BAB 1

Jangan dijolok sarang tebuan kalau tak mahu disengat, jangan dikacau singa yang tidur takut nanti kau di-ngap, jangan dicabar lelaki yang sedang memburu cinta gadis pujaannya takut nanti kau yang terkena panahan asmara, parah nak dirawat melainkan abang yang datang. Hehehe… Kenapa tak percaya? Belum cuba belum tahu!
**

‘Fon kepala di kepala ditarik dan disangkut di leher. Aplikasi Spotify yang sedang memainkan lagu dimatikan. Dia bangun dari duduknya. Bahagian belakang eluarnya dikibas laju. Baru dia nak melangkah ke dewan kuliah, namanya diseru!

"Ady!"

"Kau siapa?"

"Er... hi! Saya Nina. Saya..."

"Kau nak apa sebenarnya ni? Nak cakap pun tergagap-gagap."

"Er... saya nak kasi..."

Ady menrengus, "Kau simpan ajelah apa yang kau nak cakap. Aku nak blah!"

Laju dia berpaling nak berlalu. Namun si gadis menahan langkahnya!

"Eh, kejap!"

Ady menghembus nafas, "Apa lagi?"

Nina mengetap bibirnya sebelum kedua-dua tangannya menghulurkan sekeping sampul surat pada Ady, "Saya suka awak! Er... ni surat untuk awak!" Ady jungkit kening sebelum ukir senyum sinis.

Surat Nina ditarik kasar sebelum dia membelek surat itu sekilas. Tanpa sebarang kata, tangannya laju mengoyak sampul surat itu menjadi cebisan-cebisan kecil sebelum dia melemparkan cebisan itu ke wajah Nina, "Kau duduk zaman mana nak main hantar-hantar surat ni?"

Tanpa menunggu balasan Nina, dia berjalan terus tanpa berpaling ke belakang lagi.

Nina pula sudah terus tertunduk. Kolam matanya basah. Pipinya terasa hangat. Malunya bila kena tolak macam ni...

"Kau tau, dia nilah budak yang kena reject dengan Ady hari tu. Selekeh, kan? Kalau aku jadi Ady, aku pun tak nak berkenalan dengan dia!"

Nina mengetap bibir mendengar kata-kata gadis di meja sebelahnya. Sejak kena reject dengan Ady hari tu, tiap-tiap hari orang mengata dia, tiap-tiap hari orang gelakkan dia.

"Aah! Dalam mimpi dia ajelah kalau Ady nak berkawan dengan dia! Hahaha!"

Gadis yang memakai tudung corak batik ketawa terkekek.

Nina mengeluh lantas headphone diletakkan di telinganya. Lagu Loser dendangan Big Bang berdentum kuat di telinganya. Dia kemudiannya terus hanyut dengan kerja khusus yang telah diberikan oleh pensyarahnya.

Tiba-tiba kerusi di depannya ditarik. Spontan dia mengangkat muka dan wajahnya berubah sama sekali.

"Aku duduk kat sini boleh? Meja lain dah penuh," ujar Ady sambal merenung Nina yang masih terkesima.

Nina berdehem sebelum dia menarik headphone lalu keningnya dijungkit

"Apa?"

"Aku duduk sini boleh?"

"Duduklah. Tak ada nama saya pun kat kerusi tu," ujar Nina sebelum kembali memakai headphone. Ady jungkit bahu lalu dia melabuhkan punggung di kerusi yang ditariknya tadi.