BAB 6

"Macam mana along tahu?"

"Sudah. Jangan tanya lagi. Pergi ke bilik kamu. Dinah sedang tidurkan Ayden agaknya. Dia pun masih dalam keadaan terkejut tapi ibu dah terangkan kepadanya satu-satu tadi. Pergi jenguk isteri kamu itu." Arah Puan Norani.

Dengan wajah yang lebam-lebam, Syed Akid berjalan menuju ke biliknya. Sudahlah biliknya jauh daripada bilik alongnya. Terpaksa meredah ruang tamu utama lagi. Bukan dia tidak sedar semasa dia melintas ruang tamu utama tadi, semua saudara-maranya melihat Syed Akid dengan wajah yang hairan.

Sampai sahaja di luar biliknya, penuh berhati-hati Syed Akid memulas tombol pintu biliknya. Kepalanya dijengulkan ke dalam. Manalah tahu kot-kot Dinah buka baju ke apa. Kawan baiknya itu walaupun seorang yang free-spirit tapi malunya tetap ada. Kawan baik? Dah boleh bertukar jadi isteri kot.

Bila dia tidak terlihat kelibat isterinya, dia masuk ke dalam biliknya. Anak kecilnya begitu nyenyak tidur di tengah-tengah katilnya. Bukan main lagi terlentang. Tadi siap merekat tidak mahu melepaskan mama Dinahnya. Sampai hendak memasukkan cincin pun bukan main susah bila Ayden mula mengagau mahu memegang apa yang papanya pegang. Sempat pula dia marahkan papanya kerana menghalang apa yang dia mahu pegang. Hailah Ayden anak papa. Lepas ni memang akan berebutlah kita berdua ek.

Bunyi pintu tandas kedengaran di buka. Tidak lain tidak bukan Dinah yang baru sahaja keluar dari situ. Dinah memegang baju nikahnya lalu meletakkan bajunya itu ke dalam almari pakaian. Tidak menghiraukan kehadiran Syed Akid di situ. Sesudah dia memasukkan baju nikahnya, dia berjalan menghampiri Syed Akid. Dengan penuh berhati-hati dia duduk di hujung katil sambil melihat lebam-lebam Syed Akid.

Dengan penuh berhati-hati, Dinah menarik tangan Syed Akid supaya berdiri. Baju cara melayunya di buka satu persatu. Ada darah sudah terpalit di atas bajunya yang berwarna cream. Dinah mengeluh perlahan. Syed Akid yang terkaku dengan perlakuan Dinah kepadanya. Dibiarkan sahaja Dinah mengambil peranan membuka bajunya.

Sesudah bajunya berjaya di buka, Dinah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Hairan kenapa isterinya itu menggeleng-gelengkan kepala, dia melihat keadaan badannya dengan pantulan cermin besar yang terletak di sisi dinding. Penuh dengan lebam! Badannya yang putih melepak memang mudah kelihatan bila ada lebam-lebam. Amboi along, bukan main lagi alongnya itu menghadiahkan tumbukan padu. Habis lebam.

"Duduk." Ujar Dinah lalu mengarahkan Syed Akid duduk di atas sofa yang ada terletak di situ. Syed Akid hanya akur tanpa bersuara.

Dinah mengambil first aid kitnya lalu mula melakukan operasi merawat luka-luka yang ada. Begitu dekat sehingga boleh kedengaran desahan nafas masing-masing. Syed Akid mengambil peluang ini untuk merenung wajah Dinah dengan lebih dekat. Dari rambut yang sudah di ikat, dahi yang putih licin tanpa jerawat kecuali kesan jahitan di bahagian dahi belah kanan, hidung yang mancung elok, wajah yang bujur sirih, bibir yang berlekuk seksi dan dagu yang runcing. Amat mempesonakan. Matanya terus beralih ke lehernya yang jinjang. Leher itu terlalu mengiurkan dan sudah berjaya menggoda naluri lelaki Syed Akid. Astagafirullah Akid. Wake up!

"Kau suka dengan pernikahan ini?" tanya Syed Akid.

"Sudah tertulis kau adalah jodoh aku, Akid."

"Bukan itu yang aku nak dengar dari kau Dinah." Keras suara Syed Akid. Perlakuan Dinah serta-merta berhenti. "Ini berkenaan dengan perasaan kau. Hati kau sendiri."

Dinah menyambung kerjanya kembali. Syed Akid yang menyingga kepedihan tidak dipedulikan sama sekali. "Bagaimana dengan perasaan kau pula? Adakah ia sama dengan Anis?"

"Dinah." Isterinya terus berhenti mengubati luka-lukanya. Bila nama Anis sudah menjadi topik perbincangan, Syed Akid menjadi sebu. Dia amat berharap Dinah tidak menimbulkan nama itu lagi.

Syed Akid hanya memandang Dinah keluar dari bilik. Badannya yang lemah dan lesu dibaringkan di sisi anaknya yang sedap tidur tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Belakang tangan kanannya di letakkan di atas dahinya lalu menutup mata. Ingin merehatkan mindanya buat seketika. Apa yang baru sahaja terjadi amat mengejutkan dirinya sendiri. Sungguh dia tidak bersedia walaupun dia sedar dia mencintai Dinah dengan sepenuh hati.