228 Results Found for "Drama"
Cinta Untuk Si Dia

Cahayaaira

5

Mengisahkan Nur Aira Qalisha Binti Amran seorang yang tabah dan sabar dalam menempuhi kehidupannya.Perbalahan dan salah faham diantara Syed Adzrul menyebabkan hidup Aira jadi tidak tentu arah.Dia sering menerima ugutan daripada lelaki itu. "Awak nak apa lagi hah?-Aira " I nak U menderita macam mana U pernah buat dekat I dulu-Syed Adzrul. Saya tak pernah buat apa-apa dekat awaklah.Itu semua salah faham.Kenapa awak tak percayakan saya Adzrul? Pelbagai cara Syed Adzrul buat untuk menyakiti Aira tetapi Aira tetap tabah dan sabar dengan perangainya. Aira fikir dia dapat melarikan diri daripada Syed Adzrul dengan menerima pinangan yang telah dipersetujui oleh keluarganya kerana itu adalah aturan keluarganya walaupun hatinya hanya mencintai seseorang yang sangat membencinya atas salah faham yang lalu.Takdir tidak dapat dielakkan oleh Aira apabila yang mengahwininya adalah Syed Adzrul. Dia tahu rancangan Syed Adzrul terhadapnya.Perkahwinan yang indah akhirnya menjadi derita buat Aira apabila Adzrul sering mencaci dan menyakiti perasaan Aira namun dia tetap sabar akan perangai suaminya walaupun telah digantung tak bertali.Kemunculan Daniel dan Aiman telah mengugat kedudukan Adzrul sebagai suami Aira apabila Daniel dan Aiman jatuh suka akan Aira sehingga Daniel memaksa Adzrul untuk melepaskan Aira sekiranya dia tidak mencintai Aira.Di saat Adzrul sakit,Aira menemaninya dan merawatnya sehingga Adzrul sihat.Tetapi Adzrul telah menerima satu berita yang telah mengubah hidupnya yang membuatkannya menyesal. Adakah Adzrul menghargai segala pengorbanan Aira Apakah berita yang diterimanya?Adakah rahsia yang lalu terungkai dan bagaimanakah perkahwinan Adzrul dan Aira?Bahagiakah mereka dan masihkah cinta untuk si suaminya.

he is mine

cute girl

4.1

novel ni menceritakan tentang seorg gadis yg bernama Maisara Aqila dia terpaksa menyamar menjadi lelaki kerana ayah nya ayah dia mempunyai sebuah agensi yg sgt sulit. Maisara Aqila ade salah seorg spy yg terbaik dlm agensi tersebut sebab tu ayah dia menyuruh dia yg melakukan satu misi yg sgt penting...Tp dia harus menyamar Jd lelaki "papa Knp sara yg kene buat misi ni Knp bukan anak buah papa yg lain?" Tp Maisara Aqila terpaksa jugak menerima misi tersebut setelah dipujuk oleh ayah nya ~Aliff Aiman a.k.a jembalang langsuir~ musuh ketat Maisara aqila Tp dia berkawan baik dgn mohammad aqil a.k.a abg kembar Maisara aqila...kalu bertembung je si langsuir tu dgn Maisara akan ade je perang yg berlaku ~azril a.k.a org pertama yg buat Maisara aqila jatuh cinta~ akibat dr satu kejadian mereka bertemu malah mereka berdua saling jatuh cinta Tp mereka ego untuk mengaku walaupun mcm tu azril selalu melindungi Maisara aqila azril jugak org pertama yg thu tentang penyamaran Maisara aqila yg menyamar sebagai aqil ~ danish haikal sepupu kpd Maisara aqila dan mohammad aqil~ dia berperangai seperti aqil dialah yg selalu jage aqila dia juga suke memanjakan aqila kerana tiada adik perempuan Jd dia telah menganggap Aqila tu seperti adik nya sendiri. dulu dia satu geng dgn azril Tp x thu sebab ape diaorg dh Jd musuh ~danial kwn baik Maisara aqila sewaktu kecil~ dia terlampau rapat dgn Maisara Aqila sampai kn keluarga mereka saling mengenali Tp mereka terpaksa berpisah kerana danial berpindah sekolah mengikut ibunya...danial sebenarnya dr kecil lg dia meminati Maisara Aqila tp dia pendam sebab takut Maisara Aqila akan jauh dr dia.. penyamarannya banyak kali hampir terbongkar. banyak cabaran yg terpaksa dihadapi demi mengelakkan identitinya terbongkar malahan banyak rahsia telah terbongkar semasa Maisara aqila di Sane dimana aqil ? misi ape yg sedang dilakukan kn oleh Maisara aqila? ape yg tragedi yg berlaku sehingga menyebabkan geng azril dan haikal menjadi musuh? Knp ayah Maisara menyuruh Maisara melakukan misi tersebut sedangkan haikal sudah ade? novel ni akan menjawab segala persoalan anda....Hihihi nk thu bace lh ye ...>o<

