PROLOGUE

Ajari aku tuk bisa

Menjadi yang engkau cinta

Agar ku bisa memiliki rasa

Yang luar biasa untukku dan untukmu



Ku harap engkau mengerti

Akan semua yang ku pinta

Karna kau cahaya hidupku malamku

Tuk terangi jalan ku yang berliku



Hanya engkau yang bisa

Hanya engkau yang tahu

Hanya engkau yang mengerti

Semua inginku

Mungkin dah 127 kali aku mainkan lagu Anuar Zain ini sampai tahap aku sudah tak perlu rujuk kat lirik lagu di internet, dalam masa 10 minit saja aku dah boleh hafal lirik lagu ni. Aku memang mahu seseorang yang boleh membawa aku memahami maksud cinta itu, senang nak cakap aku juga wanita yang ingin dicintai dan mencintai.



BANDAR HILIR, MELAKA
Cerita ku ini boleh dikatakan mirip Ceritera Dongeng Cinderella yang didera ibu tiri yang sangat kejam dan dua orang kakak tirinya pula, sangat irihati dengan kecantikan Cinderella. Kasihan. Kasihan dengan aku juga. Aku dan Cinderella, kembar senasib?.

“Adik, adik pergi mana semalam hah?”
“Adik, adik dah janji kan nak teman kaklong jogging, lupalah tu”
“Adik, mama nak cakap sikit ni!”

Sekarang, jam menunjukkan pukul 10 pagi. Aku sedang berada dalam bilikku yang serba merah jambu, namun aku tidak merasai kedamaian dibilikku sendiri. Nak tahu kenapa, sebab ketenangan hujung mingguku telah dirampas oleh mama, kaklong dan kkngahku. Ha, betul tak apa yang aku cakap?. Kisah hidup aku mirip sikit dengan Cinderella. Buktinya, aku ada ibu yang garang macam singa, tetapi nama mamaku tersangatlah comel, secomel kamu, kamu dan kamu semua yang tengah baca blog a.k.a diari hatiku, itupun kalau ada orang bacalah kan hee. Nama ibu kandungku ialah Fatimah Az-Zahra, seorang penulis buku motivasi dan pensyarah dalam Fakulti Pengajian Islam merangkap ustazah di kolej yang sama tempatku menuntut ilmu. Apa, aku bertuah?. Hah, memang bertuah kerana aku anak seorang pensyarah yang…huh agak rumit nak diceritakan. Nanti aku terangkan lebih lanjut ya encik blogku, okay. Shuttt, ini rahsia aku, encik blog dan ‘Stalker’ blogku ini. Kepada yang baru terbaca
Diariku, aku perkenalkan diri, namaku Nur Mawaddah binti Haji Zakaria.

“Ala ma, esok-esok ajelah cakap. Orang busy ni. Hujung minggu ni hari untuk bersantai, tenangkan fikiran ma, orang bukan bangla yang tak reti nak berehat. Bangla memang kerja dia cari duit 24 jam, tapi orang anak Melayu tulen yang dilahirkan di Malaysia, siap hafal rukun negara kat dalam kepala otak ni dan orang ada ic tau. Ha itu buktinya orang ni warganegara Malaysia. Jadi, sebagai anak Malaysia yang merdeka, orang ada kebebasan nk buat apa aje..”

seperti kebiasaan, aku hebat dalam bersungut, mahu bergurau sebenarnya. Hehehe, opss!. Dalam situasi aku, aku tidaklah semalang Cinderella kerana aku pandai pertahankan diri. Tuan Puteri Cinderella sila berguru denganku, hehehe. Aku ada banyak ‘Skill’ tau.

“Amboi, amboi. Cantiknya bahasa syarahan dia. Tengoklah anak bongsu mama ni. Hebatnya berhujah” kaklongku bercekak pinggang memerliku dengan senyuman sinis, sedang merenungku dengan renungan mautnya. Ceh, nak buat aku gerunlah tu!. Alah, aku tahu kaklong geram sebab aku lupa janjiku yang mahu temankannya ‘jogging’ tadi!.
“Maaflah long, sorry. Orang lupa. Orang tertidur lepas solat subuh tadi, siapa suruh tak kejut orang” rungutku manja. Aku memang berperangai begini, manja dengan ketiga-tiga bidadari yang aku sayang. Hati mereka pun kebal melawan kedegilanku. Mmmmmm, tapi masih dapatkah aku menumpang kasih dengan mereka setelah terjadinya peristiwa malang lewat petang semalam?. Sejarah hitamku bermula pada pukul 6.20 petang, mmmmmmm…..

“Adik, adik. Itu ajelah alasannya. Kaklong dah kejut tau lepas subuh tadi. Adik kan memang liat nak bangun” perlinya dengan jelingan mautnya namun aku tahu kaklongku tidaklah marah sangat sampai membenciku.
Aku sengih seperti kebiasaan. Sengih-sengih ubi sahaja dikala aku diceramah orang, huhu.