BAB 7

Dinah yang sudah selesai mandi dan menukar bajunya kepada baju biasa hanya menggeleng-gelengkan kepalanya bila melihat kedua-dua insan yang di sayanginya sedang sedap tidur. Dinah menghampiri Ayden, lalu membanguni anak kecil itu. Tidak susah dia membanguni Ayden kerana anak itu sudah cukup tidurnya.

"Bangunkan papa sayang." Dinah meletakkan Ayden di atas dada bidang Syed Akid. Berat badan Ayden yang menghempap di atas dada Syed Akid membuatkan lelaki itu sedikit tersentak namun belum ada tanda-tanda mahu bangun. Ayden mengacau wajah papanya dengan nakal terutama di bahagian lebam. Hairan kenapa wajah papanya ada warna biru-biru. Kawasan itu yang di picit-picitnya sehingga Syed Akid terjerit kesakitan.

Dinah sudah ketawa terkekek-kekek bila melihat Syed Akid begitu. Bila dia sedar anaknya di atas dadanya, di gomolnya anak itu dengan geram. Bukan main menjerit lagi Ayden bila tempat sensitifnya digeletek oleh papanya. "Okay sudah sudah."

"Ayden, nenek tunggu luar tu. Pergi bilik mama ya." Laju sahaja anak itu melompat turun ke bawah katil lalu berlari terkedek-kedek menuju ke tempat yang di arahkan. Dinah juga menurut dari belakang tetapi dihalang oleh Syed Akid.

Bukan main terkejut lagi Dinah bila pinggangnya di peluk dari belakang oleh suaminya itu. Dinah hanya berdiri statik. Syed Akid mengetatkan pelukannya sebelum dia mengunci pintu biliknya. Sesudah pintu terkunci, Syed Akid membalikkan badan isterinya untuk menghadapnya. Ewah, bukan main pucat lagi Puan Dinah ni ya. Ini baru kena peluk.

"Kita cakap pasal kita sekarang." Syed Akid sudah mengunci pelukan dipinggangnya dengan ketat. Ya Allah, sama sepisis dengan Ayden! Dengupan jantung sudah lari rentak bila Syed Akid dekat begini dengannya.

"Untuk apa?" Hatinya sudah tidak keruan bila Syed Akid menolak badan mereka ke dinding. Secara teknikal, memang Dinah sudah terperangkap.

"Untuk masa depan." Syed Akid tidak dapat menahan gelora yang mula timbul. Matanya nakal merenung seluruh wajah Dinah dan akhir sekali leher jinjang yang putih mulus kepunyaan isterinya itu.

Dahi isterinya dikucup lembut, kucupan berlari ke pipi Dinah, tidak lupa juga bibirnya yang seksi. Lama kucupan itu berkampung di situ. Bila Dinah membalas kucupan itu, pelukan Syed Akid semakin kemas, tangan Dinah pula merangkul leher Syed Akid. Bila Syed Akid ingin meletakkan bibirnya ke leher Dinah, dia mula sedar. Dengan kasar, Dinah menolak Syed Akid dengan kuat. Dia hampir terleka dengan belaian daripada Syed Akid!

"Please no Akid.

"Why?!"

"Sebab kau cintakan Anis! Aku tahu kau masih cintakan Anis." Dinah sudah menangis teresak-esak sehingga tubuhnya terlorot duduk ke atas lantai. Kedua lututnya di peluk, dagunya diletakkan di tengah-tengah tautan lututnya.

Syed Akid mengeluh. Dia juga turut duduk mencangkung di hadapan Dinah. Jari-jemarinya ingin menyapu air mata isterinya namun ditepis lembut. "Kau tahukan kisah aku dengan Anis macam-mana. Kenapa pula kau boleh fikir yang aku masih cintakan dia."

"Walaupun kau dengan Anis sudah bercerai Akid, tapi kau tidak akan mengahwininya kalau kau tidak mencintai dia Akid."

Syed Akid melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. Tanpa meminta izin, Syed Akid mencempung isterinya lalu membawa dia ke atas katil. Jeritan daripada isterinya tidak dilayan. Sesudah sampai, dia meletakkan Dinah ke atas katil dengan perlahan. Terkejut lagi dengan tindakan Syed Akid, Dinah hanya diam kaku.

Lelaki itu kelihatan hanya duduk berdepanan dengan Dinah. Tangan gadis itu dicapai lalu di usap perlahan. "Berkahwin dengan Anis mungkin adalah satu kesilapan besar yang pernah aku buat dalam hidup aku Dinah."

"Kenapa? Dah keluar Ayden boleh pula kau nak cakap satu kesilapan besar. Itu nama dia habis madu sepah di buang."

Anak mata Dinah di renung dalam. "Kau happy semasa aku kahwin dengan Anis?"