01

“Terima kasih…” aku dan Firaz terduduk di dalam sebuah bilik yang agak gelap. Dunia sekarang semakin menghampiri kemusnahan. Aku membuka beg galasku yang berisi sedikit makanan dan ubat-ubatan bersertakan beberapa helai pakaian yang aku ambil ketika singgah di kedai baju.

“Mica… aku minta…” aku menjeling ke arah Firaz. “Kau diam. Aku tak nak dengar apa-apa dari kau.” buat pengetahuan semua Firaz sewaktu satu kelas dengan aku dulu, dia amat membenci aku dan selalu membuli aku. Disebabkan dia juga wujudnya parut pada atas keningku akibat terhantuk pada bucu kerusi.

“Mica, aku tahu aku salah, ter…” aku tidak mengendahkan percakapannya, sebaliknya aku menumpukan perhatian aku mencari ubat untuk mengubati kecederaan Firaz pada bahagian kaki kanan dan kepalanya.

“Mica sakit…” ngadu Firaz. “Kau duduk diam. Jangan banyak cakap. Aku tak ada masa nak layan kau. Aku takkan maafkan kau.” Sinis Mica. Firaz terdiam saat Mica berkata begitu. Mica tekun mengubati kecederaan Firaz.
Firaz melihat wajah Mica yang sedang berusaha mengubati lukanya. Firaz yang dulunya suka membuat cerita buruk tentang Mica dan suka membuli Mica. Mica masih lagi sakit hati dengannya.