#Opps..Pengantin Musim Cinta

myra arisya

4

'Pikat hati anak teruna Tengku Elyas dan Tengku Halyna sampai dapat' itu misi yang diberikan oleh Tengku Halyna kepada Qaireen Az-Zahra.Entah apa yang istimewa sangat dengan Qaireen sampai Tengku Halyna beri harapan tinggi padanya untuk memikat hati Tengku Eishan.Padahal, Qaireen cuma seorang pembantu peribadi kepada Tengku Eishan, tidak lebih dari itu. "Aku tak suka perempuan, kau cantik, seksi, pandai, manja..pergi cari lelaki yang lebih baik daripada aku and please, stop your plan to seduce me because it doesn't work at all, Qaireen" -Tengku Eishan Huzair "Wait, bos nak cakap yang bos gay ke?" -Qaireen Az-Zahra Biar betul, anak raja yang macho tu tak suka perempuan?? Habislah plan Qaireen untuk memikat hati bosnya.Belum apa-apa lagi, Eishan sudah tidak tunjuk minat kepadanya, jadi lebih baik dia yang berundur diri.Dia tidak mahu dicop sebagai perempuan materialistik oleh Eishan. "Aku bukan gay lah pandai, cuma aku tak pernah luahkan perasaan cinta pada sesiapa, tak pernah keluar dating, jauh sekali cuba untuk melamar.Pendek kata, aku tak pernah belajar apa itu cinta.." -Tengku Eishan Huzair "Biarlah saya yang ajar bos apa itu cinta, let me be your doctor love..itupun kalau bos ada lagi hati dan perasaanlah.." -Qaireen Az-Zahra Maka, bermulalah misi Qaireen mengajar Eishan yang buta cinta.Parah, satu benda pun Eishan tidak tahu, naik gila Qaireen dibuatnya.Muncul pula Aira, bekas teman wanita Eishan menagih cinta dan hadir pula Tengku Adam, sepupu Eishan yang menaruh hati padanya. "Kata bos tak pandai bercinta, habistu Aira tu siapa?? Bos tak sedar ke selama ni saya sedang menanti luahan perasaan daripada bos? Buat apa saya ajar bos tentang cinta, kalau saya sendiri tak dapat miliki cinta bos? Tengku Eishan Huzair Tengku Elyas, I quit from being your doctor love also as your assistant" -Qaireen Az-Zahra "Aira bukanlah sesiapa untuk aku, aku tak rasa sakit bila Aira tinggalkan aku.Tapi kau, aku rasa kurang bila kau takde dalam hidup aku.Kau ajar aku segalanya tentang cinta Qaireen, kalau kau nak berhenti jadi doktor cinta aku atau pembantu aku, kau berhentilah.Tapi aku mohon, tolong jangan berhenti isi hati aku" -Tengku Eishan Huzair

Pemilik Hati Dia !!!

