BAB 1

Dia datang lagi, namun kali ini aku rasa berbeza. Dia masih orang yang sama namun aku masih rasa berbeza, sebuah rasa yang sukar ku ungkap. Dia duduk disampingku dan masih sama, suka menatapku dengan manis. Aku tidak berdaya memandang sepasang mata itu, yang begitu hangat dan penuh pengharapan dan sering membuatku lemah.

Aku sedar yang aku menaruh hati padanya dan tidak mahu kehilangan dirinya walaupun dia sering saja melukakan hatiku dan membuatku menangis. Kerana dia aku kehilangan sahabat baik dan kerana dia juga aku sanggup meredah kata-kata nista dan cercaan orang padaku. Setiap kali dia datang dengan kesakitn pada hatiku, hati yang sakit ini tetap saja memaafkan Adam.

“Akud ah tak tahu nak cakap apa lagi, masuk kali ini aku dah tak tahu berapa kali kau betray dan curang pada aku. Kau sudah hancurkan kepercayaan aku pada kau Adam!’’ bentakku.

Aku tidak sanggup menatap mata Adam, air mataku jatuh begitu deras membasahi pipiku.. Aku tak berdaya, begitu lemas dan perlahan-lahan dia memelukku erat.

“Maafkan aku Bunga , maafkan aku! Aku janji Aku takkan sakiti hati kau lagi. Aku janji Bunga . Aku sayang kau dan tak mahu kehilangan kau! Please, jangan nangis lagi, jangan benci aku. AKu tak sanggup.”

Aku tak mampu berkata apa-apa lagi, dan seperti selalu hatiku tewas lagi dan kembali memaafkannya. , aku tidak ingin kehilangan Adam , aku sangat mencintainya.

Malam itu Adam menjemputku untuk temujanji makan malam. Aku sengaja mengenakan gaun hijau pudina pemberian Adam dan berdandan secantik mungkin. Dalam beberapa minit, aku siap lalu segera turun ke ruang tamu bawah di mana Adam sudah ada menantiku. Matanya tak terpejam dari melihatku, bagai terpegun dan aku tersenyum malu.

“Bunga , kamu sangat cantik malam ini.”