tidak seperti Huda yang pandai bergaya. Dia? Cuma mengenakan bedak asas dan lip balm sahaja ketika keluar. Tiada gincu mahupun alat mekap dikenakannya.

“Assalamualaikum,” sapa suara seorang lelaki. Sarah memandang lelaki itu. Ah… lelaki tadi. Bilamasa entah lelaki itu berjalan ke sini dia tidak sedar. Sarah tidak menghiraukan lelaki itu. Dibiarkan sahaja Huda menjawab salam lelaki itu.

“Berdosa kalau tak jawab salam,” kedengaran lagi suara lelaki itu. Sarah menoleh kembali ke arah lelaki itu. Lelaki ni pehal? Kan Huda dah jawab salam. Pekak ke apa? Sarah merungut dalam hati.

“Kan dah jawab salam tu.” Sarah membalas dengan kasar. Lelaki itu tersenyum.

“Tapi bukan awak.” Lelaki itu bersuara lagi. Sarah mencebik. Menyampah. Cepat-cepat berambus tu tak.

“Ini kad saya. Ada nombor telefon saya dan nama saya.” Lelaki itu menghulurkan sekeping kad kepada Sarah. Sarah memandang kosong kad yang tertera nama “Hakimi” itu. Huda sedang tersenyum ke arahnya.

“So? Eh, kalau nak buat direct selling ke, nak buat promosi apa benda entah, kami tak berminat.” Sarah berkata dengan nada sinis. Huda menjeling ke arah Sarah.

Hi, boleh berkenalan?

“Tak lah. Saya nak usha awak ni.” Lelaki itu mengukirkan senyuman. Sarah mencebik.