nurul_mira

4.8

Aku Tengku Zafreil Eiman, mempunyai seraut wajah handsome berkarisma dan punyai banyak anak anak syarikat ZAF'Holdings...tapi aku tak tahu kenapa aku tak pernah untuk merasai nikmat perkahwinan,aku hanya tahu menghabiskan masa dengan berfoya foya bersama perempuan kadang kadang aku rimas bila mummy dengan daddy aku tanya pasal kahwin..aku hanya ingin enjoy sebelum memasuki alam rumahtangga... Walaupun aku hanya permainkan perasaan gadis gadis,aku tak pernah terfikir untuk menghisap rokok dan minum arak.. lagipun aku tak nak lah benda tu merosakkan anggota badan yang sihat... well ini juga disebabkan perempuan tu,Yes dia telah merosakkan semua kepercayaan aku kepada perempuan dan masa depan aku...aku hilang diri aku yang dulu... - Tengku Zafreil Eiman DANIAAAA!!!!...... Bangun...dah lewat ni,hari ni kamu kan ada interviu dekat syarikat ZAF'Holdings.. Umi tahulah kamu tu ABC tapi sekurang-kurangnya kamu belajar lah sikit untuk bangun awal.... Ye umi,Nia bangun okey.. sekarang ni boleh tak umi berhenti membebel..macam mana lah abah boleh tahan dengan perangai umi yang suka membebel ni?? terfikir juga dalam hati ni... -Nur Dania Syafeena Nia ingat umi tak dengar ke haa??? - Puan Zamilah Ehehehe....sorry umi nanti Nia tak buat dah.. Dah Dah lah sayang...Ni duk membebel je dekat si Dania tu buat apa??bukan dia layan sangat dengan bebelan awak tuh....baik awak layan abang ni..tengok nasi lemak sambal sotong sayang pun dah buat perut abang berkeroncong... - Encik Farqain Assalammualaikum umi abah..pagi..- Dania waalaikumussalam ?? ??...Hurm pagi...mata tuh kenapa bengkak?? kamu layan Along Danny sampai ke pagi ?? - Puan Zamilah Hurm umi Along Danny suruh teman berbual dengan dia semalam,lupa pulak dah pukul 12.30 malam lepas tu adik bagitau dia yg adik nak tidur semalam sebab pagi ni ada interviu.. bukan main seronok dia tanya soalan last last adik palau je dia sebab ngantuk...Bukan main marah dia kat adik?? aku mengadu dekat umi biar umi marah kat along sebab kacau aku semalam... - Dania #tengkuzafreileiman#nurdaniasyafeena#pemilikhatidia????

SAMPAI SYURGA

BABY BOY

5

Mengisahkan dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua.- "Be with someone who always wants to know how your day was" Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memiliki rupa paras yang kacak kerana ada kacukan melayu-inggeris. Farhan - Seorang remaja melayu berusia 17 tahun yang memiliki perangai panas baran tetapi selalu ada ketika Rafiq dalam kesusahan. ••• Farhan menyorok di celah ketiak Rafiq untuk melindungi dirinya dari terkena panas juga. Nasib lah Rafiq ini lebih tinggi daripadanya. Tinggi Rafiq 180cm, Farhan pula 163cm sahaja. "Eh, eh. Apa ni?" Kata Rafiq setelah melihat Farhan merapatkan tubuh dengannya. "Aku panaslah. Nak berlindung kejap je." Balas Farhan dengan muka tidak bersalah. "Tadi kau kata aku macam longkang kan? So kiranya bau aku pun macam longkanglah kan? Ni tak malu ke dekat dengan longkang?" Kata Rafiq menyindir kembali. "Ketiak kau bau longkang pun longkanglah janji aku tak hitam." Balas Farhan bersahaja langsung tidak terkesan dengan sindiran Rafiq itu. ••• "Shu... Shu... Dah... Dah... Aku dah maafkan kau. Janganlah emosi sangat si manja pipi merah-merah sayang saya sorang ni." Teriakkan Farhan jadi semakin kuat sebaik sahaja tubuhnya dipeluk erat. "Aku janji aku akan jadi sahabat baik kau sampai bila-bila. Aku janji. Aku akan jaga kau macam adik aku sendiri." Pujuk Rafiq seperti seorang abang yang penyanyang. "Kat dunia ni aku dah takde adik-beradik lain dah Rafiq. Aku anak tunggal. Kau ajelah yang aku ada." Farhan menyeka air matanya. Semakin lama semakin perlahan tangisannya. ••• "Yalah sayang kawan aku sorang ni. Suka nak manja dengan aku kan? Hahaha." Kata Rafiq sambil merangkul erat bahu Farhan. "Yalah, aku kan anak tunggal. Nak manja dengan siapa lagi." Kata Farhan sambil menyeka sisa air matanya. "Yalah, yalah. Kau kan adik aku, adik nak manja-manja dengan abang dia. Hahaha." "Yish, janganlah perli." Kata Farhan dengan rasa malu. Dada Rafiq ditumbuknya sekali perlahan. "Haha, alah gurau. Aku nak ceriakan kau je." Ucap Rafiq dengan senyuman mekar di mulutnya. #SAMPAISYURGA #KISAHREMAJA #DRAMAREMAJA

