BAB 1

Setelah berhempas pulas selama sejam setengah baru aku dapat keluar dari bilik interview. Memang bohong kalau aku kata tak penat. Boleh mati akal dengan mati kutu kena berjawab dengan bos kat sini. Tu belum lagi jumpa dengan bos yang betul tu pun kalau dapat la kerja secretary ni. Ramai gila kut yang datang , sekali tengok tadi memang rasa nak give up tapi mengenangkan aku yang dah jadi penganggur terhormat beberapa bulan ni aku rasa kena try jugak. Buatnya rezeki. Alhamdulilah...

Masalah besar aku sekarang ni nak bayar balik pinjaman ptptn aku. Kalau tak boleh black list nama kut. Aku kena jugak dapat kerja ni. Gaji lumayan kut 3k untuk orang yang single macam aku ni dah kira banyak tu. Kereta nak kena bayar, sewa rumah lagi.

Aku balik dengan rasa penat yang menggunung duit dalam akaun dah tinggal untuk cukup2 dua bulan ke depan je. Dulu dah kerja berhenti sebab dapat boss tua yang gatal. Nasib baik aku tak jadi mangsa gatal dia dah nyaris sangat dah bila dia perangkap aku biar kena tangkap khalwat. Org tua tu nak sangat kawin dgn aku. Mintak jauh sebab aku tak minat org tua ni. Nasib baik aku pandai lagi dari org tua tu. Air untuk aku ditukarkan padanya. Akhirnya dia yang pengsan nasib baik betul Allah tunjuk apa yang dia buat kalau tak memang kes naya.

Tudung yang tersarung kemas aku tanggalkan dan sangkut ditempatnya. Badan aku rehatkan di atas sofa diruang tamu. Arisha dan Shina belum balik kerja lagi. Untung aku dapat kawan baik mcm dorang ni, tak pernah bagi aku rasa susah sorang diri. Aku ni dah sebatang kara semuanya dah takde. Sedih? Tipulah kalau aku kata tak? tapi apakan daya ini semua takdir allah dan aku reda malah aku masih mampu mendoakan ibubapa aku.

"Mcm mana iv?" Soalan pertama Shina setelah salam diberikan. Aku mengangkat bahu dan baring lagi.

"Lelaki ke perempuan?" Lagi sekali aku angkat bahu. Memang aku tak tahu apa jenis gender boss besar syarikat yang sederhana besar itu. Kalau aku dapat la, harapnya perempuan sebab senang nak tolerate, hahaha. Tu pun kalau dapat la. Aku senyum sendiri.

"Jawablah. Angkat bahu je!" Kaki aku dipukul dengan agak kuat. Habis merah kaki aku yang putih gebu ni. Nak kena betul Shina ni, jatuh mas kahwin aku.

"Sakitlah. Memang tak tahu la. Tadi boss kecik yang iv. Tapi lama gila kut. Aku rasa memang jenis cerewet tahap gaban boss besar tu"

"Ha. Kutuklah. Karang Allah tarik rezeki tu baru tahu"

"Ish! Jgn doa mcm tu. Aku tengah sengket ni. Baik gila boss besar tu!" Aku tergelak dan Shina juga turut sama gelak. Apa kejadah betul minah macam kami berdua ni. Tapi takpe la sebab Shina dah ada tunang. Arisha dah ada bff katanya. Tak tahu la sejauh mana bff nya. Wait and see je la tapi kes aku ni pulak memang jenis tak laku kut. Sedih!

"Kalau kau nak guna duit just tell me" see, baik kan dorang ni. Karang aku mintak satu juta pengsan setahun.

"Ada lagi la. Tapi cukup2 je."

"Kalau nak pakai duit mintak je" ha. Dah balik dah lawyer terhormat. Memang aku salute betul Arisha ni. Entah bila balik main campur je discussion kami.

"Dont worry!" Aku tersenyum manis. Sebenarnya aku cuak jugak tapi harapnya dapatlah kerja tu dah jenuh aku tawaf KL cari kerja. Sekarang pun aku tengah kerja di kedai buku. Jadi cashier je dulu lepas la duit untuk makan tapi untuk kereta dan PTPTN memang tak lepas doh!