Bab 1,

Bismillahirahmanirrahim.
..........

Pagi hujung minggu yang mendamaikan bagi keluarga sederhana iaitu keluarga Dato Hamdan dan isteri iaitu Datin Normah. Sarapan sudah siap sedia terhidang di atas meja tersebut, cuma menunggu ahlinya saja untuk memenuhi ruang makan.

"Morning Mummy, Daddy. Morning Baby." Seraya itu Haziq Ilham melabuhkan kucupan disetiap dahi orang tuanya. Selepas itu kucupan beralih pulak ke Hani Irisa iaitu adik bongsu keluarga itu.

"Morning Haz." Jawab Dato Hamdan yang sudah mengetuai meja sarapan mereka sekeluarga. "Mana Am?"

Haziq yang baru ingin mencapai sandwich atas meja terbantut dengan soalan daddynya. "Manalah Haziq tau daddy. Dari semalam Haziq tak nampak batang hidung Am."

Dato Hamdan memandang Datin Normah di sebelahnya sambil menggeleng kan kepala perlahan. Datin Normah tahu apa yang sedang bermain di minda tua suaminya itu.

"Hani pun dah lama tak nampak Abang Am. Walaupun duduk serumah tapi susah sangat nak nampak batang hidung." Omel Hani di sebelah Haziq.

"Yelah kau tu makan tido makan tido aje tau. Tu sebab kau selalu tak nampak batang hidung Abang Am kau tu." Sakat Haziq yang sudah mengunyah sandwich di dalam mulut.

"Ish mana adalah! Hani pegi kolej okay, buat assignment itu dan ini. Abang Haz ni menuduh melulu aje tahu. Lately ni Hani busy sikit sebab final dah nak dekat." Panjang lebar Hani menerangkan kepada Haziq di sebelah.

"Dah tahu diri tu busy lepas tu mengadu tak nampak batang hidung orang dalam rumah ni." Haziq menggeleng kepala sambil membalas pulak kata-kata Hani sebentar tadi.

Dato Hamdan dan isteri tak mampu lagi berkata-kata. Hanya gelengan yang mampu diberikan kepada kedua-dua orang anaknya ini. Ini sahaja lah harta yang mereka ada selain harta dunia ini. Walaupun rezeki Dato Hamdan dan isteri melimpah-ruah namun mereka jugak tidak melupakan pada pemberi rezeki dan masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang taat akan suruhan-Nya.

Alhamdulillah rezeki yang diberi dan nikmat yang dipinjamkan begitu mencukupi untuk mereka sekeluarga. Tak sia-sia Dato Hamdan berusaha keras ketika di usia mudanya untuk membangunkan syarikat yang dulunya hanya sebuah syarikat kecil-kecilan namun kini syarikat ibu telah berdiri gah di seantero dunia. Isteri dan anak-anak yang selama ini menjadi saksi usaha keras Dato Hamdan jugak tersenyum bangga dengan pencapaiannya sekarang.

"Ehem! Apa yang bising-bising ni?" Soal Hafiz Idham yang baru menapak menuju ke arah mereka di meja makan.

'Siap sedia lah kau Am. Kejap lagi mesti kena bebel dengan daddy.' Desis Am. Kalau mahu dibandingkan, bebelan Datin Normah lagi sedap di dengar. Kalau daddynya sudah mula membebel maksudnya haruslah dia turuti. Hitam maknanya hitam, No white at all!

"Haaa nampak pun batang hidung Abang Hani yang kacak melacak sorang ni. Bukan macam Abang yang sorang ni. Nak mengusik aje tahu. Handsome takpa lah jugak!" Hani sudah menayang sengihnya. Hafiz Idham sudah tersenyum ke arah Hani. Hani pulak terpandang wajah Haziq di sebelah, terus Hani juling mata ke atas. Saja mahu api-apikan Si Abang sorang ni. Geram!

'Eh Hello! Aku dikatanya tak kacak? Aku bukak silat kuda-kuda aku kang nahas kau' Haziq menayangkan penumbuknya ke wajah Hani. Hani menjelirkan lidahnya. Ingat aku takut!

"Sudahlah tu Haz, Hani." Sambil memandang kedua-dua wajah anak di depannya. Selepas itu matanya terarah pulak kepada anak teruna sulungnya yang berada di sebelah.

"Am pegi mana semalam? Lewat balik? Am nak daddy ambil tindakan ke keatas Am? How long do you want to be like this son?" Soal Dato Hamdan tenang. Cukup lah dia bersabar dengan sikap anak sulungnya setakat ini. Sudah tiba masanya dia mengambil tindakan. Dia tidak mahu Hafiz Idham terus-terusan jadi tidak terurus selepas kejadian 2 tahun yang lalu.

"I'm just need my own time and space. After what happened 2 years ago, Am still... "

"This is nothing to do with your past Am!" Suara Dato Hamdan memotong kata-kata Hafiz Idham dan meninggi sedikit. "All this is about you son! Jangan libatkan arwah. Arwah dah lama pegi Am. Daddy's love you, semua orang dalam rumah ni nak tengok Am kembali macam dulu because we all love you." Sambung Dato Hamdan lagi.

Hafiz Idham kehilangan kata-kata. Sungguh dia masih terkenang masa 2 tahun yang lalu dan itu antara kenangan yang susah untuk dia lupakan.

Datin Normah yang melihat keadaan yang tegang itu lalu bersuara. Bukan apa, dia tidak mahu anaknya yang sorang itu moody. Nanti tak menjadi pula rancangannya nak bawa Hafiz Idham ke rumah temannya bersama.

"Am lepas sarapan ni mummy nak Am dan adik-adik semua siap." Kata Datin Normah yang ingin memulakan sarapannya selepas Dato Hamdan selesai membaca doa.

Haziq dan Hani yang memulakan sarapan bertanya serentak. "Kenapa?"

"Nak kemana mummy?" Pendek saja soalan yang diajukan oleh Hafiz Idham.

"Makan lah dulu. Lepas dah habis siap semua, nanti mummy bagitahu dalam kereta." Datin Normah berkata sambil mata menjeling kepada suaminya di sebelah.

Mah yakin dengan keputusan kita abang. Semoga apa yang dirancang, Allah permudahkan dan berjalan dengan lancar. Doa Datin Normah di sudut hati.



•Do comment.
•And I'll fix it.
•In sya Allah.