BAB 1

Siapapun yang berada di saat ini pasti asyik dengan panorama dan atmosfera indah dan nyaman ini. Dahlia membiarkan angin menampar lembut pipinya. Suasana petang itu sungguh tenang. Terlalu kontra dengan hatinya yang gundah gelana. Jiwanya meronta meminta belas dunia. Jahatkah dia? Kejamkah? Mengingat nasihat Sakura pagi tadi membuatkan dia berasa tidak puas hati.

“ Aku tak sukalah perangai dia,” laju saja pesanan ringkas dihantar ke telefon bimbit Sakura. Beberapa kali Dahlia mengetuk meja menggunakan jari menanti balasan pesanan dari Sakura.

“ Biarlah dia. Dia dengan dunia dia. Kau dengan dunia kau.” Tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek ucapan Sakura. Tetapi penuh dengan makna. Sekilas dia memandang Cempaka.

Tahukah Cempaka yang dirinya sedang menjadi isu antara Sakura dan Dahlia. Cempaka masih seperti dahulu. Kolot dan terlalu lambat untuk memahami apa yang berlaku. Cempaka, kenapa kau macam ni? Sakura mula menimbulkan persoalan ini kembali.

Cempaka tidak cantik mahupun manis. Mukanya kosong seperti orang yang tidak mempunyai masalah. Seringkali dia menghadapi masalah dengan penampilan sendiri. Seringkali juga dia menjadi perhatian budak-budak lelaki. Bukan dipuji tapi untuk dihina dan dikutuk sesuka hati.

Namun Cempaka tetap tidak mempamerkan reaksi setiap kali diperlakukan seperti orang aneh. Tingkahnya menjadi bualan umpatan. Dia tahu tetapi tidak mahu ambil peduli.

Mesej dari Dahlia masuk ke peti masuk pesanan ringkas. Cepat Sakura membuka.

Takut guru kelas perasan mereka berbalas pesanan melalui telefron bimbit. Sekolahnya memberi kebenaran membawa telefon bimbit asalkan tidak mengganggu pada waktu pembelajaran. Tetapi dia dan Dahlia sibuk berbalas mesej atas perkara yang tidak penting.

“ Aku dah tawar hati dengan dia.” Sakura terdiam. Bukankah Cempaka juga kawan Dahlia. Mengapa perlu berkata sampai begitu? Mesej dahlia terus dipadam.

Takut-takut kalau ada yang terbaca. Boleh tercetus Perang Dunia Ketiga.

Cempaka memang lembap. Tetapi Sakura tahu, kelembapan Cempaka itu memang sengaja dibuat. Cuma Sakura tidak pasti mengapa Cempaka begitu.

“ Tak baik kau buat dia macam tu.” Ada nada ketegasan dalam pujukan Sakura.

“ Jadi aku ni jahatlah? Okey. Fine. Aku jahat,” Dahlia mula tersentap. Aku cuma tak layan dia saja. Bukan pulaukan Si cempaka tu. Sampai hati kau kata aku macam tu Sakura. Jahat sangat ke aku ni?