Cerpens01

Hrmm.. Itu ajelah yang dapat bibir bekunya ini lepasakan. Nak cakap lebih-lebih tak mampu pula. Karang ayah dia mengamuk tahap Tahnos terbang baru berjemaah rasa diri tu bodoh. Ada baiknya dia diamkan mulutnya ini. Lebih baik daripada melawan.

Dato Kalid pandang wajah anak lelakinya itu. Direnung tajam sahaja. Kalau nak ikut hati, pasti dia cubit telinga anaknya itu.

Hyes, apalah nasib aku ni. Anak macam dia ni selalu sahaja membimbangkan hatinya. Baru sahaja nama dia clear untuk sebulan pasal isu gay itu. Tiba-tiba melonjak naik lagi benda yang sama. Nama Firash sekali lagi meletop kat warga Khalid Holdings. Katanya Firash kembali jadi gay semula!

Mana tak menyirap darah dia dengar akan khabar angin itu. Memang nak kena petir tujuh petala cinta dari dia budak Firash ni.

Firash buat muka I donno. Macam tak kesah dengan kata daddynya tadi. Apatah lagi bila daddynya dah mula bincang pasal pasangan ini.

Huh! Mood terus down. Tapi nak cakap depan-depan memang dia tak berani. Kena fire pula. Gila... gila... Jangan main gila dengan daddynya. Sekali silap kata, boleh dibuang keluarga Firash oleh daddynya sendiri.

“Firash, kamu memang dah hilang akal ke? Tak cukup lagi keperempuan kat dunia ni sampai kamu boleh songsang naluri?” Kata-kata Dato Kalid itu buatkan Firash terkejut.

What? Songsang naluri? Sejak bila pula dia songsang naluri ni? Apa pula kaitan dengan dia putus cinta dengan gadis escort yang dia upah jadi girlfriend dia dengan isu songsang?


“Apa yang daddy cakap ni?” Soal Firash tak faham.

Memang dia tak faham pun. Belum apa-apa, terus dikata songsang. Eh mummy lahirkan Firash tak songsang tau daddy. Jangan nak cakap Firash ni songsang pula.

“Kamu tu gay, kan?”

“What?!”

Lagi terkejut beruk Firash bila ayat lain yang keluar dari mulut daddynya. Kali ini lagi dashyat. Mahu terbeliak mata Firash mendengar kata-kata daddynya itu.

“Daddy. Tak baik tau fitnah orang. Lagi-lagi darah daging daddy sendiri. How could you!”

Sungguh Firash tak percaya, daddynya sendiri pun sudah termakan dengan gosip murahan itu.
Tak terfikir Firash kena tubuh daddynya sendiri seorang yang songsang naluri. Macam nak menangis aje Firash sekarang ini. Hinggakan daddynya juga anggap dia orang yang dah tersesat dari jalan yang diredai Allah. Sungguh kejam!

“Macam mana daddy tak percaya. Dengan khabar angin yang tersebar cepat lebih dari mulut Mami Jarum itu ingat telinga daddy ni boleh buat pekak kuali macam itu aje ke? Kamu cakap dengan daddy sekarang ni Rash, terus terang. Kamu gay ke?”

Suara Dato Kalid naik dari tadi. Kali ini kata-katanya sudah tegas semacam.

“Ya Allah no daddy!”

Firsah pun tak nak kalah. Wajahnya diraup dengan kedua belah tangan. Kusut otak dia dengar apa yang daddynya cakap.

Ingatkan nak cakap pasal gadis upahan itu, rupanya daddy dia cakap pasal terfitnahnya diri dia dari tuduhan yang entah apa-apa.

Benda mengarut yang dia tak akan buat. Sampai mati pun dia tak akan lakukan benda itu. Hatta orang hunus mata pedang di lehernya pun. Dia lebih sanggup mati dari jadi orang yang bersatuskan ‘gay’.

“Jadi macam mana khabar angin yang menyatakan kamu tu gay boleh muncul kalau bukan dari kamu sendiri Rash? Cakap dengan daddy?!”

“Nama pun khabar angin daddy. Belum tahu pun betul atau tidak dengan apa yang kita dengar itu. But the truth is, Rash tak gay. Titik! Noktah! Anak daddy ni tak gay!” Bentak Firash, kuat. Sampaikan boleh bergegar semua benda pegun dalam bilik itu.

Dato Khalid percaya tak percaya sahaja apa yang Firash kata. Separuh hati tuanya kata Firash betul bila mata dia bertentang dengan anak mata hazel anaknya itu, sebelah lagi cakap Firash boleh menipu dia. Mana satu yang patut Dato Khalid percaya?

“If you truly tell me the truth, prove it!”

Ya, tak ada cara lain yang boleh dia percaya cakap Firash bulat-bulat selagi tak ada bukti kukuh yang menyatakan Firash itu tidak gay.
Kalau staf dia kat Khalid Holdings tu boleh cakap anak dia ni dengan wajah gembira gelak tawa dengan geng kunyit itu, tak mustahil ianya tidak benar. Mana ada pokok yang bergoyang kalau tak ada angin, kan?

Selagi tak ada bukti, selagi itu Dato Khalid tak akan percaya cakap Firash. Anak tak anak, dia tak akan mudah terima semua ini. Sebab status gay yang melekat kat Firash itu, boleh jahanam maruah keluarga dia.

Dahlah asik kena kompare dengan musuh utama Syarikat Khalid Holdings. Mahu meletup telinga bila orang sana sindir-sindir dia tak pandai jaga anak. Ikut hati, nak aje tangan tua dia ni melekat kat mulut Dato Fuad itu. Nasib baik tahap kesabaran dia masih ada. Kalau tak, alharhumlah jawabnya.

Rasa tercabar betul Firash bila daddynya dah mula minta dia untuk bukti. Isy, ini yang dia pantang ini. Tak senang hati dia bila ada orang yang dah tak percaya cakap dia sedangakan dia cakap jujur.

Naik ego tinggi melangit lelakinya. Dengan wajah merah padam, Firash angguk setuju. Rahang mulut diketap tanda dia memang dah bengang gila.

“As you want daddy. I will!”

Dengan ayat itu, kaki galahnya terus dihala tinggi menuju ke arah pintu bilik daddynya. Rasa marah membuak-buak kat hati buat Firash nak lepaskan amarahnya itu sekarang juga. Lepas ni, memang dia akan cari mana-mana punch bag. Bagi lepaskan rasa marah dia ini.

Siapalah orang yang busuk hati sangat cakap dia ni gay. Fitnah dia tergolong dalam list-list lelaki yang tak boleh diterima pakai jadi suami.

Memang nak kena orang itu. Patut dia siat-siat mulut si tukang fitnah itu lalu bagi makan ikan pirana. Argh! Stresnya macam ni.