Chap.One

“Arghhhhh!” jeritan Slyber menggerunkan semua orangnya disitu. Terkocoh-kocoh Slybie iaitu adik kepada Slyber mendapatkan abangnya yang sedang mengamuk itu. Dia cuba untuk menenangkan abangnya.

“Kenapa kau mengamuk?” tanya Slybie terkebil-kebil. Slybie seorang yang lurus bendul dan mudah diperbodohkan tidak seperti abangnya itu.

“Kau tengok ni! King Alarick tak guna tu akan dapat anak tak lama lagi! Kau rasa apa akan berlaku sekiranya anak dia tu dilahirkan?” tanya Slyber kepada Slybie sinis.

“Ta-tak tahu.” Slybie menundukkan wajahnya. Slyber mendengus panjang. Dia menolak bahu adiknya itu kasar.

“Kau ni memang lembaplah!” kutuk Slyber. Slybie hanya mendiamkan diri dan menghadam kata cacian yang keluar dari mulut abangnya. Sudah bertahun-tahun dia hidup bersama abangnya sejak orang tuanya meninggal dunia ketika dia berusia 11 tahun.

Nama Slyber dan Slybie, hanya nama samaran mereka sejak mereka berdua menggantikan tempat bapa mereka sebagai perampas keamanan keturunan King Alarick. Slyber mendapat wasiat daripada bapanya supaya meneruskan kerjanya itu manakala Slybie hanya menjadi pembantu kuat abangnya. Usia Slyber sudah mencecah 15 tahun manakala Slybie berusia 13 tahun.

“Aku nak kau aturkan misi kita kali ini. Aku nak kau perhatikan anak dia setelah dilahirkan nanti. Kau kena menyamar. Faham? Aku tak nak kau gagal dalam menjalankan misi kita ni. Ingat apa yang papa pesan pada kita dulu. Kita kena kembangkan keturunan kita yang semakin pupus ini. Kau jangan lupa sejarah hitam dulu yang menyebabkan kita jatuh kecundang kerana itu semuanya salah mak cik tak guna kita tu. Dia mengkhianati puak kita.” pesan Slyber panjang lebar. Slybie hanya menundukkan kepala sebagai isyarat dia mendengar pesanan tersebut.

********************************************************

10 tahun berlalu...

Aku bermain-main di sekitar taman bunga di istana sambil berbasikal. Sangat menyeronokkan lagi-lagi ditemani oleh ibuku yang tersayang. Aku dijaga oleh kedua-dua orang tuaku bagaikan menatang minyak yang penuh. Aku suka hidup aku ini dengan keamanan yang wujud di negeri ayah ini.

“Lia, mari sayang kita masuk. Hari sudah kelihatan gelap.” Aku mengangguk sambil tersenyum lantas menyimpan basikalku di dalam garaj disediakan. Ibu memimpin tanganku masuk ke dalam untuk membersihkan diriku.

Sesudah aku membersihkan diriku, aku menyarung gaun berwarna putih berkilauan pada tubuhku. Gaun ini adalah satu gaun kegemaranku. Setelah bersiap, aku turun ke bawah menghampiri ayah dan ibu yang sedang berbual.

“Daddy, mummy!” aku memeluk mereka serentak. Mereka tersenyum lalu membalas pelukkanku erat. Diciumnya ubun-ubunku lembut. Aku ketawa senang.

“Cantiknya princess daddy hari ini.” Puji ayah. Aku tersenyum lebar sehingga ke telinga. Suka sangat apabila dipuji oleh ayah tersayang. Ya. Aku anak manja kedua-dua orang tuaku. Aku tiada adik-beradik lain. Hanya aku sahaja yang meriuhkan istana ini. Ayah dan ibu pernah beritahu aku bahawa mereka mendapat aku ketika usia mereka sudah lanjut. Ibu melahirkan aku ketika usianya 42 tahun. Selepas selamat melahirkan aku, ibu koma selama enam bulan lamanya.

“Daddy, bolehkah esok Lia nak pergi berjalan-jalan di luar sana. Lia bosanlah duduk sini, daddy. Lia nak merasakan suasana di luar sana bersama rakyat daddy.” pinta aku. Daddy tersenyum.

“Baiklah kalau itu yang princess daddy mahukan tetapi Scarface mesti menemani kamu.” Aku melonjak kegembiraan kerana ayah mengizinkan aku keluar berjalan di luar istana bersama Scarface atau nama betulnya Denco. Denco adalah seorang serigala jadian yang sangat baik. Walaupun rupanya memang sangat bengis tetapi dari kecil aku sudah manja dengannya. Dia juga mempunyai seorang anak lelaki sebaya dengan aku dan namanya Jordan. Kenapa aku memanggil dia Scarface? Denco mempunyai parut pada tepi pipinya. Parut itu kelihatan sangat dalam dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Denco adalah saudara terdekat ibu.

“Baik daddy. Sayang daddy.” aku memeluk daddy erat. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik dan berdiri termenung di balkoni bilikku.

***********************************************************

Pagi itu aku bangun seawal 7 pagi, kemudian terus bersiap untuk keluar berjalan-jalan bersama Scarface dan Jordan. Ibu dan ayah akan berangkat ke negeri jiran untuk bekerjasama membesarkan empayar negerinya selama tujuh bulan. Ibu berat hati untuk meninggalkan aku dengan Scarface serta pembantu yang lain.

“Mummy pergi dulu, ya sayang. Tak sangka mummy akan pergi secara mengejut. Jaga diri ya anak mummy.” aku mengangguk sambil memeluk ibu dan ayah erat seperti tidak mahu dilepaskan begitu juga dengan ibu dan ayah. Mereka mencium aku lama.

Aku melambai-lambai tangan sehingga pandangan ibu dan ayah sudah tidak lagi kelihatan. Scraface mendukung aku sambil menggeletek pinggangku, dia cuba untuk menghiburkan hatiku. “Jom. Kata nak jalankan.” kata Scarface. Aku menepuk tangan kegembiraan. Tiba-tiba Scarface mengalungkan aku seutas rantai berloketkan mahkota dan ada huruf ‘A’. Cantik dan bersinar-sinar.

“I want you to take care the necklace. It is important for you. Very.” ujar Scarface dengan nada serius. Aku mengangguk kecil sambil mengusap rantai itu.