TAKDIR

Ukhty Qaliesya

0

Nurfaryana Qaliesya dan Nurfaryana Qistiena' Gelaran yang hampir sama dan paras wajah yang serupa Namun sayangnya walaupun mereka adalah pasangan kembar tapi mereka mempunyai minat yang sungguh berbeza Faryana Qaliesya si Hantu camera# Faryana Qistiena si Hantu pengembara# Kan jauh berbeda sangat tue even bunyi ayat yang paling hujung memang serupa Mereka mungkin ada satu wajah tapi minat mereka tak sama Pendek kata mereka jauh sangat berbeza dengan pasangan kembar yang lain Dan apa yang sungguh menghairankan kedua duanya mempunyai perwatakan yang sangat berbeza Yang satu si gadis Ayu# Yang satu pula si gadis Lasak# Dan episod seterusnya akan berlaku bermacam macam lagi story dalam kehidupan mereka Tragedi yang menimpa tiada siapa yang menduga Walau kita dah tulis Lifestory yang terindah Namun ALLAH SWT yang punya rencana Siapa kita yang bisa menidak kan kehendak ALLAH??? Kita hanya manusia yang lemah dan Hina "Puteriku faryana Qaliesya dimana kamu menghilang sayang.. "Ibu sangat merindui kamu nak!(Datin Fazzura iriena) "Sabar mie.. "Ini semua ketentuan ALLAH SWT(Dato Farryad ikhsan) "Kita memang pasangan kembar yang bagaikan langit dan bumi yana.. "Tapi aku tak sangka aku akan berpisah dengan kau.. "Mengapa cepat sangat kau pergi yana.. "Dan yang langsung aku tak faham dan mengerti mengapa kau tinggalkan sejuta persoalan yang sukar buat diriku??? "Mengapa mengapa dan kenapa?? "Lelaki yang selalu mengekori itu siapa yana siapa?? "Apa sebenarnya yang dia mahu dariku??? "Yana..kalau lah saat ini kau bisa lagi berkata kata yana'Pasti aku tak kan bingung dan buntu untuk menghadapi semua ini.. "Kenapa kamu cepat benar berubah sikap fara.. "Ini ke fara yang pernah saya kenal waktu mula-mula dulu??? "Sampai hati kamu mempersendakan hati dan perasaan saya.. "Tidak ada sekelumit pun rasa cinta awak buat diri saya ke fara??? "Dan segala memori indah yang kita pernah lalui bersama dulu "Begitu mudah dan cepat sekali kau melupakan fara... "Sampainya hatimu buat aku terseksa begini.. (Muhammad faqhrul idzham) "Faryana Qistiena tahu kah dirimu bhwa ssungguh nya sekeping hati ini telah kau miliki "Meskipun selama ini kau hanya menganggap ku seorang teman dan tak lebih daripada itu(Asryaf rayyan)